kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, June 30, 2010

Yero Karer

|

Yero Karer, originally uploaded by mrshandri.


Hari ni aku pakai baju karer kunin.. ;) Tu je nk tulis. Oh ya, masa lunch tadi jumpa membe masa kat poli, sempat la bergossipan sekejap :P











mrs e

Dia Ajelah Yang Menang

|
Lain orang, lain ragam, betul tak? Biasalah tu kan. Setiap orang memang ade perangainya sendiri. Nak ikut buah fikiran sendiri. Kalau sikit-sikit masih boleh di 'ignore' kan lagi. Buat-buat tak nampak n tak paham aje sudahlah.


Tapi, kalau dah ter over-over, sume ko jelah yang betul, engkau jelah yang tau, engkau jelah yang bagus, engkau jelah yang pandai, engkau jelah yang banyak pengalaman.. Lama-lama kita akan rasa orang ini SANGAT annoying.


Bila mula-mula engkau berbual dengan kawan engkau dalam suasana mesra, dan tiba-tiba si dia menyampuk dan dia aje yang tahu segala tentang topik yang engkau bualkan tu, sehingga sampai satu keadaan, si dia yang menjadi 'lead' dalam perbualan itu sampaikan engkau dan kawan engkau tiba-tiba terdiam sebab sakit hati dengan orang itu yang nak menang cakap aje. Tidakkah itu sesuatu yang menyakitkan hati? Eh, ni sape yang berborak ngan sape ni pada awalnye? Apesal lak dia ni tiba-tiba menyampuk n nak menang cakap aje?


Dalam lingkungan pergaulan dan perkenalan aku, ade orang yang sebegitu.


Dia ni kalau bercakap, memang ciri-ciri yang aku nyatakan kat atas. Tak boleh kalah. Sentiasa nak UP. Dia aje nak menang. Kalau kitorang bercerita tentang kekaguman rumah seseorang yang kitorang dah pegi (contohnya rumah tu besar), eh, dia pun akan kata rumah dia besar jugak (padahal umah mak dia pun). Start tu ko akan dengar ajelah dia bercerita segala-gala tentang rumah dia. Rumah terlampau besar, sampaikan takut kalau tinggal sorang-soranglah. Rumah terlampau besar sampaikan nak beli langsir pun jadi satu bebanlah (sebab nak beli langsir pun bukan nak yang murah-murah punya, nak yang tebal siap dengan sheer nya sekali). Rumah terlampau besar sampaikan nak mengemas pun jadi satu hal lah. Macam-macam lah.


Daripada ape yang aku perhatikan, sesetengah perkara yang dia cuba perbesarkan tu sebenarnya pun bukannya berlaku kat diri dia sendiri. Bukan pengalaman sendiri. Sebaliknya info tu dia dapat daripada kenalan-kenalan dia ataupun orang yang terdekat dengan dia. Tapi, dia sebolehnya nakkkkk jugak cakap untuk menampakkan yang dia tu serba tahu. Ape, dia ingat dia Profesor Serba Tahu ke?


Bila orang bercerita tentang Hari Prestasi, eh, anak dia la yang paling bagus. Anak dia paling pandai. Report card memang tinggi-tinggi punya markah. Hantar anak g sekolah pun pagi petang. Bukan sekolah biasa-biasa, tapi yang LUARbiasa punya. Bukan itu aje, siap ngan tuisyen lagi. Pendek kata, anak dia sorang jelah yang pandai, anak orang lain bebal-bebal belaka.


Masuk topik bab baju raya, ishhhhh.. baju raya dia lah yang paling vouge. Sulam sana sini. Bukan calang-calang punya tempat belinya. Didatangkan khas dari butik lagi. Sume yang mahal-mahal harganya. Setakat rega 2-3 ratus tu lelap mata ajek. Kalau beli kain bahan pun, didatangkan jauh khas dari tempat yang bagus. Tapi aku tengok biasa aje?


Gitu jugak masuk bab kosmetik. Dia ajelah yang pakai barang mahal. Sebab kulit muka sensitif. Tak boleh pakai barang murah-murah. Tapi aku tengok 'barang mahal' dia tu takdelah semahal clinique ke hapa (clinique pun ok lagi aku rasa reganya). Paling tidak pun yang dia pakai, barangan yang ala-ala tradisional jenama dari seberang tu, yang harganya puluhan ringgit aje. Padahal, dia tak tau, dunia kat luar sana lagi luas. Lagi banyak produk dan jenama-jenama besar yang dia tak pernah kenal (mungkin). Aku rasa kalau aku start sebut jenama perfume yang harum mewangi pun sure dia ni tak tau. Yang dia tahu, setakat dalam lingkungan dunia dia yang sekecik kepompong tu ajelah..


Belum lagi masuk bab masakan. Start jek orang bercerita pasal nak try wat kek gini-gini atau nak masak apepun jelah, dan-dan tu jugaklah ko akan dengar tentang betapa hebatnya dia memasak. Mulalah dia bercerita tentang ramuan yang bagus diguna, yang itu jangan. Dia selalu beli yang import, ramuan yang susah nak dapat. Tak semua tempat ade jual. Ala-ala limited edition gitu sampaikan kononnya dia nak wat masakan yang terbaik punya pasal, sanggup pergi cari bahan jauh-jauh sebab nak dapatkan rasa yang hebat. Padahal orang lain guna yang biasa punya ramuan pun ok aje.. Sedap jugak hasilnya dan abis jugak dimakan =)


Kadang-kadang tu, aku ngan member suke berborak dan bercerita tentang pengalaman sendiri. G shopping ke, tengok movie ke. Dan-dan tu jugak dia menyampuk.


"Eh, korang tak g shopping ke? Ni kan tengah sales gile-gile ni.. Si Mm tu cakapppp, sekarang ni tengah sales kat Isetan. Rambang bijik mata dia tengok baju murah-murah.. Henbeg pun murah-murah kat sana tau. Henbeg sume dapat potongan giler-giler punye, bukan henbeg yang takde brand, ini yang bila ko beli siap dapat kad warranty lagik.." (tengok, bukan dia yang pergi, tapi orang len. Pastu, agaknye dia ni tak pernah pakai henbeg yang mahal sket ke? Biasa la tu, kalau henbeg ade jenama sket mesti ade warranty card punye.. haihhh)

"Aiseh, memang la tengah sales gilerrr nih.. Aku baru jek balik dari shopping kat Pavilion.."


Aku jawab macam tu, terus terdiam dia.


Pendek kata, sume orang memang bengang dengan perangai dia. Sampaikan bile bengang sangat, ade member dalam perbualan tu ber-sms sesama diorang masa dia tengah syok bercerita. Menyampah punya pasal. Berbulu pun iye jugak.


Cumanya, aku terperasan. Kalau sesuatu tu memang dia atau orang yang berkaitan dengan dia tak pernah melalui pengalaman tu, dia akan DIAM menikus jek bila orang lain berbual. Memang dia tak akan menyampuk langsung sebab dia takde point untuk menyampuk dan tak serba tahu tentang topik yang dibicarakan. Rupanya, ade jugak yer masanya yang dia akan KALAH...tak le setiap masa kau menang aje.. HEHEH :D











mrs e
Tuesday, June 29, 2010

Maaf, Jangan Tanya

|
Sana sini orang sibuk pasal WC kan?
Sape kalah, sape menang
Berape dapat score, berapa gol pulak yang bolos


Dalam Fb pun aku tengok meriah jek
Sume pakat tulis status pasal pasukan kegemaran masing-masing
Ade tuh, siap tukar profile pictures dengan jersi pasukan yang diminati.. 
Siap ade nama sendiri lagik kat jersi tu youuu..!!
Kira berangan pemain bolasepak kejap la ye tak?


Sampaikan ade yang pegi keje mata lebam macam kena penumbuk
Semua gara-gara berjaga tengok bola malam sebelumnya
Sudahnya, sampai opis pun tersengguk-sengguk macam ayam tengah mematuk
Heeeee~ :D


Tapi MAAF
Pasal bola ni, jangan tanya haku
Memang aku tak tahu menahu langsung! Amik port pun tidak
Ditambah lagi pulak, dapat hubby yang tak minat bola
Mr e mana le penah tengok football match ni.. HAHA
Memang kelaut la jawabnya kalau bercerita pasal bola ni dengan aku..
Ade terpinga-pinga jek muka aku kalo korang tanye
Hiks :)










mrs e

Sampai Jodohnya

|
Agak lama sebenarnya entri nih diperam. Biasalah, blogger TAK tegar macam aku ni, kadang berblog memang ikut mood. Malas bebenau nak mengetuk jari kat keyboard, akhirnya terperuk jelah dalam draft. Padahal dah siap-siap upload gambar dah sume.. ngeeee~ =D


Sehari lepas balik dari Jakarta awal bulan ari tu (haih, tengoklah berapa punye lama daaa), aku ngan mr e g ke kenduri kawin member keje kitorang kat Parit Raja, Gresik. Tak jauh sangat lah dari umah aku, lebih kurang dalam 15 minit perjalanan macam tuh. Kitorang gerak lepas zohor, sebab nak tengok member tu berarak :)


Izan & isteri serba hijau
(ku lihat hijauuuuuuuuuuu.. ehehehe ;Pp)


Sedih gak kisah percintaan Izan yang sebelum ni (sebelum dia bertemu jodoh dengan wife nyer sekarang). Sebelum ni, dia dah bertunang dah.. Ngan budak satu tempat keje kitorang gak. Lepas tu, budak tu berhenti n keje kat tempat lain. Still ok lagi masa tu..


Diorang plannye nak kahwin pertengahan tahun lepas. Dalam bulan 5 macam tuh. Tapi malangnye, lagi beberapa bulan nak kahwin, masa tu pihak keluarga Izan dah hantar wakil g antar separuh daripada duit hantaran untuk wat majlis, pihak perempuan lak mintak putus. Tanpa diberikan sebarang sebab.


Paling kesian si Izan lah, dia dah siap sume preparation nak kahwin, siap dah beli set bilik tidur semua. Tarikh kahwin pun dah siap reserved kat orang kampung sebab takut clash ngan kenduri lain. Alih-alih tak jadi pulak. Termangu-mangu lah si Izan tu memikirkan ape sebabnya.. Sebab, si Izan sendiri tak tau ape puncanya (tapi ade dengar-dengar orang cakap, sebab ex-tunang dia tu dah ade orang lain kat tempat keje barunya. Dan seperti mengukuhkan dakwaan tu, diorang dah kahwin hujung tahun lepas jugak)



Silat (cakpong-cakpong.. eheh)



Hurmmm.. entahlah. Apepun sebenarnya, mungkin bukan jodoh diorang. Sebab tu tak jadi kahwin. N kalau korang nak tau, wife si Izan sekarang ni, jauh lebih cantik dan lawa daripada ex-tunang dia tu. Percayalah.. :)



P/s : Kite hanya mampu merancang, tapi kadangkala perancangan kita tak terlaksana seperti yang diharapkan. Dan ingatlah, perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan kita. Hanya Dia yang lebih mengetahui segala-gala yang terbaik untuk kita.. Jika kita diduga dengan ujianNya hari ini, InsyaAllah, akan ade hikmah dan ganjaran lebih besar untuk kita kemudian hari jika kita sabar menempuhinya.. Wallahualam..










mrs e
Friday, June 25, 2010

Serius Teringin Heh

|
Aku kan suka jek jelajah blog korang neh. Suka nau aku baca ape yang korang repek-rabankan yang kadang-kadang boleh wat aku tergelak sama.


