kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, May 4, 2010

Tipu Tertipah

|
Biasanya, kalau nak lunch kat kantin tempat keje, kena g cepat-cepat. Cepat-cepat kat sini bermaksud awal lah kan. Sebelum waktu rehat yang sebenarnya. Sebab eh, kalau g lambat, lauk dah habis. Diorang kat sini, kul 10.30 dah ready dah lauk tuk makan tengahari.

Kat dept aku ni, nasib baik waktu untuk minum pagi, rehat tengahari n minum petang diberi kelonggaran. Kira boleh jek rehat tak ikut waktu yang ditetapkan, asalkan masa rehat tuh betul-betul ikut jangkamasa yang diberikan. Sebabnya, kengkadang tu kitorang ni terkejar-kejar nak siapkan urgent shipment la, issue part la, contact customer la dan sebagainya.

So, selalunya, kalau aku rehat kat kantin, aku akan pegi pukul 11 pagi. Waktu untuk rehat minum pagi aku tak amik, aku sekaliharungkan dengan rehat tengahari.

Dah sekian lama jugak lah aku tak makan kat kantin. Bukan ape, aku ni cepat boring. Dalam seminggu tu, memang dah tau dah menu lauk ape. Abis dah kalau tetiap minggu asyik lauk sama jek, lama-lama aku pun dah tak lalu nak makan.

Jadinya, selalu tu, aku memang akan makan kat luar ngan mr e. Tu pun boring jugak sebenarnya. Balik-balik tempat yang sama. Penyudahnya, kadang-kadang aku tak makan pun.. Diet katanyeee.. keh keh keh keh



Kebetulan,




Ari ni mr e ada urusan famili sket. So dia mintak pelepasan keluar kejap nak balik Segamat. Maka, ari ni nan ado lah teman seia sekata sehati sejiwa aku nak makan bersama..

Memula tu, memang aku ingat nak skip jelah makan tengahari. Tadi pagi pun aku dah makan sarapan pau dua ketul kat umah.

Tetiba, aku terdengar lak perbualan membe lelaki aku dengan sorang akak kat sini kul 10++ tadi..



"Mah, ari ni pakcik masak lauk kaki ayam.." ~ pakcik tu merujuk pada tukang masak kat kantin

"Yeke? Kaki ayam beso-beso ke kecik-kecik?"

"Beso-beso.. wahhh engkau, suke yang beso-beso sajeee.."



Tetttttt.. perbualan selepas itu aku malas nak rakamkan, sebab dah melalut-lalut lah pulak. Biasalah kan, orang laki ni kalo tak korner baring time bercakap memang tak sah!

Yang aku ni dah mula la terfikir-fikir.. "Nak makan kat kantin ke tak? Nak makan ke tak ek? Ishhh.. kalo makan ni pun sedap jugak, dah lama tak rasa makan kaki ayam masakan pakcik tu.. Kalau makan dengan nasi panas, memang sedap neh.."

Dalam hati tengah berkira-kira tu, akhirnya aku pegi la jugak... Beria-ia aku pegi ke kantin dengan membawa harapan yang besar nak makan kaki ayam..




Sekali..




Tak ade ko kaki ayam tuuu!!!! Perghhhhh.. menyirap..!!!


Penat haku manjat tangga naik ke kantin neh, sekali rupanya tipu tertipah. Hampehhhssss tolll.. Sesedap mulut jek budak laki tu tadi cakap kaki ayam ade. Huh!

Dah alang-alang naik kantin, aku makan jelah ape yang ade. At last, aku amik nasik separuh ngan ikan keli masak lemak cili padi.. Buat alas perut..

Alhamdulillah... kenyang gak perut aku.. Syukur
(Kena sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang kita dapat.. :D)






mrs e

2 comments:

puterikurekure said...

naja suka kaki ayam eh? sama la ngan alang. hehehe~

mrs e said...

puterikurekure;
ha a intan, sukeeee... hehehehe.. boleh geng ngan alang neh ;)