kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, June 18, 2010

Vacation To Jakarta IV

|
Hari ke 3, lepas bekpes semua, aktiviti pertama adelah gedebush bushh bushhh masuk lam swimming pool. Kali ni, mr e balas dendam, sebab semalamnya dia tak dapat nak swimming. Masa kat Tanah Abang tu, da siap-siap beli suar nak wat mandi.. Kemain eksaited dak Apis, sebab Cik E nya dapat mandi-manda bergurau senda bersama-sama dengan dia dalam pool tu. Macam-macam aksi lah yang dorang buat. HAHAHA

Mr e yang balas dendam nak berendam :)

Dah puas mandi-manda, naik atas dan bersiap-siap nak keluar. Kitorang nak ke ITC Mangga Dua lak ari ni. Perjalanan pun tak amik masa yang lama, sebab ITC Mangga Dua ni dekat jugak la dengan hotel. Memula nak naik Vellfire, tapi bila kuar dari lobi hotel, takde pulak. So, amik jek 2 teksi merc ke sana. Dan seperti yang sama sebelum ni, gandingan konvoi untuk merc pertama adalah aku, mr e, mak aku, fifi & dina..

Abang aku memang khususkan the whole day hari ni untuk bersama-sama kitorang g shopping. Dia dah free kan semua schedule semata-mata nak join kitorang ke ITC Mangga Dua. Alololololo.. sweet nya... Abang sapa laaaaa tu.. Cayang abang ♥!


tepi jalan @ ITC Mangga Dua
tengah tunggu merc yang membawa group lagi satu sebab kitorang dah sampai dulu


"Ibuk, bapak, mahu ke mana? Silakan naikkkk.. "
Kenderaan ni boleh muatkan berapa penumpang ek?


Masuk je Mangga Dua, terus mulakan aktiviti penyoppingan. Shopping shopping shopping.. Kali ni, memang kitorang shopping bebetul. Ape jek yang rasa berkenan, tawar menawar n dah rasa puas hati dengan harga yang ditawarkan, terus grab aje. Takde masa lagi dah. Sebabnya tinggal hari ni n esok (sebelah pagi ke tengahari) jek masa yang ada.



Kat ITC Mangga Dua ni, ade barang-barangnya yang a little bit pricey compare to Tanah Abang. Kena pandai pilih-pilih la. Tapi kat sini orang tak la ramai sangat sampai bersesak-sesak cam kat Tanah Abang. Kira boleh la bernafas sket. Kedai-kedai pun nampak lebih kemas dan tersusun laaaa..

Kalau rasa nak beli souvenir, kat sini banyak sket pilihan. Ade jual t-shirt Jakarta bermacam-macam design dengan harga yang murah. Aku pun tak lepaskan peluang membelinya. Alah, buat kenang-kenangan kannnn.. Memori tuuuuuuuuuuuuuu.. hiks ;)

Ade jugak dijual souvenir untuk majlis perkahwinan. Huiiiiii.. macam-macam jenis. Nak ngan tak nak aje. Pilih jek mana satu yang berkenan, memang berpinau bijik mata. Sib baiklah aku dah kahwin. Kalau takkkkkk.. Ecececececececeh.. :D


Banyak blok sebenarnya ITC Mangga Dua nih. Tapi aku pun tak tau aku berada kat blok mana. Sekali lagi, main aci redah jek. Ke mana abang aku n yang lain pegi, ke situ lah aku tuju..


Kat sini, aku pun telah menTERbeli telekung lagi. Memang gerammmm gerammm gerammmm jek kitorang setiap kali lalu kat kedai telekung. Eh, itu lawa, ini lawa. Sume pun lawa. Sulam-sulamnya pulak mewah. Yang jenis siap sulam kat bunganya timbul-timbul cam ade kelopaknya tu. Jenis kainnya pun baik, kat Malaysia jarang nak jumpa. Ade gak telekung yang kainnya dari kain sutera. Yang sulam penuh satu telekung pun ade.. Yang siap ade labuci pun ade kat sulamnya tu.. Cantik betul. Kalau sesapa nak kahwin, memang sesuai sangatlah nak wat hantaran perkahwinan.

aku dah tak tau nak pilih mana satu.. dah sumenya lawa-lawa
murah lak tu (itu yang PENTING ;P)



Kitorang berhenti jap dari aktiviti penyoppingan untuk makan. Isi perut kat A&W. Masa ni, barang-barang pun dah banyak giler dah. Tak muat nak tempatkan segala mak nenek plastik yang berisi hasil belian :)



Lepas makan, sambung shopping lagi. Wahhhh.. jutawan betul, duk sana keje shopping aje yek.. HAHAHA. Kitorang beli lak barang-barang kiriman dari adik beradik n anak sedara. Tak lupa jugak souvenir untuk makcikpakcikatukbosmembermember sume.

Lebih kurang pukul 3++ petang, sume pun dah kepenatan. Bayangkanlah, dah berapa jam dah pusing-pusing bershopping aje. So, decide balik hotel. Mana barang yang tak dapat lagi, kitorang dah plan nak cari kat Tanah Abang last day before balik Malaysia esok.



Malam tu, Abang Zaki ajak kitorang makan kat food court Plaza Indonesia. Aku on jer. Setiap orang dewasa yang masuk, akan diberi satu kad (macam yang aku pegang dalam gambar kat atas tu). Dengan kad tulah kita buat order.

mr e n hani
sian mr e, sampai malam mata dia still merah sebab tak tahan dengan klorin air swimming pool



Banyak la pilihan menu. Diorang ramai yang makan kuey teow bakso. Tapi aku pilih untuk makan nasi goreng ikan asin (masin) dan air tembikai. Ok laaaa, not bad rasa dia, portion pun banyak. Sampai tak habis aku makan. Last-last, baki tu aku tapau bawak balik hotel. Tak larat den


mr e punya minuman
kopi saring susu (senang² cakap kopi susu jela kan? ni siap ade saring-saring lak..eheh)

Ohhhh, our dinner that night was cost us around IDR 500,000. Expensive, huh? Harga sini kira-kira MYR 180++ la lebih kurang. Huiiiii... nasib baik Abang Zaki yang bayarkan... Selamat wit aku yang tinggal ciput neh.. Ha ha ha. Tenkiu abang! :)


Lepas dinner, aku, mr e n fifi tak terus balik hotel. Aku sesaja nak round lagi shopping mall tuh. Lagipun, fifi nak amik jeans dia yang dah siap dipotong. So, ape lagi, meround la kami bertiga macam merry-go-round.. hik hik hik

Sempat jugak fifi cari baju untuk Dina. Baju untuk pakai balik Malaysia (nakkkk jugak pakaikan baju yang baru) n baju untuk raya sekali. Geram-geram jek kitorang tengok baju budak-budak yang kiut-miut tu. Sampai rambang mata tak tau nak pilih yang mana.


@ Zara.. tak sempat masuk pun, snap ajek sebab ari dah malam

@ Guess. Eh, nape la aku tak suke design purse kat Guess ni ek? Cam tak kena jek aku rasa


Cak! Sempat jugak aku berposing.. Hoho~

Gambar depan bilik sebelum masuk dan tido.. HEHE

Dah takde ape yang nak dicari lagi, kitorang pun balik hotel. Nak kena spent masa sket malam ni, sebab kitorang dah nak start packing. Esok pagi-pagi dah nak keluar pulak g Tanah Abang for the final shopping..







mrs e

1 comments:

ija said...

amboi bestnya..asik soping aje..hehehe