kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, June 16, 2010

Vacation To Jakarta I

|
Tak plan pun nak gi Jakarta neh. Ad-hoc plan sebenarnya. Sempena anniversary kitorang 1 june ari tu, aku ngan mr e dah plan nak spent 1 hari togeder-geder outing berdua ke Melaka, tengok movie ape semua. Tak sangka pulak celebration nye membawa jauh sampai ke Jakarta :)

Abang aku memang selalu ke Jakarta. 2 minggu keje kat KL, 2 minggu kat Jakarta. Tak pun, ke Singapore. So, 2 minggu cuti sekolah ni, seminggu dia kat Jakarta, n seminggu lagi kat Singapore. Memula abang aku nak bawak mak aku sekali pegi yang kat Singapore tu, memandangkan mak long (belah arwah abah aku) ade kat sana. Kira boleh wat sekali la family visit. Tapi mak aku lak taknak. Katanya, Singapore kitorang da selalu pegi, mak aku teringin lak nak ke Jakarta.

So that, there we go ;)

Untuk urusan booking flight n hotel sume, abang aku yang uruskan. Kitorang pegi dari 8 hingga 11 haribulan. Aku g umah abang aku 7 haribulan malam lepas aku n mr e balik keje.

Abang aku book flight Holland, KLM-Royal Dutch Airlines.. Untuk cuti sekolah, harga tiket agak melambung sikit rate nya. Biasalah tu kan. Hotel pulak, sebab kampeni abang aku mementingkan dan menjaga imej syarikat, maka 5 star hotel la tempat menginap. Grand Hyatt Jakarta memang selalu jadi tempat penginapan abang aku kalau ke Jakarta.

Flight kitorang pukul 4.20pm. Kul 12 dah gerak kuar dari umah ke KLIA. Naik 2 keta, n keta parking kat KLIA jek. Sampai-sampai jek, terus daftar kat kaunter KLM. Nasib baik kitorang cepat, sebab untuk flight ni, ade minus lebih kurang 80++ orang yang kena di transfer ke flight lain. Nasib badan la yooo..


KLM kaunter

mr e & mrs e :)



Abang Zaki & Kak Cha kumpul passport
Boleh jadi tourist guide ni ;P



mr e tolong angkat luggage untuk check in

Lepas dapat tiket sume, terus check in luggage pulak. Sempat jugak lepas tu lepak kejap kat McD. Anak-anak abang aku sume nak makan aiskrim. Duduk jap, minum-minum n makan fries, terus turun eskalator untuk ke aerotrain.



Pemeriksaan passport n tiket





me n my mum ♥

Sementara tunggu aerotrain, kitorang ke surau berdekatan. Solat zohor n jamak asar sekali. Yerla, tadi pun gerak dari umah kul 12, lum masuk zohor lagi.. Lepas solat, terus tunggu aerotrain untuk ke gate E 37.



Dalam aerotrain



Dah sampai balai berlepas
Snap-snap


Abang Zaki n family


Dalam flight, fifi, mak n kak nora duduk satu baris. Abang Zaki sefamili duduk sebaris, kecuali Apis sebab dia duduk ngan aku. Nak duduk tepi tingkap katanya :)




Inilah stewardess KLM
Macam dah veteran-veteran jek aku tengok.. HAHA


Me n Apis



Flight Information




Senarai movie

Sepanjang perjalanan, boleh pilih nak tengok movie ke, main games ke atau tidur saje.. hehe. 




Avatar

Aku memula pilih nak tengok Avatar. Tapi rasa cam berat lak movie tu. Last-last aku tengok Princess & Frog aje.. Best jek tengok movie katun neh.. hehe






Tak lama pastu, makanan pun diagih-agihkan. Menu adalah mee goreng, salad n muffin. Air aku pilih air apple. Oklah mee gorengnya, not bad. Cuma banyak minyak sket..



ini budak sangat tekun main game





Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Dari KLIA kul 4.20 pm, sampai ke Jakarta pukul 5.20 pm (waktu tempatan). Oh ya, waktu adalah berbeza 1 jam dari Malaysia yer..



cuaca mendung


Airport Jakarta adalah berbeza yang hamatttt dengan kita punya KLIA. Bagai langit ngan bumi kalau nak dibandingkan. Bayangkan, arrival punya tandas, macam tandas awam kat stesen bas aje. Masa ni la rasa bertuah n berbangganya aku jadi warganegara Malaysia. I ♥ my country.. tehehehehe