Tapi kan, aku lagi sukeeeee kalau korang wat review tentang makanan yang korang makan, kat mana, berapa kosnye.. Pendek kata sume-sume lah. Aku ni kan suke jek nak melelehkan air liur sendiri bila korang tempek gambar makanan yang best-best.


Tak ingat bila, tapi dalam minggu ni atau minggu lepas kut. Aku g kat blog peeja, sekali dia tempek gambar makanan neh.

meatball Ikea
credits to pics owner


Serius. Terkecur-kecur terus air liur aku.


Memang banyak kali la aku tengok dia makan kat Ikea nih. Dan setiap kali makan, setiap kali tu la dia tamak-tamak nak makan sampai 10 ketul sebab sedap. Aku yang baca blog dia jek pun macam dapat rasa kesedapannya (walau tak penah makan ;Pp)


Masalahnya, Ikea tu ade kat Damansara nun aje lam Malaysia nih. Punyalah jauh beratus KM dari tempat aku. Kalau la dia ada cawangan yang bersepah-sepah macam kehepsi kat sini, memang dah lama aku terjah. Huhuhu..


Haihhhh.. bila la agaknye aku nak turun ke KL nih? Kalau ade terlanjur nak ke sana, aku nak p la makan meatball nih. Untuk wawa dan kak cha, sila alert ya. Kalau aku ke sana, kite kena terjah Ikea jugak. TAK BOLEH TIDAK.



P/s : perasan tak entri aku ari ni pasal makanan aje? ;Pp












mrs e

Hambek Ko Sebijik!

|
Bukan sebijik PENUMBUK ya! ;)


Dari ari tu sebenarnya aku tetiba (ceh, tetiba konon!) teringin nak makan kek SR. Terbayang-bayang jek kat mata aku ni kek tu melambai-lambai dan memanggil-manggil aku makan dia. HAHA.


Kalau aku nak pegi sendiri memang tak lah kan. Sebab nak g ke Muo semata-mata nak ke SR tu macam tak berbaloi-baloi.


So, aku sms fifi suh dia belikan, sebab dia kan memang mengajar kat Muo. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, dia tak dapat beli hari yang aku request tuh.


Semalam, baru dia belikan. YIPPPIEEEEEEEEEE :)


Sekali hambek ko, sebijk terus dia beli. Uhuk.

takyah tulis ape-ape, sebab nak wat makan jek pun.. hiks


Fuhhhh.. tinggi giler kek nih. Berbeza betul ngan ketinggian sebjik kek Choc Moist nye.. Selalu tu beli yang Choc Moist takdelah tinggi macam nih.


Semput la haku nak ngabehkan sensorang makan. Ni boleh wat stok bape hari ni gaknye. Seb baik lah, ade assistant yang tolong makan. Mau pengsan 80 kali kalau aku sorang yang kena habiskan. HEHE.


TQ fifi ♥ :)


Ohhh.. kek ni jugak sebagai tanda celebration besday Nur Fatin Hanina (anak sedara aku) yang ke 10 tahun ari ni.. Celebrate secara maya jeklah.. (Iyo la tu.. HAHA) Kira cik ma makan kek ni untuk Nina la yer ;Pp










mrs e
Thursday, June 24, 2010

Ni Nak Cerita...

|
Kebelakangan ni, aku sukeee sangat baca blog yang citer pasal family, pasal anak. Wauuuu.. seronoknya kan kalau hari-hari boleh cerita pasal perkembangan anak, keletah dia, kecerdikan dia..

Nak lagi kalau anak owner blog tu stok gilerrr gilerrrrrrrr punye chomelll.. Haihhhh, aku yang tengok gamba baby tu pun rasa nak geget-geget pipi dia, polok-polok dia n gomol dia.. *Heh, nak buat macam anak sendiri pulak yerrr.. Hiks :)

Rasa macam besttt jek ade anak, kan? Sentiasa terhiburrr jek rasa hati tengok gelagat dia.

Aku pun berangan jugak, kalau aku ade anak, apa saje tentang dia aku nak kongsikan kat sini. Hari-hari aku akan update perkembangan dia.. (kalau berkesempatan). Hari-hari korang kena baca citer pasal dia..eheh.

Tapi tulah kan. Cakap banyak pun tak guna. Nak wat cemana, sampai sekarang aku belum ade rezeki lagi nak dukung zuriat sendiri. *sob sob*

Cuma usaha, doa dan tawakkal jelah yang mampu aku lakukan disamping menanti dengan penuh kesabaran anugerah Tuhan yang tak ternilai itu....






mrs e
Tuesday, June 22, 2010

Rambang

|
1. Aku adelah mengantuk gilerrrr sekarang ni. Nak kata aku berjaga tengok bola, takkkk.. (aku tak minat bola heh.) Tapi yang pasti, mata adelah seperti dilekat-lekat dengan gam gajah yang susah nak dicelikkan. Nak tunggu pukul 1 lambat lagi lak tuh. huhu

2. Pagi tadi nak bangun g keje pun sangat la mencabar keimanan & ketakwaan. Hujan pepagi ni yang lagi syiokkk tido, kan? Tapi mengenangkan aku dah banyak cuti dan dah MC minggu lepas, hajat nak panjat semula katil lepas solat subuh terpaksa aku kuburkan. Terus capai towel n g mandi. Sejukkkkk.. Brrrrrr

3. Aku menghabiskan saki baki hutang pose aku saat ini. Ermm.. mungkin ke sebab pose jugak aku cepat mengantuk?

4. Bila cakap pasal pose, terus teringat raya. Oh, aku dah tempah dah baju raya aku.. weeee~ :D Wat simple jek, design baju kurung. Disebabkan kain baju raya kitorang kain kosong, maka aku suh auntie tukang jahit tu sulamkan sket pada lengan n bawah baju.. Itupun upahnya dah ya a auwwwww..

