kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Sunday, July 25, 2010

Baru Tau :')

|
Tadi g ke BG. Beli barang-barang kering untuk kenduri arwah sabtu minggu depan. Sambil tu beli sekali bahan-bahan tuk masak makan tengahari sebab mr e request nak makan masakan air tangan isteri dia ni. Eheh :')


Dia request daging masak tauchu. Oklah tu kan, senang jek sebab dah tak payah nak masak sayur lain sebab sayur sawi dah masukkan sekali dalam daging tauchu tu. Cuma add on ulam petai n sambal belacan.


Masa nak beli sawi, pilih-pilih sawi ngan mr e. Aku g kat port sawi-sawi, amik je sawi yang aku selalu beli.


Sekali mr e tanya;
"Yang, ayang selalu masak pakai sawi ni eh?"
"Yela, sawi ni lah. Sawi mana lagi.." (dalam hati, takkan aku nak pakai sawi jepun yang pendek-pendek tu lak)
"Ermmm.. yang ni sawi batang hijau.. Ayang selalu masak bukan pakai sawi yang batang putih ke?"
"Entah, ayang selalu guna sawi ni jek. Ade ke sawi yang batang putih?"


Pastu mr e tunjuk la kat aku, ade dekat-dekat situ yang sawi batang putih. Lalu aku pun mengeluarkan sawi batang hijau dan memasukkan sawi batang putih ke bakul belian sambil tersenyum malu.. :")











mrs e

0 comments: