kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, August 26, 2010

Seketul Karipap, Segelas Teh-O

|
... itu saje yang masuk ke kerongkong aku pagi tadi. Iye, aku bersahur dengan seketul (ke sebijik eh?) karipap je ngan segelas teh-o panas. Itupun punyelah hazabbb nak mengabehkan karipap tu. Dah terasa ditolak-tolak jek masuk kat anak tekak. Kunyah kunyah lebih kurang, telan. Sib baik air tak payah nak kunyah kunyah ;Pp



Korang lak, sahur ape pagi tadi?



Da masuk hari ke-16 hari ni kan. Dah setengah bulan dah berlalu. Alhamdulillah, dalam ½ bulan ni, puasa aku masih cukup. Belum ade cuti-cuti mesia lagik. HAHA. Kan ke pompuan ade lesen tak puasa setiap kali ramadhan kecuali pompuan mengandung =). Sape yang tak faham tu, memang nak kena la dia.



Da hari ke 16 ni pun nafsu makan terutamnya time sahur adelah berkurang. Dah rasa malas nak makan pun iye juge. Tapi nak dapatkan pahala punya pasal, sahur jugaklah walaupun makan dalam kuantiti yang sikit. Tengok tu, barakah betul kan bulan ni? Sahur pun dapat pahala. Senang-senang jek :D



Camne ngan persiapan raya korang? Aku tengah tunggu gaji nak shopping kali terakhir sebelum raya. Kalau orang gomen dah gaji dah kan semalam? Syok le korangggg ek.. Hiks



Tapi bukan nak shopping barang aku pun, tu ha mr e punye lum lengkap lagi. Songkok dah lusuh, kasut dah terkopek kulit dalamnya, tu yang nak cari tu..Eheh.



Eh, lupa la... aku punye pun ade satu lagi tak complete lagi nih. Tudung raya tak beli lagi.. Nak beli tudung jenis ape ek? Baju raya aku kain kosong, so tudung kena beli yang  ade corak. Ade cadangan?











mrs e
Tuesday, August 24, 2010

Gulung Menggulung

|
Korang dah start wat kuih raya ke? Aku dari malam semalam baru start menggulung kulit popia. Habis dapat menggulung 1 peket jek. Penat rasa nak patah pinggang n lenguh kaki sebab bersila lama. Tapi tahun ni da expert sket la menggulung dibandingkan tahun lepas yang banyak koyak jek daripada yang digulung. Eceh.



Siap digulung, aku terus masukkan lam peti ais. Tak berani lak aku nak teruskan proses seterusnya sorang-sorang. Ate sume yang lain dah tido. Walaupun bulan ramadhan ni sume syaitonnirrojim dikurung & diikat, tapi tetap takut jugak weyhh.. Orang-orang jahat tetap ade berkeliaran kan? Ok, aku memang suka fikir yang bukan-bukan. HAHAHA



Malam tadi sambung lagi. Proses menggunting dan menggoreng sepeket yang dah siap gulung tuh. Siap menggoreng dan toskan minyak, aku bukak lagi sepeket. Ulang proses menggulung lagi. Tapi dapat gulung separuh peket jek sebab dah tade orang nak teman. Mr e dah ngantuk nau nampaknya tak tertahan nak temankan aku lagi. Huhuhu~



Mesti korang terfikir kan, kuih ape la yang aku nak uat nih.  Takdenyelah aku nak wat kuih yang susah-susah. Yang senang saja sudahhhhh. Dan paling penting, akan dimakan. Hiks.



Sebenarnya aku nak wat kuih popia nestum ngan popia sira pedas. Rangup rangup gitu dan bila di makan bunyi krup krap krup krap sampai tak sedar balang kuih pun dah hampir kosong. Memang takleh benti punya kalau dah start makan.



Oklah tu kan. Dah dapat dua jenis kuih dah. Kesenangan berganda di situ. Dua jenis kuih tapi berlainan rasa ;Pp



Alaaa korang, senang baitu jek membuatnya. Kalau tak percaya, cuba korang google cara-cara membuatnya dan buat sendiri kat umah.. Hehehehe :D










mrs e
Monday, August 23, 2010

Malas vs Rajin

|
Malas nak taip entri

Malas nak amik gambar

Malas nak transfer gambar




tapi....





Rajin nak fikir pasal raya

Rajin nak shoppeng shoppeng raya (paling suka)

Rajin nak wat kuih raya (kalau rajin wat 2-3 jenis, kalau tak rajin wat 1 jek.. muehehehehe)

Rajin nak wat persiapan raya

Rajin nak dengar lagu raya

Rajin nak beraya

Rajin nak kutip wit raya (err ade orang nak bagi ke??)





p/s : pendekata sekarang ni tengah mood nak raya la adernya.. hehehe





mrs e
Friday, August 20, 2010

9 Ramadhan, 2-3 Kueh Mueheheheh :)

|
Setelah beberapa hari tidak menghadirkan diri ke bazar ramadhan, akhirnya semalam aku pegi jugak. HAHA. Oh, ni kali pertama mr e g bazar setelah 9 hari berpuasa & kali ketiga bagi aku.


Memula ingat nak balik on time kul 5.10, tapi tak sempat lak aku nak siapkan keje aku. So OT la dalam ½ jam gitu. Dah lewat kalau nak g bazar ramadhan BG, kang sampai sana tinggal baki-baki jek kan, so terus jek ke bazar ramadhan tangkak. Pestaim aku g nih. Tahun ni takle meriah sangat. So-so ajek bazar kat situ.



Nak tengok ape yang kitorang beli? Banyak gak kuih muih aku beli. Ha ni menu berbuka semalam.



keladi hiris goreng.. sedap wokkk.. cubalah buat kalo tak caya.. homemade :)

keledek goreng.. sedap jugak.. tapi bila dah lama dia lembik sket. pun homemade jugak

soto. ni mr e beli.. sedapp.. memang terkenal pembuatnya ni kat tangkak.. kira paling sedap la kat area nih

agar-agar/lengkong. sangat hampeh tau. ade ke tawar semacam. lupa agaknye nak letak gula. dah le beli sampai RM 2. sib baik bulan pose. so, dimaafkan ;p

kuih kola kacang.. sedap :)

kuih buah melaka. pun sedap jugak. eheh

popia goreng. tak berapa nak 'kick'. yang tahun lepas aku beli sedap. tapi yang ni inti togeh dia pun da layu & kecut. sabo jela.  -_-"

ikan tongkol masak kicap. mak aku masak

kepala ikan tongkol masak pindang. mak aku masak jugak

kailan goreng ikan masin. punnn mak aku masak jugak. =))



Kelmarin takde sayur kan? Kira semalam ade sayur, ade peningkatan lah kannnn.. hehehehe. Sume makanan yang beli tu habis cuma soto tinggal sket, popia 2 ketul (ke tong sampah sebab tak shedap) dan juga agar-agar 2 hiris terbuang sebab takde rasa langsung.



Ohhh, korang janganlah marahkan aku publish kan gambar-gambar makanan ni sume. Aku bukan ape, cuma nak bagi korang idea kalau dah tak tau nak berbuka ape petang karang. So bolehlah tengok menu-menu yang ade, samada nak masak atau beli kat bazar jek nanti.. Ehhehe.



Macam aku, masuk ari ke 10 ari ni, dah tak tau dah nak berbuka menu ape. Ari-ari berbincang ngan suzi kat ym nak buka ape, buke ape.. Padahal bukan aku yg masak punnn HAHAHAHA :D













mrs e
Thursday, August 19, 2010

Menu Berbuka Puasa 8 Ramadhan

|
Bulan pose ni malas lak nak mengomel banyak. So tengok gambar ajolah yo. Ini dia menu berbuka aku semalam~


wajib ade - kurma madu yusuf taiyobbbbb (idgham kena betul ;p)

ikan bawal + siakap sweet sour

kari ayam (sebenarnya kaler oren, tatau kenapa lam gambar jadi kaler kuning?)

keladi goreng

kentang goreng - jelas disitu taburan garam yang agak banyak. Adeh, bisa menaikkan darah dalam badan neh. ayokkk

budak yang teruja nampak makanan banyak-banyak atas meja =P


Ohhh.. ade jugak yang aku tak snap iaitu sup daging. Baru nak snap dah masuk waktu berbuka.. =))