Keluar dari flight, terus beratur kat kaunter imigresen. Kat sini, lepas diorang check & cop passport kita, gambar kita akan diambil. So, buat la senyuman yang manis masa gambar korang diambil tu.. Tapi jangan over posing pulak.. HAHA

Yang jadi imigresen ni sume aku tengok ganteng-ganteng cowoknya.. Uhhhh.. hensem siottt.. tapi ade yang sombong gilak. Muka masam mencuka jek berurusan dengan pelancong. Ade pulak yang terlebih ramah. Mr e la, kaunter yang dia g tu, imigresen nya tanya, atas urusan ape datang sini.. Dengan slang bahasa indonesia nya yang pekat, tergagap-gagap mr e nak menjawab. Lagipun, mr e tak expect pun bapak imigresen tu nak beramah tamah dengan dia.. HIHIHI



boleh tau pemandu teksi ni dah keje berapa tahun 
tertera kat ID dia tu



teksi blue bird



Dalam teksi ke hotel
layan cite Avatar, sebab itu je Cd yang best sket



Vellfire depan tu dinaiki Abang Zaki sefamili n mak aku
Kitorang follow belakang.. tu dah nampak dah Grand Hyatt nye


Oh, perlu jugak diberitahu, (tips untuk korang laaa) disebabkan dah stay kat hotel 5 bintang, tak boleh sesuka hati nak jimat ke hapa amik kenderaan macam but-but (ke tut-tut?) untuk ke hotel yaaa.. Dilarang sama sekali kenderaan sebegini masuk ke hotel.

Kalau nak amik jugak untuk jimatkan kos, nanti dia akan berentikan kamu berdekatan dengan hotel. Tapi jauhhhhhhhhhhh laaa.. Dengan luggage sume lagi, sanggup ke?

Dari airport, Abang Zaki amik 2 Vellfire dari silver bird company untuk ke hotel. Vellfire ni jarang-jarang nampak kat Malaysia, tapi dia lebih kurang Alphard lah.. Memula ingat nak naik merc, tapi takut tak selesa lak, ditambah dengan luggage lagi..

Oh ya, lagi satu tips, jangan amik/tempah teksi kat dalam airport tu. Even dari kampeni sama, sebab yang kat dalam tu akan caj mahal. Better terus keluar dari airport tu n amik teksi tu kat tempat diorang menunggu. Memang jimat sebab jauh berbeza caj yang dekat dalam tu kenakan..

Kitorang sampai hotel dalam pukul 8 malam waktu tempatan.. Pemeriksaan keselamatan kat hotel agak ketat sket, mungkin disebabkan kejadian pengeboman hotel JW Marriot kat sana tak lama dulu kut..








mrs e

8 comments:

perra2ferra said...

gle punye skema ayat ko.mcm nk muntah pn ade.wakaka

mrs e said...

perra2ferra;
oitt oittttt.. sesuka hati jek nak cakap eh. ko tak tau ke itu ayat orang sakit gigi?

ija said...

wow naja..banyak info and tips ye..mmg berguna bagi org yg tak pernah pegi mcm saya..ok, sambung2..tak sabar ni..hehehe

mrs e said...

ija;
tungguuuu.. banyak nau nak citer n gamba nak upload.. esok naja sambung k! :)

cik gObu said...

wahh
sy dlu g jakarta g hotel biase2 jek
hehehe

duduk hyatt siok lah eh

anyway brape RM ye semalam?
and knp awak tak naik MAS???

pelik gak nie
jarang sy tgk...selalu kalau travel mesti naik airasia takpun mas

mrs e said...

cik gobu;
ween, masa kat sana, naja duduk bilik type Grand King. Untuk semalam rate dia adalah USD 220, kira-kira RM 719 lah kalau convert duit sini.. (darab ngan 3.268). so stay sana 4 hari 3 malam, cost keseluruhan RM 2157 untuk satu bilik.. ween boleh tgk sedniri kat sini >> http://www.jakarta.grand.hyatt.com/hyatt/hotels/rooms/room-description.jsp

ermmm, pasal kenapa tak naik MAS or AA tu, untuk orang yang biasa travel ke overseas macam abang naja, diorang lagi mahir untuk cari tiket flight yang lebih murah under penerbangan negara lain... sebab tu kalau kita tengok orang yang biasa berurusan kat luar negara, diorang akan amik banyak flight n transit 2-3 kali untuk sampai destinasi bertujuan dapatkan tiket yang lebih murah.. :) ini tips jugak nih.. untuk info lanjut, ween boleh tengok sini >> http://www.klm.com/travel/my_en/index.htm

ija said...

owh gitu..hmmm good info again..

cik gObu said...

wahhh gud info
tq naja