kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, June 29, 2010

Sampai Jodohnya

|
Agak lama sebenarnya entri nih diperam. Biasalah, blogger TAK tegar macam aku ni, kadang berblog memang ikut mood. Malas bebenau nak mengetuk jari kat keyboard, akhirnya terperuk jelah dalam draft. Padahal dah siap-siap upload gambar dah sume.. ngeeee~ =D


Sehari lepas balik dari Jakarta awal bulan ari tu (haih, tengoklah berapa punye lama daaa), aku ngan mr e g ke kenduri kawin member keje kitorang kat Parit Raja, Gresik. Tak jauh sangat lah dari umah aku, lebih kurang dalam 15 minit perjalanan macam tuh. Kitorang gerak lepas zohor, sebab nak tengok member tu berarak :)


Izan & isteri serba hijau
(ku lihat hijauuuuuuuuuuu.. ehehehe ;Pp)


Sedih gak kisah percintaan Izan yang sebelum ni (sebelum dia bertemu jodoh dengan wife nyer sekarang). Sebelum ni, dia dah bertunang dah.. Ngan budak satu tempat keje kitorang gak. Lepas tu, budak tu berhenti n keje kat tempat lain. Still ok lagi masa tu..


Diorang plannye nak kahwin pertengahan tahun lepas. Dalam bulan 5 macam tuh. Tapi malangnye, lagi beberapa bulan nak kahwin, masa tu pihak keluarga Izan dah hantar wakil g antar separuh daripada duit hantaran untuk wat majlis, pihak perempuan lak mintak putus. Tanpa diberikan sebarang sebab.


Paling kesian si Izan lah, dia dah siap sume preparation nak kahwin, siap dah beli set bilik tidur semua. Tarikh kahwin pun dah siap reserved kat orang kampung sebab takut clash ngan kenduri lain. Alih-alih tak jadi pulak. Termangu-mangu lah si Izan tu memikirkan ape sebabnya.. Sebab, si Izan sendiri tak tau ape puncanya (tapi ade dengar-dengar orang cakap, sebab ex-tunang dia tu dah ade orang lain kat tempat keje barunya. Dan seperti mengukuhkan dakwaan tu, diorang dah kahwin hujung tahun lepas jugak)



Silat (cakpong-cakpong.. eheh)



Hurmmm.. entahlah. Apepun sebenarnya, mungkin bukan jodoh diorang. Sebab tu tak jadi kahwin. N kalau korang nak tau, wife si Izan sekarang ni, jauh lebih cantik dan lawa daripada ex-tunang dia tu. Percayalah.. :)



P/s : Kite hanya mampu merancang, tapi kadangkala perancangan kita tak terlaksana seperti yang diharapkan. Dan ingatlah, perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan kita. Hanya Dia yang lebih mengetahui segala-gala yang terbaik untuk kita.. Jika kita diduga dengan ujianNya hari ini, InsyaAllah, akan ade hikmah dan ganjaran lebih besar untuk kita kemudian hari jika kita sabar menempuhinya.. Wallahualam..










mrs e

0 comments: