kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, June 22, 2010

Perkara Senang Kadangkala Menjengkelkan

|
Ini cerita petang semalam.

Semalam, lepas keje aku balik dulu. Dalam perjalanan balik tu, aku singgah kat bank yang ade logo rimau. Niat hati nak masukkan duit. Memula memang nak masukkan duit ni tengahari, tapi tak sempat la pulak. Lagipun masa rehat tengahari ni terhad waktunya. So, cakap ngan mr e, takpe, biar aku jek yang bank-in kan balik keje nanti.

Masa sampai tu, ade la dalam 5-6 orang depan aku. Ok jek, tunggu jelah giliran kan. Tapi boleh pulak lah time gini cash deposit machine tu nak wat hal. Lepas satu-satu transaksi, punyalah lama dia nak ke main screen semula. Ade lah amik masa dalam 5 minit gitu. Bayangkanlah, kalau depan aku ade 5-6 orang, masa yang diambil untuk itu jek dah bape? Tensen betul.

Nak lagi best, masa nak sampai turn aku lagi 3 orang, boleh tak orang yang kat depan tu wat sengal. Dahle mesin tu lemvaaappppp yang hamat, boleh tak masa mesin tu nak confirm kan duit yang dia masuk dia pegi tekan 'NO'? Dahhhh.. akibatnya sume duit yang dia masukkan tadi kuar semula. Dah kena buat lagi sekali. Kena lagi buang masa 5 minit nak tunggu mesin tu ke main screen.

Aku yang kat belakang ni dah macam WTFun le kan. Hampagas betul. Boleh pulak ko wat ta*k. Pastu bila uncle chinese kat belakang dia tu tegur, boleh lak dia cakap alaaaa.. tersalah tekan la.. 

Haihhhhhh cik adik, ko nampak tak berapa punya panjang orang kat belakang ko ni.. Boleh pulak ko tersalah tekan bagai sesuka hati. Kalau ko nak repeat lagi sekali, boleh tak ko berbaris semula kat belakang? Ko reti ke tak nak guna mesin ni haaaaaaaaaaaaaa?

Tapi aku tak le cakap berdepan ngan budak tu, aku cakap dalam hati jek ;p Aku masih menjaga kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang wanita yang ayu.. hiks :)

Meluap-luap dah rasa hati time tu.. Rasa nak jadi Incredible Hulk pun ade. Orang lagi nak cepat, dia pulak melambat-lambat. Dah le mesin tu ade satu jek. Ampeh betul. Dah berkira-kira ni, nak blah ke nak tunggu, nak blah ke nak tunggu..Last-last aku tunggu la jugak. Sebab dah buang masa bape minit jek dari tadi. Kalau nak blah, dari tadi baik aku takyah berbaris.

Panasssss jek haku tau. Tapi aku control jek rasa 'panas' aku time tu dengan menjadi Hulk Hogan dalam hati.. HAHA

Sampai turn aku, aku tak lepaskan peluang. Sampai 2 transaksi aku buat. Hambek ko. Nasiblah kan orang yang kat belakang kena tunggu lama time giliran aku sebab aku pun jenuh menunggu dari tadi.. ;P






mrs e

2 comments:

cik gObu said...

kih kih kih
sengal arr tue

nervous sebab ramai sgt kt belakang
hahaha

ArELeEz said...

hari yg 'panas'.. sabor, ek!