5. Aku dah hilang sket rasa mengantuk bila hapdet blog dengan entri yang tahapehapetah ni.. hihi :)





    mrs e

      Perkara Senang Kadangkala Menjengkelkan

      |
      Ini cerita petang semalam.

      Semalam, lepas keje aku balik dulu. Dalam perjalanan balik tu, aku singgah kat bank yang ade logo rimau. Niat hati nak masukkan duit. Memula memang nak masukkan duit ni tengahari, tapi tak sempat la pulak. Lagipun masa rehat tengahari ni terhad waktunya. So, cakap ngan mr e, takpe, biar aku jek yang bank-in kan balik keje nanti.

      Masa sampai tu, ade la dalam 5-6 orang depan aku. Ok jek, tunggu jelah giliran kan. Tapi boleh pulak lah time gini cash deposit machine tu nak wat hal. Lepas satu-satu transaksi, punyalah lama dia nak ke main screen semula. Ade lah amik masa dalam 5 minit gitu. Bayangkanlah, kalau depan aku ade 5-6 orang, masa yang diambil untuk itu jek dah bape? Tensen betul.

      Nak lagi best, masa nak sampai turn aku lagi 3 orang, boleh tak orang yang kat depan tu wat sengal. Dahle mesin tu lemvaaappppp yang hamat, boleh tak masa mesin tu nak confirm kan duit yang dia masuk dia pegi tekan 'NO'? Dahhhh.. akibatnya sume duit yang dia masukkan tadi kuar semula. Dah kena buat lagi sekali. Kena lagi buang masa 5 minit nak tunggu mesin tu ke main screen.

      Aku yang kat belakang ni dah macam WTFun le kan. Hampagas betul. Boleh pulak ko wat ta*k. Pastu bila uncle chinese kat belakang dia tu tegur, boleh lak dia cakap alaaaa.. tersalah tekan la.. 

      Haihhhhhh cik adik, ko nampak tak berapa punya panjang orang kat belakang ko ni.. Boleh pulak ko tersalah tekan bagai sesuka hati. Kalau ko nak repeat lagi sekali, boleh tak ko berbaris semula kat belakang? Ko reti ke tak nak guna mesin ni haaaaaaaaaaaaaa?

      Tapi aku tak le cakap berdepan ngan budak tu, aku cakap dalam hati jek ;p Aku masih menjaga kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang wanita yang ayu.. hiks :)

      Meluap-luap dah rasa hati time tu.. Rasa nak jadi Incredible Hulk pun ade. Orang lagi nak cepat, dia pulak melambat-lambat. Dah le mesin tu ade satu jek. Ampeh betul. Dah berkira-kira ni, nak blah ke nak tunggu, nak blah ke nak tunggu..Last-last aku tunggu la jugak. Sebab dah buang masa bape minit jek dari tadi. Kalau nak blah, dari tadi baik aku takyah berbaris.

      Panasssss jek haku tau. Tapi aku control jek rasa 'panas' aku time tu dengan menjadi Hulk Hogan dalam hati.. HAHA

      Sampai turn aku, aku tak lepaskan peluang. Sampai 2 transaksi aku buat. Hambek ko. Nasiblah kan orang yang kat belakang kena tunggu lama time giliran aku sebab aku pun jenuh menunggu dari tadi.. ;P






      mrs e
      Monday, June 21, 2010

      Vacation To Jakarta V (Finale)

      |
      **Haihhhh.. giler punya la lama kan aku nak ngabehkan entri Jakarta ni.. Tak berkesempatan laaa.. (iyo la tu.. HAHA)..

      Last day kat Jakarta, pepagi lagi kitorang dah kuar ke Tanah Abang. Tak semua yang pegi, Abang Zaki n kids tinggal kat hotel, sebab Abang Zaki ade short meeting n bebudak tinggal kat bilik kejap sementara Abang Zaki attend meeting nya tu. Bukan ape, sebab kitorang nak cepat, nak beli  ape yang rasa tak cukup lagi, baju raya,  souvenir n kiriman-kiriman dari member.

      Kali ni, kitorang memang sampai awal. Dalam pukul 9 kitorang dah kat Tanah Abang. Ada kedai-kedai yang dah bukak, dan ade yang baru nak bukak. Kira kitorang ni first customer la bagi kebanyakan kedai.

      tak tahan betul tengok telekung, mesti nak beli

      sempat posing ;P


      beraneka baju kebaya yang murah-murah.. 
      aku beli gak satu wat kenang²an

      Oh, aku tak berapa teruja sangat tengok baju-baju kebaya yang cantik-cantik nih. Aku lebih teruja tengok telekung yang bermacam warna. (Adakah mungkin disebabkan faktor bentuk badan aku yang agak membesar kebelakangan ni, sebab tu tak nak pakai kebaya dah.. eheh).