Sup daging tu Fifi dapat dari sekolah dia sebab ade meeting yang habisnye pukul 5. Ate kalo dah balik pun pukul 5, sampai umah dah pukul bape. Mana le sempat cikgucikgi ni sume nak memasak. Paling tidak pun masak kat bazar ramadhan jelah ;Pp. Tu yang pihak sekolah sediakan sup daging sorang sebungkus wak balik umah..




p/s : perasan tak takde sayur pun dalam menu kitorang semalam? Ahahaa












mrs e
Tuesday, August 17, 2010

1st Ramadhan

|
Matiklahhhh.... Orang dah update citer sampai pose ke 6 dan ade yg dah update menu sahur pagi tadi, aku baru nak citer pasal 1st ramadhan kannnn.. Apa kesss?!!



Tapi lantaklah kan, ikut suka aku n mood aku nak update bile.. ngeh ngeh ngehhhh~~ :D



1st day pose, johor cuti umum. Aku tak cuti (biasalah kampeni cino), n aku balik 5.10, tapi fifi datang jemput. Kitorang g bazar ramadhan BG. Mr e takleh balik on time sebab nak siapkan keje yang datang last minit.



Takde nak beli apepun sebenarnya, saje nak jalan-jalan. Tengok gelagat orang membeli juadah. Ramai orang cuti kannnn, jadi meriah lak bazar ramadhan tuh ;Pp



tengok tuh, sume pun meninjau ape juadah yang ade


Tapi dalam pada tak rasa nak membeli tu, TERbeli lah jugak.. hahahaha.. Nafsu semata tuh :)



bukan orang melayu jek, bangsa lain pun nak beli juadah jugak.. 1 Malaysia sungguh laaa.. hehehe

tahun ni, pihak majlis daerah kurangkan satu row khemah. tahun lepas ade 3 row, tahun ni 2 sajork

otak-otak.. besar oh isi dia.. nyummmm


Ingat memula nak beli ayam percik, makan ngan mihun goreng. Sekali ramai la pulak. Beratur tuuuu nak menunggu turn. Tak sanggup oh. Last last kitorang beli burung puyuh madu panggang jek.. Sodapppp.. RM 3 seekor.. Ok tak harganya? Kat tempat korang berapa lak ek? Lagi mahal ke murah?



berjenis-jenis air. air kelapa pandan dia sedappp.. lai chi kang pun sedappp.. ahh pendek kata sume sedap lorrr~~


Oh ya, menu hari pertama berbuka kitorang tak makan nasi. Goreng mihun jek.. Ari ni dah masuk ari ke 7 kita puasa kan? Kejap jek dah seminggu.. Pantas betul masa berlalu..












mrs e
Friday, August 13, 2010

Shopping Shopping Shopping :))

|
Okkeyyyy.. ini sambungan citer aku g KL ari tu..



Ari ahad, kitorang da set time nak kuar paling lewat kul 9.30. So lepas sarapan, terus siap-siap sume. On time, kitorang gerak. Eh, taklah on time sangat, lambat beberapa minit jugak sebab tudung aku bila dah pakai senget sebelah la pulak. So, alter dulu kejap. -_-



Gerak dari semenyih ke stesen LRT bandar tasek. Malas nak drive keta masuk KL, takut jammed n terpusing-pusing cari parking aje. Nak jimat masa, kitorang naik pengangkutan awam. Lagipun nak g beberapa tempat. Nak ringkas & cepat.


tunggu wawa beli tiket LRT kat bandar tasek


First destination ialah Sogo. Nak tengok ape ade sales kat situ. Lagipun wawa n fifi nak meninjau henbeg n kasut. Juga perfume untuk wawa yang udah kehabisan. Punyelah rameiiiiii nya orang, berkerumun giler-giler diorang beli enbeg n kasut raya. Belum pose lagi masing-masing dah sibuk wat persiapan. Macam aku. Eheh.



