kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, August 4, 2010

Kalau Dah Rezeki Tak Ke Mana :))

|
Pernah tak korang hilang barang, pastu cari cari sambil niat dalam hati "kalau dah memang rezeki, tak ke mana.." Means, kalau betul benda yang hilang tu memang rezeki kita, kita beli dari sumber yang halal, insyaAllah mesti kita jumpa balik barang yang hilang tu.



Aku selalu jek macam tu. Barang hilang, cari cari sambil berniat dalam hati, pastu jumpe balik :))



*Syukur alhamdulillah...



Anting-anting (ade orang cakap subang) kat telinga aku belah kiri ni agak longgar. Kadang kadang dia boleh jek terbukak sendiri. Tapi selalu tu memang aku sedar la. N aku cepat cepat ketatkan balik semula.



Kebiasaannya dia longgar ni bila lepas mandi. Yerla, maybe aku lap-lap seluruh badan tu ngan kepala sekali dia tersangkut-sangkut kat towel kan, tu yang kadang-kadang tercabut.



Malam tadi, lepas mandi, lap-lap rambut dalam bilik nak bagi kering sket, sekali tup tup aku terdengar ade bunyi tercampak. Spontan terus aku raba telinga belah kiri. Sah! Anting-anting aku dah takde. Iskk.. mana peginya ni?



Cari-cari kat sekitar tempat aku berdiri tu tade. Pastu terfikir, agaknye dah tercabut dari lam bilik air lagi kut tapi aku tak perasan. Semua kemungkinan ade, kan?




So, cari la aku kat bilik air. Takde jugak. Haih~




Masuk bilik semula. Sambil-sambil cari tu cakap kat mr e
"Yang, nampaknye nak kena beli anting-anting baru ni sempena nak raya.. ahahahaha"
"Hahahahahahaha.... " (ehhhh.. gelak pulak dia)
"Ala bang, sayangnye anting-anting tu.. Lama dah ayang beli n pakai anting-anting tu tau.."
"Takpelah, nanti kite beli baru. Tapi kita beli sebelah aje lah, boleh tak?"



Wakakakakakakakakaka... Dush!



Wat lawak lak laki guwe ni. (Nampak sangat taknak belikan. Mana taknye, asyik asyik bini dia nak itu ini, mana larat weiiii... Hik hik hik hik..)



Mana la boleh nak beli sebelah jek. Sume kan dah jual sepasang, berpasang-pasangan. Kalau beli sebelah jek, yang lagi sebelah tu kang kat sape tokei kedai emas tu nak jual? Muahahahahaha :D



Unless, kita tempah la kan. Tapi nak tempah pun makan masa lama weiiiii.. Lagi-lagi dekat nak raya ni. Sume orang pakat nak pakai bling bling tuk raya kannnnn.. Harus penuh kedai-kedai emas n tokei tokei pun tersenyum lebar..



Pastu mr e sajeskan aku pakai anting-anting sebelah jek. Aik, dah macam lanun yang tutup mata satu jek gaya nyerrrr... Tapi aku ni kes spesel sket, pakai anting-anting sebelah pulak.. Ahahahhaha :Pp



Aku teruskan misi pencarian, sambil berniat dalam hati. Sementara tu aku g kat hujung bilik kat tempat penyangkut, nak sangkut towel. Sekali e ehhhhh.. ternampak pengunci anting-anting tu elok terletak kat tepi bakul dobi aku. Punyelah jauh tercampak. Dari hujung bilik ke hujung bilik! Alhamdulillahhhh.. Alhamdulillah...



Pengunci belah belakang anting-anting tu dah jumpa, mesti perumah anting-anting tu pun ade dalam bilik ni jugak. Mesti ade kat area-area situ. Tapi aku cari-cari tade jugak. G balik kat tempat mule-mule aku keringkan rambut tadi. Belek-belek kat kawasan situ,mana tau terlepas pandang.



Tibe-tibe terus mata ternampak, elok jek dia terselit kat celah kotak. Alhamdulillah.. :))



*Happy*



Amik n terus pakai semula. "kalau dah rezeki, tak ke mana.." ^_^



Alamak, dah jumpe ni, takde can la nak wat lawatan muhibah ke kedai emas sempena nak raya ni.. :Pp Eceh. Ade niat lagi tuuuuuu... Ahahahhahahaha










mrs e

2 comments:

puterikurekure said...

ala...baru happy2 nak dapat subang baru. hehehe.

mrs e said...

puterikurekure;
ahahahhaha.. hiks. tade rezeki nak dapat subang baru le nampak gayanyeeer.. uhuks :))