kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, July 12, 2010

Hectic Sunday

|
Hai lalingsss.. ape macam? Cukup rest tak berwiken-wiken semalam? Ai pat coti sehari jeks taw, sebab sabtu tu kan keroje.. *sobs*


Tak puas rasanya berwiken bila hari ahad pun hectic gile ke sana ke mari.. Uhuh.


Sebenonya semalam kan ade kenduri kawen kat kampung ai, so plan nyer memang nak ke kenduri kawin jek lah petang tuh. Mr e pulak memang start dari malam ahad tuh da g rewang gotong royong tolong masak-masak potong daging sume. Sampai pukul 3 pagi baru balik ko! Alahaiiiii.. menantu sapaaaaaa la tuh.. Ececececeh ;)


Sekali tibe-tibe pagi ahad tu, fifi mengadesss pulak ajak kuar ke JJBM. Konon nak cari jam baru katanya. Memula ai ngan wawa macam, ermmm.. nak pegi ke tak ek.. Tapi cam dah lama jugak kan tak hang out bertiga jek togeder-geder...


Dalam kul 10++ baru gerak dari umah. Sampai jek sana, terus la serbu kedai-kedai jual jam sume. Tapi bila ade yang berkenan, harganya pulak tak berkenan. Bila harganya fifi berkenan, design nyer pulak dah design lama.. HAHA. Last-last, tak beli jugak kesudahannya..


Ai sempat jugak masuk ke Elianto. Katanya tengah ade sales kannnn.. Haruss la ai top-up balik barangan-barangan mekap yang dah nak kehabisan stok tuh. Memang puas hati la jugak tengokkan rega-reganya after less.. Eyeshadow pun ade yang harganya serendah RM 7 taw.. Huiiii.. bestttt :D


Pas ronda-ronda, terus kitorang balik. Takleh lambat-lambat. Sebab dah janji ngan mak ai nak p jugak kenduri kawin tu no matter what. Kalau kitorang lambat sampai n tak sempat pegi kang, harus kena marah ngan mak ai. Katanya pun yang wat kenduri kawin tu jiran. Takkan la tak pegi pulak kannnn..


Beli jugak Tako-tao sebelum kuar JJBM. Nak makan dalam keta. Nak tunggu makan nasi minyak kat tempat panten, kul bape lak nanti kan baru makan. Pastu sempat gak pusing ke Dataran Pahlawan sebab nak tapaww Big Apple. Rindu pulak rasanya sebab dah lama tak makan.. Hihi


Sampai jek umah dah pukul 2. Terus kelam kelibut kitorang iron baju sume. Kalau boleh nak sampai tempat panten sebelum panten berarak. Dengan tak mandinyer sume (*syhhhh.. rahsia tauuuu.. ahah) kira HALAL jelah. Terus jek tukar baju. Mekap pun tak sempat nak tacap.. HAHAHAHA..


Dah cecepat setangkas kilat tuh, tak sempat jugak nak catch up sampai sana sebelum pengantin berarak. Betul-betul kitorang tengah nak sarung baju, pengantin pun dah start berarak.. Cisss~~


Lepak-lepak jap, tengok sana sini jemputan yang datang sume, lepas makan nasi minyak kitorang pun balik umah.. Adehhh.. penatnya terkejar-kejar neh. Balik umah pulak, da ade keje yang menanti. Baju yang dah dibasuh sebelum kuar tadi, nak kena sidai pulak. Kang kalo tidak bau busyuk mashammmmmm.. eheh


Malam lak, pas wawa balik semenyih, ai ikut fifi kuar isi minyak kat BG. Balik tu tengok-tengok mr e dah tertido.. Alahaiiii.. penattt yerrr.. Dan malam tadi kitorang pun sume tido cepat. Kul 10.30 sume dah masuk bilik memasing nak Zzzzz.. Memang tido lena penuh senyuman betul. Dah le hujan pulak tu.. Syokkk nyerr tido.. Tapi dalam sedap-sedap tido tu ai sempat mimpi hantu agagagagagaga.. Mr e siap kejutkan lagi sebab ai tido macam orang mengigau.. Sebenarnya bukan mengigau, tapi masa tu tengah baca ayat kursi tapi tak lepas. Bila pagi ni ingatkan balik apa yang ai mimpi pasal hantu malam tadi, langsung takleh ingat. Pelik.


Kitorang tau juara WC pun tadi pagi bila tgk MHI. Spain yang menang kan? Aha, ketinggalan zaman btol ai nih ;Pp


Aktiviti sepanjang hari semalam memang langsung takde gambar. Nama pun terkejar-kejar kan. Memang tak ingat langsung nak amik gambar ke hape...




P/s : Pernah tak korang rasa dalam hati berbunga-bunga? Macam dalam hati ada taman, tapi tak tau ape sebabnya..









mrs e

0 comments: