kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, August 5, 2010

Sentiasa Bersyukur, Rezeki Ade di Mana-Mana

|
Aku akui, kadang-kadang aku selalu terlupa mengucapkan kata syukur. Walhal, bukan susah sangat pun nak sebut perkataan tu..



Tapi sekarang, seboleh mungkin, sekecil-kecil rezeki yang aku terima pun, aku bersyukur.



Ucapan syukur, yang lahir di bibir dengan keikhlasan dari dalam hati akan menjadikan hati kita tenang. I really feel blessed. 



Sungguh.




*cubela kalao tak percaya*




Pernah tak, korang rasa upset sangat bila sesuatu yang korang nak sangat tapi tak tercapai lagi. Padahal, korang dah selalu berdoa, tiap-tiap kali lepas solat supaya korang dimurahkan rezeki sebanyak-banyaknya.




Tapi, tak dapat jugak.




At the same time, korang dapat pulak sesuatu yang lain. Yang langsung korang tak mintak pun. Tak terlintas dalam fikiran pun.





Itulah yang dinamakan REZEKI. Sesungguhnya rezeki Allah itu Maha Luas, ia boleh datang dalam ape juga bentuk. Tak kira masa, tak kira keadaan. Malah, kadang-kadang, ia datang dalam keadaan yang tidak terduga. Dalam keadaan korang tak bersedia. Kalau Allah memang peruntukkan rezeki untuk korang, InsyaAllah, korang akan dapat. Mungkin waktu ini, memang waktu yang sesuai untuk korang terima rezeki yang tak terduga tu.




Cumanya, mungkin sesuatu yang korang mintak tu belum ade rezekinya lagi. Bukan kata takde langsung rezeki itu untuk korang, tapi BELUM TIBA MASANYA. *Sabarlah...




Soal rezeki, jodoh, ajal, maut semua ketentuanNya. Only God knows.




So, jangan lupa ucapkan kata syukur kepada Allah. Dengan bersyukur dan berterima kasih kepadaNya, InsyaAllah Dia akan memurahkan lagi rezeki kita *Aminnnn









mrs e

2 comments:

sz | m.s.s said...

btol tu ma...
kdg2 kita terlupa kan...
dok harap sgt rezeki lain, yg dpt depan mata kurg plak perasan..

psst: lupa on ym ka?

puterikurekure said...

kita slalu camtu tau naja. lain yang diminta, lain yang dapat. tapi Dia lagi tau apa yang baik kan?

mesti ada hikmah disebalik pemberiannya. :)