      Si wawa pun sama, sampaikan dia memborong 6 pasang telekung!! Memang cantiktertarikkaumemangdabommmmm la sume telekung kat sini. Design nya payah nak jumpa kat Malaysia, n kalau ade pun, memang diorang jual ngan harga yang melambung-lambung. Series aku cakap, sesapa yang tak penah sampai kat sini, tak akan tahu KEBENARAN tentang harga-harga telekung ni yang tersangat la murah. Selalu tu, kalau kirim pun diorang akan mark-up dengan harga yang lebih tinggi. Aku taulah, sebab member aku pernah jek kirim-kirim beli telekung ni kat orang yang pernah ke sini :D


      misi mencari baju raya sedang dijalankan


      pilih-pilih design mana yang berkenan



      Jenuh jugaklah kitorang berpusing-pusing mencari baju raya. Tahun ni, adik beradik ipar duai sume tema kaler sama. Sekayu lagik. Saje jek nak wat cam boria. Cam kumpulan nasyid marhaban pun iye jugak.. he he he he.. Dan ketua kumpulan nasyid, dah tentulah emak aku, yang pakai kaler lebih menonjol sket dari ahli kumpulan.. hiks ;P

      Oh ya, baju raya sedondon tahun ini telah di 'sponsor' oleh emak aku.. Mekacih emak. Ai lebiu so much laaaa ♥♥♥

      sambil tunggu kain dipotong, sempat snap gambar berdua :)

      border untuk lengan punyalah banyak, pilih punya pilih sampai ke sudah aku tak beli pun.. HEHEHE

      Luggage baru beli ;P

      Lepas habis sesi penyoppingan, terus macam.. whoaaaaaaa.. banyaknye hasil belian. Iskk camne la nak wak balik kan.. Plus, mana nak sumbat lagi nanti nih? Luggage sume dah penuh. Nak tak nak, memang kena beli luggage lagi. Bukan satu, tapi dua.. Satu besar, satu sederhana laaaa...

      Siap sume, terus balik hotel. Tak boleh lambat, sebab kul 2 dah nak kena check out. Sampai jek hotel, solat n bungkus sume sumbat selit ape yang patut, by the time kul 2 kitorang dah berkumpul kat lobi. Setel urusan bil, terus Abang Zaki amik dua teksi merc ke airport. Group aku yang jalan dulu, tapi Abang Zaki yang dulu sampai airport..


      Goodbye Grand Hyatt, goodbye Jakarta

      beli souvenir n hadiah kahwin untuk member kat airport

      Sampai airport, terus ke kaunter KLM, check in. Pastu, g makan jap sebab tadi tak sempat makan. Dalam kul 5.30 kitorang masuk ke balai berlepas. Flight dari Jakarta ke KL adelah pukul 6.50 petang waktu tempatan.

      Ambik masa lebih kurang 2 jam, kitorang sampai KLIA pukul 10++. Tunggu untuk amik luggage semua, kul 11++ kitorang kuar dari KLIA dan sampai umah abang aku dekat pukul 12 tengah malam..

      Esoknya kul 9.30 pagi aku gerak balik ke Muar. Aku gerak dulu ngan mr e n fifi sementara mak aku gerak balik lambat sket ngan wawa. Sampai umah kul 1.30 kitorang dah lepak kepentan.. hiks

      Phewwwww... penat memanglah penat tapi SERONOK..!! Baru jek balik tapi dah berangan nak g vacation lagik.. he he he..









      mrs e
      Friday, June 18, 2010

      Vacation To Jakarta IV

      |
      Hari ke 3, lepas bekpes semua, aktiviti pertama adelah gedebush bushh bushhh masuk lam swimming pool. Kali ni, mr e balas dendam, sebab semalamnya dia tak dapat nak swimming. Masa kat Tanah Abang tu, da siap-siap beli suar nak wat mandi.. Kemain eksaited dak Apis, sebab Cik E nya dapat mandi-manda bergurau senda bersama-sama dengan dia dalam pool tu. Macam-macam aksi lah yang dorang buat. HAHAHA

      Mr e yang balas dendam nak berendam :)

      Dah puas mandi-manda, naik atas dan bersiap-siap nak keluar. Kitorang nak ke ITC Mangga Dua lak ari ni. Perjalanan pun tak amik masa yang lama, sebab ITC Mangga Dua ni dekat jugak la dengan hotel. Memula nak naik Vellfire, tapi bila kuar dari lobi hotel, takde pulak. So, amik jek 2 teksi merc ke sana. Dan seperti yang sama sebelum ni, gandingan konvoi untuk merc pertama adalah aku, mr e, mak aku, fifi & dina..

      Abang aku memang khususkan the whole day hari ni untuk bersama-sama kitorang g shopping. Dia dah free kan semua schedule semata-mata nak join kitorang ke ITC Mangga Dua. Alololololo.. sweet nya... Abang sapa laaaaa tu.. Cayang abang ♥!


      tepi jalan @ ITC Mangga Dua
      tengah tunggu merc yang membawa group lagi satu sebab kitorang dah sampai dulu


      "Ibuk, bapak, mahu ke mana? Silakan naikkkk.. "
      Kenderaan ni boleh muatkan berapa penumpang ek?


      Masuk je Mangga Dua, terus mulakan aktiviti penyoppingan. Shopping shopping shopping.. Kali ni, memang kitorang shopping bebetul. Ape jek yang rasa berkenan, tawar menawar n dah rasa puas hati dengan harga yang ditawarkan, terus grab aje. Takde masa lagi dah. Sebabnya tinggal hari ni n esok (sebelah pagi ke tengahari) jek masa yang ada.



      Kat ITC Mangga Dua ni, ade barang-barangnya yang a little bit pricey compare to Tanah Abang. Kena pandai pilih-pilih la. Tapi kat sini orang tak la ramai sangat sampai bersesak-sesak cam kat Tanah Abang. Kira boleh la bernafas sket. Kedai-kedai pun nampak lebih kemas dan tersusun laaaa..

      Kalau rasa nak beli souvenir, kat sini banyak sket pilihan. Ade jual t-shirt Jakarta bermacam-macam design dengan harga yang murah. Aku pun tak lepaskan peluang membelinya. Alah, buat kenang-kenangan kannnn.. Memori tuuuuuuuuuuuuuu.. hiks ;)

      Ade jugak dijual souvenir untuk majlis perkahwinan. Huiiiiii.. macam-macam jenis. Nak ngan tak nak aje. Pilih jek mana satu yang berkenan, memang berpinau bijik mata. Sib baiklah aku dah kahwin. Kalau takkkkkk.. Ecececececececeh.. :D


      Banyak blok sebenarnya ITC Mangga Dua nih. Tapi aku pun tak tau aku berada kat blok mana. Sekali lagi, main aci redah jek. Ke mana abang aku n yang lain pegi, ke situ lah aku tuju..