Sales sales sales.. macam macam adooo.. pilih jek la mana yang kenan


Lepas dapat ape yang berkenan, kitorang g lak kat kaunter perfume. Sume pun rasa nak cube. Wangi-wangiiiiii oh perfume ni sume. Rasa nak celet jek sume pun kat badan.. Hehe. Last-last wawa amik perfume dari Elizabeth Arden. Syokk gilerrr bau dia. Kalah bau perfume apple aku tuh.



tunggu SA tuh tulis resit bayaran


ke jalan TAR



Settle kat sogo, terus kuar g jalan TAR. Destinasi kedua adelah kedai brooch. Banyak giler brooch kat sini. Kecik besar sume ade. Nak yang single, yang berpasangan, sume boleh. Tinggal sediakan duitnya aje leee.. Rambang bijik mata.. Haih



kicik busat sume ade..


aku & wawa


yours truly with mr hubby


Siap beli brooch, kitorang terjah ariani pulak. Ariani tengah sales sekarang ni. Aku n fifi masing-masing beli 2 pasang tudung, saje nak try best ke tak. Kalau best, boleh beli untuk raya pulak. Sekali bila cube dah balik umah tu, memang selesa sangat-sangat. Elok terletak jek bila dipakai. Baru lah aku tau rahsia dia kenapa walaupun mahal tetap ade jugak orang ramai nak beli. N aku rasa walau mahal pun tak rugi membelinya. Alah membeli, menang memakai. Tak gitu? :')



sume pun cantik


yang fifi pegang tu pesen baru.. RM 108 sehelai after diskaun


macam ni jek pun sampai seratus lebeh.. hadoiii


Lepas tu kitorang jalan plak ke masjid India. Tak beli apepun, cume tengok-tengok jek kat bazar situ. Terus ke stesen putra masjid jamek untuk ke KL sentral sebab nak tukar train kat situ. Kitorang nak amik komuter ke Mid Valley pulak.



sempat posing.. ngeeee~

Tujuan utama ke MV adelah aku nak ke Charles & Keith. Aku dah set nak beli kasut raya kat situ. Hehehe..




Sampai MV, fifi dah bisng-bising laks cakap lapar lapar. Lagipun rasa penat jugak berjalan dari tadi non-stop. So masuk McD makan GCB n ilangkan lenguh kat kaki kejap ;Pp. Whooohhoo, sedap betul kan GCB neh? Lembut jek berger dia.. (aiseh, lupa laks pose, takbaik cakap gini..) Hihihi





Abis makan, teruskan sesi penyoppingan lagik. Tensen betul aku masuk C&K tu. Bila mana yang kasut aku berkenan jek mesti takde saiz. Asal takde saiz jek mesti aku berkenan. Am am ampeh betul lah kan.. T_____T




Pastu aku dah pasrah jelah. Takde saiz kasut yang aku minat tu tapi kalau ade kaler lain pun takpelah. Aku grab aje. Bila masa lagi nak beli kan. Bila masa lagi aku nak datang KL nih. Lain lah jugak kalau C&K ni ade kat melaka ke hapa...




Tapi kalau dah memang rezeki, tak ke mana ^_^. 2nd time SA tu check, kasut yang aku kenan tu ade saiz dan ade warna yang aku nak.. Oh yeahhh.. Gembira sungguh rasa hati bila dapat ape yang dihajati.



Sume dah satisfied dengan penyoppingan masing-masing, kitorang pun setuju untuk pulang ke sarang.. Sarang lah sangat kannnn.. ehehehehe.. Upss, tapi on the way dah nak sampai umah abang aku tu, sempat lagi singgah kat tesco semenyih sebab fifi nak beli baju wat g keje esoknya..



Sampai umah abang aku dekat kul 6.30. Mandi manda solat jamak semua, makan-makan, lepas maghrib kitorang gerak balik ke sini. Giler punye penat wehh.. Malam tu tido tak sedar hape dah. Sib baik tak terbangun lambat nak g keje.. Hiks :))










mrs e
Wednesday, August 11, 2010

Jumpe Dia ^_^

|
adoiii.. kembaaaaaaaaanggg nye aku.. ke dia yang terlampau kecik? hiks



Kenal tak? Kenal tak? Mungkin ade antara korang yang kenal, mungkin tidak. Tapi aku pasti dyla mesti kenal punyaaaaaaa... kan dyla kan? ehhehhe :)



