kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, June 17, 2010

Vacation To Jakarta III

|
Hari yang cerah.. Yieahhhhhaaaa.. Pepagi lagi dah bangun. Sini subuhnya awal, kul 6 dah habis waktu. Tapi kul 6 tu dah cerah secerahnya cuaca kat sini.. So, aktiviti pertama setelah bangun pagi adalah snap pemandangan Kota Jakarta :)



pesat



Shopping mall yang berdepan dengan hotel..
Oh ya, shopping mall depan ni pun bersambung ngan hotel jugak. Hotel ape, aku tak ingat



swimming pool kat tingkat 5
port kitorang adelah yang dekat ade bumbung cam atap nipah tu



air pancut nya tak 'ON' lagi masa ni.. yang ade yang air pancut kecik je
kalau korang perasan, lane yang kaler merah tu adelah laluan khusus untuk bas

Aku paling heran tengok orang-orang kat sini. Selamba jek diorang mencelah ke situ sini. Boleh pulak lepas tu penjaja yang tolak-tolak gerai macam tu masuk melintas kat roundabout ni. Tak takut langsung dengan kenderaan yang sesak tu. Aku pulak yang ngeri. Hon-hon dah jadi perkara biasa dah. Tak heran langsung dengan hon tu. Cuba kat tempat kita, aje kadang sampai bergaduh kalau kena hon kan? Sampaikan fifi kata, kalau hon kenderaan kau tak berfungsi, sesuatu yang susah la kalau nak bergerak kat sini. Ape taknya, nak ke kiri hon, ke kanan hon, mencelah hon, ape-ape jelah hon.. Hon situ sana sini.. weeee~

Nak lagi pelik, sepanjang aku ade kat sana gunakan jalan raya diorang yang sesak dan asyik macet tuh, tak pernah pulak aku nampak kemalangan. Hebat bukan?



Budak ini terer berenang wooo.. kalah makcik eh yang tau berendam aje.. HAHA


Lepas lepak-lepak sarapan sume, Apis, Baby n Hani dah sibuk ajak g pool nak mandi n swimming. Aku ok sajork, tapi aku suh diorang g dulu sebab aku lum nak abis sarapan lagi. Konpiden jek masa tu yang aku tau pool tu ade kat tingkat berapa.

Sekali bila aku nak turun ngan mr e, rupa-rupanya kitorang dua-dua tak tau pun pool tu ade kat floor bape! KAH KAH KAH. Tula, kengkonon nak wat pandai kan. Abis ko aku kena memandai-mandai. Masa tunggu lif tu, berdoa dalam hati supaya takde orang dalam lif tu, maka senang la aku nak skodeng info yang ade kat button dalam lif.

Sekali bila pintu lif terbukak, ade 2 orang mat saleh lak dalam tu. Aiseh, malu ar nanti kalau aku tertinjau-tinjau button dalam lif nih. Nak tak nak, wat selamba jek kengkonon kitorang sesama nak turun ke lobi.. Hahahaha.. Lepas jek diorang keluar kat lobi, menggelupur aku baca button lif semua tu.. Aloooo.. kat tingkat 5 rupanya pool nya.. hik hik hik



mr e hanya mampu bersantai sahaja


Oh, kesian suamiku ini. Boleh pulak aku terlupa nak masukkan short pants dia lam luggage. Akibatnya, tak dapat la dia sama-sama berendam dalam pool pagi tu.. Huhuhuhu.. At last, jadi kameraman kitorang sajork.. hihihi



mana satu muka apis ni? yang kanan ke kiri.. hiks :D


Ceh. Pandai posing bergaya camtu lak tuh. Ni mesti ikut baka mummy nye







Dah puas berendam, kitorang naik ke bilik. Mandi n bersihkan diri dan bersiap-siap tuk keluar g Tanah Abang. Dekat benau Tanah Abang ngan hotel yang kitorang duduk tu. Sekejapan jek dah sampai.



On the way ke Tanah Abang. Sib baik tak macet



But-but ke tut-tut?





Sampai jek Tanah Abang, aktiviti penyoppingan pun bermula. Tapi memula tu, nak datang seru membeli agak lambat jugaklah. Yang asyik dibuat, hanyalah pusing-pusing n tengok barang ape yang ade dijual kat situ. Maklumlah pertama kali pegi, tak terfikir pun ape yang nak dibeli. I have no idea at all..





