kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, July 21, 2010

Swelling Week

|
Minggu ni minggu bengkak untuk aku ke?


Haihhhh


Ari tu jari manis tangan kiri bengkak sebab tercucuk duri pokok bunga kertas. Kan ari sabtu tu aku mencantas sume tunas-tunas pokok bunga kertas kat laman umah. Dah meliar-liar dah sume. Sampai sekarang masih ade sket lagi bengkak nya. Tapi nasib baik ari ni dah boleh sarung pakai cincin tunang white gold pokong aku tu semula. Kalau 3-4 hari lepas, memang bengkak giler-giler sampaikan nak bengkokkan jari tu pun payah. Takleh langsung. Sampaikan kawan aku tengok dia saspek ade duri yang tertinggal dalam daging tu dan takut bernanah lak nanti. Sib baik la takde ape-ape.


Sejak semalam lak, gusi aku belah kanan bengkak. Mula-mula bengkak je, pastu lama-lama macam melarat pulak. Sampai ke petang, macam dah rasa sengal-sengal nak sakit lebih teruk. Tak boleh jadi, aku amik langkah selamat. Balik keje singgah farmasi, beli ubat. Balik keje pas makan nasi, terus makan ubat n alhamdulillah, rasa sengal tu hilang.


Tapi bengkak tu masih ade. Surut sket lah dari semalam, tapi ari ni macam nak bengkak balik. Padahal dah makan ubat dah tadi pagi lepas sarapan sebelum g keje..


Itulah kan, bak kata pepatah. Sakit datang macam ribut, nak pegi macam semut.. Hurmmm


Oklah, aku nak g kuar makan. Sakit, sakit jugak, bengkak, bengkak jugak. Makan tetap makan. Abih, dah lapar.. Camno? Takkan takmo makan plak?












mrs e

1 comments:

isya said...

betul2.. bila2 je sakit leh datang, nak sembuhnya bak kata naja tu la, mcm semut.. ;)