Actually nama dia Nuratikah, panggil Ika. Sebenarnya Ika ni usahawanita tudung online. Aku penah beli shawl kat dia masa nak raya tahun lepas. Memang bagus sangat servis dia. N tudung yang dia jual pun cantek canteksss. Baru-baru ni lak dia masuk paper tentang jualan tudungnya tuh



Masa memula terserempak dia kat ikea tuh, aku tak perasan pun dia. Cuma perasan dia pakai sedondon tudung, kasut & handbag kaler pink. Kalau orang pakai sesuatu yang boleh menarik perhatian kan buatkan kita nak pandang jek kan.. So bila aku pandang jek kat dia, terus ternampak hasben dia. Terus dapat cam dia tu Ika.. HAHAHAHA.. Tengok hasben dia baru perasan dia ek..



Punyelah lemah lembut orangnye. Kecik molek, manis ajerr.. Suara pun gemersik aje. Tak macam aku yang brutal neh. Approach dia nak amik gambar sama pun ala-ala taiko ajek.. HIHIHI :') Tapi dia bagus la, tak sombong. Dengan orang yang dia tak kenal pun cepat jek dia mesra (yerla, mana la dia nak ingat sume pelanggan dia). Bagus sungguh



So pada korang yang tengah wat persiapan raya, tudung/shawl raya dah beli ke belum? Kalau belum, bolehlah ke website dia Radiusite.com shopping shopping online klik klik hujung jari jek dan tunggu tudung korang tu kat pintu rumah :))




P/s : pesanan khidmat pelanggan percuma dibawakan oleh mrs e's blog ;Pp










mrs e

Akhirnya Dapat Makan Jugak...~

|
Ari jumaat ari tu kan aku g semenyih umah abang aku.


Misi utama : makan meatball ikea & shopping raya. Hiks :)






Ari sabtu, abang zaki bawak lah kitorang ke ikea. Sampai-sampai jek terus tuju kat food court dia. Terus carik meatball ;p. Kebetulan kitorang sampai tu tengah waktu puncak, waktu lunch hour. Memang sesak bangattt lah.


alamak... baju terkelepet sudaaaaa
the foods



Memula tu amik 2 pinggan meatball, yang 15 ketul sepinggan. Hambek kauuuuu.. terus nak yang 15 ketul lah kan. Bukan meatball jek yang kitorang makan, chicken wing n apetahlagiyangakutaktaunamanya pun ade gak.



15 ketul.. hoihhhh..

hoh, terbaekkkk la daim cake nih.. nyesal lak amik 1 jek

aummmmmmm... ;O

cedap cedap cedap.. nyum nyummmmm :')



Makan makan makan, order lagik 15 ketul 3 pinggan. Whoaaaa.. ini betul-betul punye balas dendam neh. Tah berapa ketul yang aku makan pun aku tak tau. Laju jek aku menyuap masuk dalam mulut. Betul-betul punye mengidam neh. Cuma baby nye aje lum ade dalam perut lagi.. HAHAHA




tekun makan memasing :)

kemain penuh mulut akak tu? hehe

owh gembira, tertunai sudah.. hiks



Abis makan, lepas solat terus round round ikea. Belek-belek barang, pastu verangannnnnsss nak beli barang-barang tu kalau dah ade rumah nanti. Verangannsss dulu lah kan, verangansss tak kena bayar ;Pp



veranganss veranganssss ape la sampai herot-herot mulut haku.. HIHI



Lama gak kitorang kat area situ. Sempat jugak masuk kat ikano. Dah setel sume membeli & membelah, kitorang balik umah. Sampai umah pun da kul 7. Adeh, penat betul. Kena kumpul tenaga nih, sebab esoknya nak kuar mengukur jalan lagi. Sesi penyoppingan part II. :')



ehem.. nampak tak sling bag baru ku ittewwwww.. ;D

kak cha & abang zaki pilih pilih barang


tukang tolak troli.. eheh ;p



Eh, aku ade jumpa seseorang masa kat ikea tuuu.. Nak tau sape? Tungguuuuuuuuu next entri okeh!










mrs e