Last-last, kitorang g makan dulu. Aku pilih untuk makan Nasi Uduk Betawi. Portion aje nampak besar, tapi isi sket. Untuk Nasi Uduk Betawi ni, harganya ialah IDR 24,000. Oh, aku sempat jugak rasa air teh botol atas hasutan akak ipar aku Kak Cha. Tapi tak sedap.. uwekkk.. Rasa sesedut jek dah. Tak shukeeeee



beli selipar tuk dipakai dari bilik ke pool


Tanah Abang ni banyakkkk sangat kedai. Lepas tu bertingkat-tingkat. Ade bape tingkat pun aku tak tau sebenarnya. Main aci redah aje. Tapi barangan yang dijual memang murah-murah!



Sesi tawar menawar


Kat sini, kalau dah jumpa sesuatu yang berkenan tu, kalau boleh, dapatkan harga yang kita nak. Sebab diorang ni tau jek kita orang Malaysia, diorang akan naikkan harga tinggi-tinggi dulu. Kat sini takde tanda harga macam kat Malaysia tuk semua barangan. Kecuali harga pas (harga mati/harga offer), yang tu biasanya memang diorang akan tulis. Yang penting, kena pandai menawar harga.



Main entrance dah tutup, kitorang tak keluar-keluar lagi

Lagi satu, kalau korang dah tawar-tawar tu tak dapat jugak harga yang korang nak, jangan teragak-agak nak tinggalkan kedai tu. Lagi korang merayu, lagi diorang rasa barang diorang bernilai. Blah aje. Banyak lagi kedai lain yang jual barang yang sama. Kadang-kadang, kalau korang nak blah tu, otometik diorang akan turunkan harga ikut harga yang kita nak. Kira nasib-nasiblah kan..

Macam aku, masa aku nak beli telekung, kedai pertama tu boleh kasik paling murah IDR 200,000. Aku mintak kurang jadi IDR 180,000 pun tak kasi. Last-last aku blah jek g kedai lain. N kat kedai yang lain, aku dapat telekung yang sama dengan harga IDR 150,000. Untung sangat lah kan?

Hari pertama kat Tanah Abang ni kitorang tak beli ape sangat. Telekung 2-3 pasang jek. Lebih banyak kepada pusing-pusing aje dari mula sampai kedai nak tutup. Uhuk.

Pukul 5 petang, kompleks ni dah tutup. Kitorang pun keluar la nak balik. Ingatkan nak amik teksi jek dari situ ke hotel, tapi Abang Zaki suh tunggu dia, maka kitorang pun tunggu la kat luar bangunan tu. Masa menunggu tu, banyak la aku tengok gelagat orang sana sini. Haaa, kalau korang nampak orang-orang yang mengemis ni, kalau boleh jangan bagi derma kat diorang. Sebab diorang ni macam ade sindiket laaa.

Daripada ape yang aku nampak, Kak Cha bagilah derma seikhlas hati kat seorang pengemis tu. Lepas tu datang pulak sorang lagi. So, untuk orang yang kedua, berapa jelah belen yang Kak Cha ade (duit kecik) dia bagi kat orang tu. Boleh tak lepas tu, dia datang semula n mintak lagi dan cakap orang yang pertama tu dapat lebih, kenapa dia dapat sket? Tak lama lepas tu pulak lagi, geng-geng dia pulak datang mintak duit jugak keroyok-keroyok situ.. Haiiiihhhh

Ade kisah disebalik citer kat Tanah Abang ni. Sebenarnya abang aku ade meeting kat area Tanah Abang tu. Lepas jek dia hantar kitorang kat situ n makan sama-sama, dia keluar la nak g meeting. Tapi malangnya, jalan sangat macet waktu tu. Sume teksi tak nak amik abang aku untuk ke tempat meeting. Dah la dah lambat, nak tak nak, abang aku terpaksa naik motor-taksi. Aduhhh.. kesian betul dia. Dah le pakai smart-smart dengan bawak bag lappy sume, terpaksa pulak jadi pembonceng motor. Pulak tu, sebab nak cepat sampai punya pasal, motor-taksi tu redah lalu shortcut ikut tepi-tepi longkang sume. Habis bau busuk bercampur-campur dengan asap dah baju abang aku.

