kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, June 15, 2010

Tuan Blog Tak Sihat

|
Sori sangat² kepada siapa yang tertunggu-tunggu entri Jakarta aku. Bukan sengaja dilambatkan, tapi aku tengah tak sihat neh.

Petang semalam tiba-tiba aku sakit gigi. Tak pernah aku sakit gigi teruk macam ni sekali. Sakitnyaaaaaaa Allah je yang tahu. Malam pulak aku demam, sampai menggigil-gigil satu badan. Dah tu, dengan sakit giginya, memang langsung aku takleh tido. Terasa malam jadi panjang sangat nak tunggu siang.

Sebelum ni, aku memang fobia nak cabut gigi atau yang berkaitan dengan gigi. Nak g klinik gigi pun boleh pikir seribu kali dulu. Tapi kali ni aku memang dah tak boleh tahan, aku nekad nak g cabut jek gigi aku tu.. Rasanya kalau dah cabut tu, dah hilang segala kesakitan yang aku alami. Kalau bengkak lepas tu pun aku tak kisah, bengkak pun bengkaklah. Dah tak daya dah nak menahan sakit. Bak kata makcik aku, sakit gigi kalau nak dibandingkan dengan sakit bersalin, lagi sakit nak menahan sakit gigi nih.. huhu

Tapi bila g klinik tadi, doktor tak kasi cabut dulu. Dia bagi ubat, suh makan habiskan, then kalau dah habis ubat-ubat tu, even masih sakit giginya, dia suh datang jugak untuk cabut.

Dan balik umah tadi, tak sabar-sabar aku makan pil yang dibekalkan. Alhamdulillah.. dalam masa ½ jam lepas tu, aku rasa dah kurang sikit sakitnya.. Alhamdulillah, alhamdulillah.. Syukur ke Hadrat Mu Ya Allah..


p/s : sib baik tak kena sakit gigi ni masa kat Jakarta ari tu, kalau tak, tak bermakna la percutian aku sebab duduk memerap lam bilik aje la jawabnya..







mrs e

5 comments:

Eis said...

alahai..sakit gigi mmg sakit. rasa nak lempang org yg buat lawak pun ada hahaha just kidding, to cheer u up! :p

cik gObu said...

takot nyer nak cabut gigi

sy sanggup tahan sakit tao naja

mrs e said...

eis;
betul, kalau kena sakit gigi, satu hape keje pun takleh buat. rasa geram satu badan. orang wat ape pun, rasa nak lempang aje..huhu

cik gobu;
isykkk.. ye ke ween? naja b4 ni mmg sanggup tahan sakit. tu yang dari semalam konon-konon kuat la nak tahan. sekali bila sampai demam n tak boleh tido, memang naja rasa takleh jadi. nak tak nak kena jugak cabut gigi tu..

ija said...

naja..sakit tu akan berulang tau..saya pernah alaminya..mmg hazab..
dan alhamdulillah, kedua2 geraham bonsu telah pun dibuang..
tapi saya suggest, pegilah kat klinik swasta.saya cabut kat gomen, trust me..FEAR FACTOR!
sebab mak saya cabut kat klinik swasta, rasa sakit mcm gigit semut aje, berbanding saya yg bengkak sampai 2 minggu!
saya ada wat entry psl ni masa thn 2007.

mrs e said...

ija;
yup, naja mmg g klinik swasta tadi. bab gigi ni tak berani naja g gomen. seriauuuuuu.. sebab diorang ni kengkadang wat keje ade kasar sket..

ni tgh makan ubat n kena habiskan ubat tu dulu. bila dah abis, baru leh g klinik untuk cabut. sakit gigi ni mmg takleh tahan, urat nye mencengkam sampai ke kepala.. adehhhh