kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, July 2, 2010

Mengomel Chomel~

|
Salam Jumaat, penghulu segala hari ;)


Ishhh.. terasa kejap pulak jek kan dah ari jumaat? Padahal ari senin ari tu, duk lah kata dalam hati, bileeee lah nak hari jumaat. Sebab tak sabar nak tunggu hari sabtu. Boleh sambung tido.. Tehehehehe.. Minggu ni kan minggu pendek aku bekerja, sebab minggu lepas dah minggu panjang. Tu yang boleh sambung tido ari esok.. hehe. Oh, sape tak faham, minggu pendek - ari sabtu tak keje, minggu panjang - ari sabtu bekerja.. Get it? ;Pp


But, unfortunately, esok aku kena keje.. *sob sob :'(


Sebenarnya, kalau sabtu tak bekerja pun, akan ade orang yang standby masuk takut-takut ade hal yang berlaku. Dan aku memang tak pernah masuk pun. Kalau ade pun, amatlah jaraangggggggg-jaraaaanggggggg sekali. Boleh dikira beb! Tapi disebabkan orang yang selalu standby tu coti-coti mesia (nak ke Afrika tengok WC katanya, yang membuatkan aku ngan my colleagues gelak tak hengat terbahak-bahak; tak cukup cuti tahun siap apply unpaid leave tu... HAHAHA dia gurau aje sebenarnye ;p) so, terpaksa la aku datang jugak esok..


Adehhhh.. sangat la malas okeh!!


Bukan ape, kalau sabtu tak keje, time ni la aku suke melakukan aktiviti-aktiviti extra yang selalu tak sempat nak buat bile balik keje. Contohnya, tukar cadar n basuh cadar, basuh kain telekung (yang kat opis ngan yang kat umah), mop lantai bilik, sapu sampah kat laman, trim pokok-pokok bunga (oh, yang ini dah lama gilerrr dah tak buat, sampaikan dah naik semak dah.. huhu) n whatsoeva la kan..


Hurmmm.. tapi nak wat cemana, nak tak nak kena la jugak datang. Haihhhhh~


Oh, malam tadi mr e tido cuma bape jam aje. Ade lah dalam ½ jam camtu. Itupun dari kul 6.30++ sampai kul 7 pagi jek. Malam tadi dia cuma sempat balik mandi n makan kejap, itupun dalam setengah jam kat umah terus g keje balik semula. Dia kena stayback kat kilang dari malam membawak ke pagi.. Syiannnn my hubby, tentu dia letih tak hengat. Tapi apakan daya, ini semua gara-gara ade external monthly inventory, terpaksa laaa jugakkk kan.. Kalau tak, sape yang nak buat.. Nak enter data tu sume? Huhuhuhu. Pagi tadi, mr e sampai umah kul 6++ pagi, siap solat sume terus dia baring. Tu yang sempat lah jugak lelapkan mata kejap. But then, terus bangun mandi n bersiap-siap g keje.


Yang tak syoknye, akulah, kena tido shoyang-shoyang.. Uwaaaaa... Dah le malam jemahat.. Aiseh... rosak program nak dapatkan baby N atau baby H cenggini.. Tapi tak kesah punnnnn.. sebab aku tengah kejepunan lah.. ahahahahahaha..


Ermm.. weekend ni rasa macam nak masak mee sup lah. Dah lama nak buat, tapi weekend asyik ade program jek. Tak menyempat nak mengkecahkan dapur..HAHA. Teringat-ingat aku makan mee sup aku yang sedap tu (ceh, masuk bakul tekan lif sendiri ;Pp) dimakan panas-panas dengan lada potong taruh kicap. Trallallaaaa.. Marvelesssss.. Tapi, untuk dapatkan rasa mee sup yang terhebat tu, bahan-bahannye kena jugak hebat (kena banyak la bahan campak dalam tu). Nak dapatkan bahan yang hebat tu yang ade masalah sket ni. Duhet dah la tinggal hujung-hujung nyawa neh. Nak gaji, kena tunggu minggu depan lak. Takkan nak kena p korek tabung syiling aku kut? Muahahahahahahaha :D


Tengoklah nanti cemana. Kalau jadik aku masak ahad ni, nanti aku tempek sini. Okaylah semua, Selamat Berhujung Minggu..!! Daaaaa










mrs e

1 comments:

isya said...

mee sup??? aduh, terliur sudah.. ;)