      Kat sini, aku pun telah menTERbeli telekung lagi. Memang gerammmm gerammm gerammmm jek kitorang setiap kali lalu kat kedai telekung. Eh, itu lawa, ini lawa. Sume pun lawa. Sulam-sulamnya pulak mewah. Yang jenis siap sulam kat bunganya timbul-timbul cam ade kelopaknya tu. Jenis kainnya pun baik, kat Malaysia jarang nak jumpa. Ade gak telekung yang kainnya dari kain sutera. Yang sulam penuh satu telekung pun ade.. Yang siap ade labuci pun ade kat sulamnya tu.. Cantik betul. Kalau sesapa nak kahwin, memang sesuai sangatlah nak wat hantaran perkahwinan.

      aku dah tak tau nak pilih mana satu.. dah sumenya lawa-lawa
      murah lak tu (itu yang PENTING ;P)



      Kitorang berhenti jap dari aktiviti penyoppingan untuk makan. Isi perut kat A&W. Masa ni, barang-barang pun dah banyak giler dah. Tak muat nak tempatkan segala mak nenek plastik yang berisi hasil belian :)



      Lepas makan, sambung shopping lagi. Wahhhh.. jutawan betul, duk sana keje shopping aje yek.. HAHAHA. Kitorang beli lak barang-barang kiriman dari adik beradik n anak sedara. Tak lupa jugak souvenir untuk makcikpakcikatukbosmembermember sume.

      Lebih kurang pukul 3++ petang, sume pun dah kepenatan. Bayangkanlah, dah berapa jam dah pusing-pusing bershopping aje. So, decide balik hotel. Mana barang yang tak dapat lagi, kitorang dah plan nak cari kat Tanah Abang last day before balik Malaysia esok.



      Malam tu, Abang Zaki ajak kitorang makan kat food court Plaza Indonesia. Aku on jer. Setiap orang dewasa yang masuk, akan diberi satu kad (macam yang aku pegang dalam gambar kat atas tu). Dengan kad tulah kita buat order.

      mr e n hani
      sian mr e, sampai malam mata dia still merah sebab tak tahan dengan klorin air swimming pool



      Banyak la pilihan menu. Diorang ramai yang makan kuey teow bakso. Tapi aku pilih untuk makan nasi goreng ikan asin (masin) dan air tembikai. Ok laaaa, not bad rasa dia, portion pun banyak. Sampai tak habis aku makan. Last-last, baki tu aku tapau bawak balik hotel. Tak larat den


      mr e punya minuman
      kopi saring susu (senang² cakap kopi susu jela kan? ni siap ade saring-saring lak..eheh)

      Ohhhh, our dinner that night was cost us around IDR 500,000. Expensive, huh? Harga sini kira-kira MYR 180++ la lebih kurang. Huiiiii... nasib baik Abang Zaki yang bayarkan... Selamat wit aku yang tinggal ciput neh.. Ha ha ha. Tenkiu abang! :)


      Lepas dinner, aku, mr e n fifi tak terus balik hotel. Aku sesaja nak round lagi shopping mall tuh. Lagipun, fifi nak amik jeans dia yang dah siap dipotong. So, ape lagi, meround la kami bertiga macam merry-go-round.. hik hik hik

      Sempat jugak fifi cari baju untuk Dina. Baju untuk pakai balik Malaysia (nakkkk jugak pakaikan baju yang baru) n baju untuk raya sekali. Geram-geram jek kitorang tengok baju budak-budak yang kiut-miut tu. Sampai rambang mata tak tau nak pilih yang mana.


      @ Zara.. tak sempat masuk pun, snap ajek sebab ari dah malam

      @ Guess. Eh, nape la aku tak suke design purse kat Guess ni ek? Cam tak kena jek aku rasa


      Cak! Sempat jugak aku berposing.. Hoho~

      Gambar depan bilik sebelum masuk dan tido.. HEHE

      Dah takde ape yang nak dicari lagi, kitorang pun balik hotel. Nak kena spent masa sket malam ni, sebab kitorang dah nak start packing. Esok pagi-pagi dah nak keluar pulak g Tanah Abang for the final shopping..







      mrs e
      Thursday, June 17, 2010

      Vacation To Jakarta III

      |
      Hari yang cerah.. Yieahhhhhaaaa.. Pepagi lagi dah bangun. Sini subuhnya awal, kul 6 dah habis waktu. Tapi kul 6 tu dah cerah secerahnya cuaca kat sini.. So, aktiviti pertama setelah bangun pagi adalah snap pemandangan Kota Jakarta :)



      pesat



      Shopping mall yang berdepan dengan hotel..
      Oh ya, shopping mall depan ni pun bersambung ngan hotel jugak. Hotel ape, aku tak ingat



      swimming pool kat tingkat 5
      port kitorang adelah yang dekat ade bumbung cam atap nipah tu



      air pancut nya tak 'ON' lagi masa ni.. yang ade yang air pancut kecik je
      kalau korang perasan, lane yang kaler merah tu adelah laluan khusus untuk bas

      Aku paling heran tengok orang-orang kat sini. Selamba jek diorang mencelah ke situ sini. Boleh pulak lepas tu penjaja yang tolak-tolak gerai macam tu masuk melintas kat roundabout ni. Tak takut langsung dengan kenderaan yang sesak tu. Aku pulak yang ngeri. Hon-hon dah jadi perkara biasa dah. Tak heran langsung dengan hon tu. Cuba kat tempat kita, aje kadang sampai bergaduh kalau kena hon kan? Sampaikan fifi kata, kalau hon kenderaan kau tak berfungsi, sesuatu yang susah la kalau nak bergerak kat sini. Ape taknya, nak ke kiri hon, ke kanan hon, mencelah hon, ape-ape jelah hon.. Hon situ sana sini.. weeee~

      Nak lagi pelik, sepanjang aku ade kat sana gunakan jalan raya diorang yang sesak dan asyik macet tuh, tak pernah pulak aku nampak kemalangan. Hebat bukan?



      Budak ini terer berenang wooo.. kalah makcik eh yang tau berendam aje.. HAHA


      Lepas lepak-lepak sarapan sume, Apis, Baby n Hani dah sibuk ajak g pool nak mandi n swimming. Aku ok sajork, tapi aku suh diorang g dulu sebab aku lum nak abis sarapan lagi. Konpiden jek masa tu yang aku tau pool tu ade kat tingkat berapa.

      Sekali bila aku nak turun ngan mr e, rupa-rupanya kitorang dua-dua tak tau pun pool tu ade kat floor bape! KAH KAH KAH. Tula, kengkonon nak wat pandai kan. Abis ko aku kena memandai-mandai. Masa tunggu lif tu, berdoa dalam hati supaya takde orang dalam lif tu, maka senang la aku nak skodeng info yang ade kat button dalam lif.

      Sekali bila pintu lif terbukak, ade 2 orang mat saleh lak dalam tu. Aiseh, malu ar nanti kalau aku tertinjau-tinjau button dalam lif nih. Nak tak nak, wat selamba jek kengkonon kitorang sesama nak turun ke lobi.. Hahahaha.. Lepas jek diorang keluar kat lobi, menggelupur aku baca button lif semua tu.. Aloooo.. kat tingkat 5 rupanya pool nya.. hik hik hik



      mr e hanya mampu bersantai sahaja


      Oh, kesian suamiku ini. Boleh pulak aku terlupa nak masukkan short pants dia lam luggage. Akibatnya, tak dapat la dia sama-sama berendam dalam pool pagi tu.. Huhuhuhu.. At last, jadi kameraman kitorang sajork.. hihihi



      mana satu muka apis ni? yang kanan ke kiri.. hiks :D


      Ceh. Pandai posing bergaya camtu lak tuh. Ni mesti ikut baka mummy nye







      Dah puas berendam, kitorang naik ke bilik. Mandi n bersihkan diri dan bersiap-siap tuk keluar g Tanah Abang. Dekat benau Tanah Abang ngan hotel yang kitorang duduk tu. Sekejapan jek dah sampai.



      On the way ke Tanah Abang. Sib baik tak macet



      But-but ke tut-tut?





      Sampai jek Tanah Abang, aktiviti penyoppingan pun bermula. Tapi memula tu, nak datang seru membeli agak lambat jugaklah. Yang asyik dibuat, hanyalah pusing-pusing n tengok barang ape yang ade dijual kat situ. Maklumlah pertama kali pegi, tak terfikir pun ape yang nak dibeli. I have no idea at all..





      Last-last, kitorang g makan dulu. Aku pilih untuk makan Nasi Uduk Betawi. Portion aje nampak besar, tapi isi sket. Untuk Nasi Uduk Betawi ni, harganya ialah IDR 24,000. Oh, aku sempat jugak rasa air teh botol atas hasutan akak ipar aku Kak Cha. Tapi tak sedap.. uwekkk.. Rasa sesedut jek dah. Tak shukeeeee



      beli selipar tuk dipakai dari bilik ke pool


      Tanah Abang ni banyakkkk sangat kedai. Lepas tu bertingkat-tingkat. Ade bape tingkat pun aku tak tau sebenarnya. Main aci redah aje. Tapi barangan yang dijual memang murah-murah!



      Sesi tawar menawar


      Kat sini, kalau dah jumpa sesuatu yang berkenan tu, kalau boleh, dapatkan harga yang kita nak. Sebab diorang ni tau jek kita orang Malaysia, diorang akan naikkan harga tinggi-tinggi dulu. Kat sini takde tanda harga macam kat Malaysia tuk semua barangan. Kecuali harga pas (harga mati/harga offer), yang tu biasanya memang diorang akan tulis. Yang penting, kena pandai menawar harga.



      Main entrance dah tutup, kitorang tak keluar-keluar lagi

      Lagi satu, kalau korang dah tawar-tawar tu tak dapat jugak harga yang korang nak, jangan teragak-agak nak tinggalkan kedai tu. Lagi korang merayu, lagi diorang rasa barang diorang bernilai. Blah aje. Banyak lagi kedai lain yang jual barang yang sama. Kadang-kadang, kalau korang nak blah tu, otometik diorang akan turunkan harga ikut harga yang kita nak. Kira nasib-nasiblah kan..

      Macam aku, masa aku nak beli telekung, kedai pertama tu boleh kasik paling murah IDR 200,000. Aku mintak kurang jadi IDR 180,000 pun tak kasi. Last-last aku blah jek g kedai lain. N kat kedai yang lain, aku dapat telekung yang sama dengan harga IDR 150,000. Untung sangat lah kan?

      Hari pertama kat Tanah Abang ni kitorang tak beli ape sangat. Telekung 2-3 pasang jek. Lebih banyak kepada pusing-pusing aje dari mula sampai kedai nak tutup. Uhuk.

      Pukul 5 petang, kompleks ni dah tutup. Kitorang pun keluar la nak balik. Ingatkan nak amik teksi jek dari situ ke hotel, tapi Abang Zaki suh tunggu dia, maka kitorang pun tunggu la kat luar bangunan tu. Masa menunggu tu, banyak la aku tengok gelagat orang sana sini. Haaa, kalau korang nampak orang-orang yang mengemis ni, kalau boleh jangan bagi derma kat diorang. Sebab diorang ni macam ade sindiket laaa.

