kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, August 24, 2010

Gulung Menggulung

|
Korang dah start wat kuih raya ke? Aku dari malam semalam baru start menggulung kulit popia. Habis dapat menggulung 1 peket jek. Penat rasa nak patah pinggang n lenguh kaki sebab bersila lama. Tapi tahun ni da expert sket la menggulung dibandingkan tahun lepas yang banyak koyak jek daripada yang digulung. Eceh.



Siap digulung, aku terus masukkan lam peti ais. Tak berani lak aku nak teruskan proses seterusnya sorang-sorang. Ate sume yang lain dah tido. Walaupun bulan ramadhan ni sume syaitonnirrojim dikurung & diikat, tapi tetap takut jugak weyhh.. Orang-orang jahat tetap ade berkeliaran kan? Ok, aku memang suka fikir yang bukan-bukan. HAHAHA



Malam tadi sambung lagi. Proses menggunting dan menggoreng sepeket yang dah siap gulung tuh. Siap menggoreng dan toskan minyak, aku bukak lagi sepeket. Ulang proses menggulung lagi. Tapi dapat gulung separuh peket jek sebab dah tade orang nak teman. Mr e dah ngantuk nau nampaknya tak tertahan nak temankan aku lagi. Huhuhu~



Mesti korang terfikir kan, kuih ape la yang aku nak uat nih.  Takdenyelah aku nak wat kuih yang susah-susah. Yang senang saja sudahhhhh. Dan paling penting, akan dimakan. Hiks.



Sebenarnya aku nak wat kuih popia nestum ngan popia sira pedas. Rangup rangup gitu dan bila di makan bunyi krup krap krup krap sampai tak sedar balang kuih pun dah hampir kosong. Memang takleh benti punya kalau dah start makan.



Oklah tu kan. Dah dapat dua jenis kuih dah. Kesenangan berganda di situ. Dua jenis kuih tapi berlainan rasa ;Pp



Alaaa korang, senang baitu jek membuatnya. Kalau tak percaya, cuba korang google cara-cara membuatnya dan buat sendiri kat umah.. Hehehehe :D










mrs e

2 comments:

puterikurekure said...

naja, kita suka popia mini serunding tu. tapi rasa tak berbaloi buat sendiri. huhu. sebab kita makan laju sesangat. so, kita order je. ngehngeh.

btw, awak rajin gile ok! :)

isya said...

wahhh.. nak sikit!!!! ;p