Bukan itu aje, masa kitorang nak balik tu kan dia nak jemput. Punyalah lama kitorang tunggu dia kat luar tu. Rupanya, dia susah nak dapatkan teksi untuk jemput kitorang. Sampaikan dia terpaksa mintak partner meeting dia tu hantarkan dia kat Hotel Nikko untuk cari teksi. Bayangkanlah, Hotel Nikko tu berada depan hotel kitorang je. Walaupun tak berapa jauh ke Tanah Abang, tapi bila dah macet dan berulang alik tu memang terasa la jauhnya.

Nak lebih sadis lagi, masa dia jemput kitorang tu, dia dapat satu teksi merc jek. So dia dulukan mak aku, aku, mr e n fifi yang naik balik ke hotel dulu. N dia mintak driver teksi tu untuk datang balik untuk amik diorang yang tinggal pulak. Tapi rupa-rupanya, lepas jek kitorang gerak, dia dapat satu lagi teksi. Beria la dia suh teksi yang diorang naik tu bawak cepat sket, sebab nak kejarkan teksi yang kitorang naik supaya takyah la teksi tu u-turn nak amik diorang lagi. Kejar punya kejar, tak dapat jugak teksi tu. Terpaksa la teksi yang abang aku naik tu u-turn jugak sekali lagi untuk cari teksi yang kat depan tu. Last-last jumpa semula kat lobi hotel. Kesiannnn abang aku, baik-baik kena bayar untuk harga 2 teksi, dah kena bayar untuk 4 teksi. Habis, dah 2-2 teksi buat 2 kali u-turn kannnn.. Oh abang, pengorbananmu ku hargaiiiiii..



@ Levis. Ade discount 50% untuk barangan yang terpilih


Balik sampai hotel, lepas tengok dan kirai semua barangan yang dibeli, terus aku, mr e n fifi turun semula. Ke mana lagi arahnya, Plaza Indonesia laaa.. Kan dah kata, aku nak g situ lagi. Memula terjah Levis, sebab nampak ade sale kannn.. Aku n mr e tengok t-shirt, belek jeans, sekali takde pulak. T-shirt untuk aku dah takde saiz, gitu jugak jeans. Mr e lak jeans nya kalau ade saiz pinggang, panjang nye pulak kurang. Ade panjangnya, saiz pinggangnye pulak takde.. Aduhh duhh duhhhh





At last fifi jekla yang dapat memborong sekali t-shirt ngan jeans. Kat sini, kalau kita mintak diorang tolong potongkan sekali panjang jeans tu ikut kepanjangan kaki kita, esok baru boleh siap. Bukan macam tempat kita, on the spot dah leh dapat dalam beberapa minit hari yang sama jugak. Itupun kena wat bayaran tambahan, IDR 20,000 kalau tak silap aku.





Lepas tu, kitorang pusing-pusing lak cari purse aku n t-shirt mr e. Kuar masuk kedai jek kejenya. Sampaikan kitorang seberang jalan ke Shopping Mall yang berdepan tuh. Grand Indonesia kalau tak silap aku namanya. Kat situ, aku dapat jugak rembat selai t-shirt Levis. Memang berbaloi-baloi ;P



Last-last kat Charles & Keith aku jumpe purse aku :)


Kuar masuk kedai nih, paling aku tak tahan, selamba jek aku n fifi masuk butik Gucci. Ceh. Konon orang ado-ado la sangat kannn.. Siap try-try lagik henbeg nya. Alah, takpe, tak pat beli, dapat jugak merasa pakai kat bahu walaupun sekejap.. HAHAHAHA. Cuba kalau kat Malaysia, berani haku nak wat cenggitu? Belum masuk pun tah-tah dah kena jeling atas bawah berapa puluh kali tah dengan SA nye..

Tapi aku suke la, sebab kat shopping mall Jakarta ni, kita orang Malaysia macam diberi layanan istimewa aje. Kita nak masuk mana-mana outlet pun tak payah nak ade rasa takut takut.. Terasa macam orang kaya-kaya pulak..

Eh, memang kaya ape.. Jutawan lagi.. Tapi dalam rupiah lahhhh.. HAHAHAHA :D








mrs e

3 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

wauuuu....syoknyer pegi jogja...teringin nak ke bandung...bila laaa lepas ke sane...huhuhu...

mrs e said...

rafflesia merah;
akak, sekarang ni MAS ade wat promotion ke Bandung.. Cuba akak tengok, mana tau berkenan :)

sz | m.s.s said...

haaa tu dia...entry penuh..syabbas!