      Daripada ape yang aku nampak, Kak Cha bagilah derma seikhlas hati kat seorang pengemis tu. Lepas tu datang pulak sorang lagi. So, untuk orang yang kedua, berapa jelah belen yang Kak Cha ade (duit kecik) dia bagi kat orang tu. Boleh tak lepas tu, dia datang semula n mintak lagi dan cakap orang yang pertama tu dapat lebih, kenapa dia dapat sket? Tak lama lepas tu pulak lagi, geng-geng dia pulak datang mintak duit jugak keroyok-keroyok situ.. Haiiiihhhh

      Ade kisah disebalik citer kat Tanah Abang ni. Sebenarnya abang aku ade meeting kat area Tanah Abang tu. Lepas jek dia hantar kitorang kat situ n makan sama-sama, dia keluar la nak g meeting. Tapi malangnya, jalan sangat macet waktu tu. Sume teksi tak nak amik abang aku untuk ke tempat meeting. Dah la dah lambat, nak tak nak, abang aku terpaksa naik motor-taksi. Aduhhh.. kesian betul dia. Dah le pakai smart-smart dengan bawak bag lappy sume, terpaksa pulak jadi pembonceng motor. Pulak tu, sebab nak cepat sampai punya pasal, motor-taksi tu redah lalu shortcut ikut tepi-tepi longkang sume. Habis bau busuk bercampur-campur dengan asap dah baju abang aku.

      Bukan itu aje, masa kitorang nak balik tu kan dia nak jemput. Punyalah lama kitorang tunggu dia kat luar tu. Rupanya, dia susah nak dapatkan teksi untuk jemput kitorang. Sampaikan dia terpaksa mintak partner meeting dia tu hantarkan dia kat Hotel Nikko untuk cari teksi. Bayangkanlah, Hotel Nikko tu berada depan hotel kitorang je. Walaupun tak berapa jauh ke Tanah Abang, tapi bila dah macet dan berulang alik tu memang terasa la jauhnya.

      Nak lebih sadis lagi, masa dia jemput kitorang tu, dia dapat satu teksi merc jek. So dia dulukan mak aku, aku, mr e n fifi yang naik balik ke hotel dulu. N dia mintak driver teksi tu untuk datang balik untuk amik diorang yang tinggal pulak. Tapi rupa-rupanya, lepas jek kitorang gerak, dia dapat satu lagi teksi. Beria la dia suh teksi yang diorang naik tu bawak cepat sket, sebab nak kejarkan teksi yang kitorang naik supaya takyah la teksi tu u-turn nak amik diorang lagi. Kejar punya kejar, tak dapat jugak teksi tu. Terpaksa la teksi yang abang aku naik tu u-turn jugak sekali lagi untuk cari teksi yang kat depan tu. Last-last jumpa semula kat lobi hotel. Kesiannnn abang aku, baik-baik kena bayar untuk harga 2 teksi, dah kena bayar untuk 4 teksi. Habis, dah 2-2 teksi buat 2 kali u-turn kannnn.. Oh abang, pengorbananmu ku hargaiiiiii..



      @ Levis. Ade discount 50% untuk barangan yang terpilih


      Balik sampai hotel, lepas tengok dan kirai semua barangan yang dibeli, terus aku, mr e n fifi turun semula. Ke mana lagi arahnya, Plaza Indonesia laaa.. Kan dah kata, aku nak g situ lagi. Memula terjah Levis, sebab nampak ade sale kannn.. Aku n mr e tengok t-shirt, belek jeans, sekali takde pulak. T-shirt untuk aku dah takde saiz, gitu jugak jeans. Mr e lak jeans nya kalau ade saiz pinggang, panjang nye pulak kurang. Ade panjangnya, saiz pinggangnye pulak takde.. Aduhh duhh duhhhh





      At last fifi jekla yang dapat memborong sekali t-shirt ngan jeans. Kat sini, kalau kita mintak diorang tolong potongkan sekali panjang jeans tu ikut kepanjangan kaki kita, esok baru boleh siap. Bukan macam tempat kita, on the spot dah leh dapat dalam beberapa minit hari yang sama jugak. Itupun kena wat bayaran tambahan, IDR 20,000 kalau tak silap aku.





      Lepas tu, kitorang pusing-pusing lak cari purse aku n t-shirt mr e. Kuar masuk kedai jek kejenya. Sampaikan kitorang seberang jalan ke Shopping Mall yang berdepan tuh. Grand Indonesia kalau tak silap aku namanya. Kat situ, aku dapat jugak rembat selai t-shirt Levis. Memang berbaloi-baloi ;P



      Last-last kat Charles & Keith aku jumpe purse aku :)


      Kuar masuk kedai nih, paling aku tak tahan, selamba jek aku n fifi masuk butik Gucci. Ceh. Konon orang ado-ado la sangat kannn.. Siap try-try lagik henbeg nya. Alah, takpe, tak pat beli, dapat jugak merasa pakai kat bahu walaupun sekejap.. HAHAHAHA. Cuba kalau kat Malaysia, berani haku nak wat cenggitu? Belum masuk pun tah-tah dah kena jeling atas bawah berapa puluh kali tah dengan SA nye..

      Tapi aku suke la, sebab kat shopping mall Jakarta ni, kita orang Malaysia macam diberi layanan istimewa aje. Kita nak masuk mana-mana outlet pun tak payah nak ade rasa takut takut.. Terasa macam orang kaya-kaya pulak..

      Eh, memang kaya ape.. Jutawan lagi.. Tapi dalam rupiah lahhhh.. HAHAHAHA :D








      mrs e