kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, June 30, 2010

Dia Ajelah Yang Menang

|
Lain orang, lain ragam, betul tak? Biasalah tu kan. Setiap orang memang ade perangainya sendiri. Nak ikut buah fikiran sendiri. Kalau sikit-sikit masih boleh di 'ignore' kan lagi. Buat-buat tak nampak n tak paham aje sudahlah.


Tapi, kalau dah ter over-over, sume ko jelah yang betul, engkau jelah yang tau, engkau jelah yang bagus, engkau jelah yang pandai, engkau jelah yang banyak pengalaman.. Lama-lama kita akan rasa orang ini SANGAT annoying.


Bila mula-mula engkau berbual dengan kawan engkau dalam suasana mesra, dan tiba-tiba si dia menyampuk dan dia aje yang tahu segala tentang topik yang engkau bualkan tu, sehingga sampai satu keadaan, si dia yang menjadi 'lead' dalam perbualan itu sampaikan engkau dan kawan engkau tiba-tiba terdiam sebab sakit hati dengan orang itu yang nak menang cakap aje. Tidakkah itu sesuatu yang menyakitkan hati? Eh, ni sape yang berborak ngan sape ni pada awalnye? Apesal lak dia ni tiba-tiba menyampuk n nak menang cakap aje?


Dalam lingkungan pergaulan dan perkenalan aku, ade orang yang sebegitu.


Dia ni kalau bercakap, memang ciri-ciri yang aku nyatakan kat atas. Tak boleh kalah. Sentiasa nak UP. Dia aje nak menang. Kalau kitorang bercerita tentang kekaguman rumah seseorang yang kitorang dah pegi (contohnya rumah tu besar), eh, dia pun akan kata rumah dia besar jugak (padahal umah mak dia pun). Start tu ko akan dengar ajelah dia bercerita segala-gala tentang rumah dia. Rumah terlampau besar, sampaikan takut kalau tinggal sorang-soranglah. Rumah terlampau besar sampaikan nak beli langsir pun jadi satu bebanlah (sebab nak beli langsir pun bukan nak yang murah-murah punya, nak yang tebal siap dengan sheer nya sekali). Rumah terlampau besar sampaikan nak mengemas pun jadi satu hal lah. Macam-macam lah.


Daripada ape yang aku perhatikan, sesetengah perkara yang dia cuba perbesarkan tu sebenarnya pun bukannya berlaku kat diri dia sendiri. Bukan pengalaman sendiri. Sebaliknya info tu dia dapat daripada kenalan-kenalan dia ataupun orang yang terdekat dengan dia. Tapi, dia sebolehnya nakkkkk jugak cakap untuk menampakkan yang dia tu serba tahu. Ape, dia ingat dia Profesor Serba Tahu ke?


Bila orang bercerita tentang Hari Prestasi, eh, anak dia la yang paling bagus. Anak dia paling pandai. Report card memang tinggi-tinggi punya markah. Hantar anak g sekolah pun pagi petang. Bukan sekolah biasa-biasa, tapi yang LUARbiasa punya. Bukan itu aje, siap ngan tuisyen lagi. Pendek kata, anak dia sorang jelah yang pandai, anak orang lain bebal-bebal belaka.


Masuk topik bab baju raya, ishhhhh.. baju raya dia lah yang paling vouge. Sulam sana sini. Bukan calang-calang punya tempat belinya. Didatangkan khas dari butik lagi. Sume yang mahal-mahal harganya. Setakat rega 2-3 ratus tu lelap mata ajek. Kalau beli kain bahan pun, didatangkan jauh khas dari tempat yang bagus. Tapi aku tengok biasa aje?


Gitu jugak masuk bab kosmetik. Dia ajelah yang pakai barang mahal. Sebab kulit muka sensitif. Tak boleh pakai barang murah-murah. Tapi aku tengok 'barang mahal' dia tu takdelah semahal clinique ke hapa (clinique pun ok lagi aku rasa reganya). Paling tidak pun yang dia pakai, barangan yang ala-ala tradisional jenama dari seberang tu, yang harganya puluhan ringgit aje. Padahal, dia tak tau, dunia kat luar sana lagi luas. Lagi banyak produk dan jenama-jenama besar yang dia tak pernah kenal (mungkin). Aku rasa kalau aku start sebut jenama perfume yang harum mewangi pun sure dia ni tak tau. Yang dia tahu, setakat dalam lingkungan dunia dia yang sekecik kepompong tu ajelah..


Belum lagi masuk bab masakan. Start jek orang bercerita pasal nak try wat kek gini-gini atau nak masak apepun jelah, dan-dan tu jugaklah ko akan dengar tentang betapa hebatnya dia memasak. Mulalah dia bercerita tentang ramuan yang bagus diguna, yang itu jangan. Dia selalu beli yang import, ramuan yang susah nak dapat. Tak semua tempat ade jual. Ala-ala limited edition gitu sampaikan kononnya dia nak wat masakan yang terbaik punya pasal, sanggup pergi cari bahan jauh-jauh sebab nak dapatkan rasa yang hebat. Padahal orang lain guna yang biasa punya ramuan pun ok aje.. Sedap jugak hasilnya dan abis jugak dimakan =)


Kadang-kadang tu, aku ngan member suke berborak dan bercerita tentang pengalaman sendiri. G shopping ke, tengok movie ke. Dan-dan tu jugak dia menyampuk.


"Eh, korang tak g shopping ke? Ni kan tengah sales gile-gile ni.. Si Mm tu cakapppp, sekarang ni tengah sales kat Isetan. Rambang bijik mata dia tengok baju murah-murah.. Henbeg pun murah-murah kat sana tau. Henbeg sume dapat potongan giler-giler punye, bukan henbeg yang takde brand, ini yang bila ko beli siap dapat kad warranty lagik.." (tengok, bukan dia yang pergi, tapi orang len. Pastu, agaknye dia ni tak pernah pakai henbeg yang mahal sket ke? Biasa la tu, kalau henbeg ade jenama sket mesti ade warranty card punye.. haihhh)

"Aiseh, memang la tengah sales gilerrr nih.. Aku baru jek balik dari shopping kat Pavilion.."


Aku jawab macam tu, terus terdiam dia.


Pendek kata, sume orang memang bengang dengan perangai dia. Sampaikan bile bengang sangat, ade member dalam perbualan tu ber-sms sesama diorang masa dia tengah syok bercerita. Menyampah punya pasal. Berbulu pun iye jugak.


Cumanya, aku terperasan. Kalau sesuatu tu memang dia atau orang yang berkaitan dengan dia tak pernah melalui pengalaman tu, dia akan DIAM menikus jek bila orang lain berbual. Memang dia tak akan menyampuk langsung sebab dia takde point untuk menyampuk dan tak serba tahu tentang topik yang dibicarakan. Rupanya, ade jugak yer masanya yang dia akan KALAH...tak le setiap masa kau menang aje.. HEHEH :D











mrs e

3 comments:

puterikurekure said...

hahaha. sama la. kita pon pi mana2 mesti jumpa orang cenggini. pasrah je la...
:)

Drama Mama said...

macam2 la perangai manusia. redha ja lah. heheehe

http://twinkywinkystars.blogspot.com

isya said...

panjangnya... hehe

mcm2 ehh, isya pun berbulu gak kalau mcm tu..