kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, June 7, 2010

Takde Pape

|
Entri semalam tu, takde pape sebenarnya. Jangan la sangka yang bukan-bukan macam aku bergaduh teruk ngan mr e ke apa. Ataupun mr e marah aku mengaumm aummmmmmm aummmmmmmm ke hapa. TIDAK ya. Langsung TAKDE.

Entri tu aku publish untuk menyatakan betapa KESAL nya aku sebab dah cacatkan barang pemberian mr e. Hadiah ulangtahun perkahwinan lak tuh. Tsk..

Mr e ok jek sebenarnya, tapi aku la yang ralat sangat-sangat. Ape taknya, baru pakai sehari, aku dah tercuai. Sebab aku hargai sangat-sangat gift tu, tu yang ralat pun sangat-sangat. Sedih pun sangat-sangat. Nangis pun sangat-sangat. (Ape ni asyik ulang perkataan sangat-sangat. Ok cuba kira ade berapa perkataan sangat-sangat.. HAHA) ;P

Mak aku kata, kalau kita TERLALU sayang sesuatu tu, dan sebolehnya kita nak jaga elok-elok, sentiasa nak disayang-sayang, TAPI itulah yang selalu sesuatu perkara buruk tak disangka akan berlaku kat barang yang kita sayang tu. (Kira berapa perkataan sayang pulak kat perenggan nih ;D)

Oleh itu, kena sayang biasa-biasa je. Jangan sayang sesuatu tu LUAR BIASA. Kang kalau terjadi ape-ape, kita kesal pun terlebih-lebih. Huhu~



P/s : Rasa badan macam tak berapa sihat la.. Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku (juga ahli keluargaku).. Dah le esok dah nak g jalan-jalan.. urmmm







mrs e

0 comments: