kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, August 13, 2010

Shopping Shopping Shopping :))

|
Okkeyyyy.. ini sambungan citer aku g KL ari tu..



Ari ahad, kitorang da set time nak kuar paling lewat kul 9.30. So lepas sarapan, terus siap-siap sume. On time, kitorang gerak. Eh, taklah on time sangat, lambat beberapa minit jugak sebab tudung aku bila dah pakai senget sebelah la pulak. So, alter dulu kejap. -_-



Gerak dari semenyih ke stesen LRT bandar tasek. Malas nak drive keta masuk KL, takut jammed n terpusing-pusing cari parking aje. Nak jimat masa, kitorang naik pengangkutan awam. Lagipun nak g beberapa tempat. Nak ringkas & cepat.


tunggu wawa beli tiket LRT kat bandar tasek


First destination ialah Sogo. Nak tengok ape ade sales kat situ. Lagipun wawa n fifi nak meninjau henbeg n kasut. Juga perfume untuk wawa yang udah kehabisan. Punyelah rameiiiiii nya orang, berkerumun giler-giler diorang beli enbeg n kasut raya. Belum pose lagi masing-masing dah sibuk wat persiapan. Macam aku. Eheh.



Sales sales sales.. macam macam adooo.. pilih jek la mana yang kenan


Lepas dapat ape yang berkenan, kitorang g lak kat kaunter perfume. Sume pun rasa nak cube. Wangi-wangiiiiii oh perfume ni sume. Rasa nak celet jek sume pun kat badan.. Hehe. Last-last wawa amik perfume dari Elizabeth Arden. Syokk gilerrr bau dia. Kalah bau perfume apple aku tuh.



tunggu SA tuh tulis resit bayaran


ke jalan TAR



Settle kat sogo, terus kuar g jalan TAR. Destinasi kedua adelah kedai brooch. Banyak giler brooch kat sini. Kecik besar sume ade. Nak yang single, yang berpasangan, sume boleh. Tinggal sediakan duitnya aje leee.. Rambang bijik mata.. Haih



kicik busat sume ade..


aku & wawa


yours truly with mr hubby


Siap beli brooch, kitorang terjah ariani pulak. Ariani tengah sales sekarang ni. Aku n fifi masing-masing beli 2 pasang tudung, saje nak try best ke tak. Kalau best, boleh beli untuk raya pulak. Sekali bila cube dah balik umah tu, memang selesa sangat-sangat. Elok terletak jek bila dipakai. Baru lah aku tau rahsia dia kenapa walaupun mahal tetap ade jugak orang ramai nak beli. N aku rasa walau mahal pun tak rugi membelinya. Alah membeli, menang memakai. Tak gitu? :')



sume pun cantik


yang fifi pegang tu pesen baru.. RM 108 sehelai after diskaun


macam ni jek pun sampai seratus lebeh.. hadoiii


Lepas tu kitorang jalan plak ke masjid India. Tak beli apepun, cume tengok-tengok jek kat bazar situ. Terus ke stesen putra masjid jamek untuk ke KL sentral sebab nak tukar train kat situ. Kitorang nak amik komuter ke Mid Valley pulak.



sempat posing.. ngeeee~

Tujuan utama ke MV adelah aku nak ke Charles & Keith. Aku dah set nak beli kasut raya kat situ. Hehehe..




Sampai MV, fifi dah bisng-bising laks cakap lapar lapar. Lagipun rasa penat jugak berjalan dari tadi non-stop. So masuk McD makan GCB n ilangkan lenguh kat kaki kejap ;Pp. Whooohhoo, sedap betul kan GCB neh? Lembut jek berger dia.. (aiseh, lupa laks pose, takbaik cakap gini..) Hihihi





Abis makan, teruskan sesi penyoppingan lagik. Tensen betul aku masuk C&K tu. Bila mana yang kasut aku berkenan jek mesti takde saiz. Asal takde saiz jek mesti aku berkenan. Am am ampeh betul lah kan.. T_____T




Pastu aku dah pasrah jelah. Takde saiz kasut yang aku minat tu tapi kalau ade kaler lain pun takpelah. Aku grab aje. Bila masa lagi nak beli kan. Bila masa lagi aku nak datang KL nih. Lain lah jugak kalau C&K ni ade kat melaka ke hapa...




Tapi kalau dah memang rezeki, tak ke mana ^_^. 2nd time SA tu check, kasut yang aku kenan tu ade saiz dan ade warna yang aku nak.. Oh yeahhh.. Gembira sungguh rasa hati bila dapat ape yang dihajati.



Sume dah satisfied dengan penyoppingan masing-masing, kitorang pun setuju untuk pulang ke sarang.. Sarang lah sangat kannnn.. ehehehehe.. Upss, tapi on the way dah nak sampai umah abang aku tu, sempat lagi singgah kat tesco semenyih sebab fifi nak beli baju wat g keje esoknya..



Sampai umah abang aku dekat kul 6.30. Mandi manda solat jamak semua, makan-makan, lepas maghrib kitorang gerak balik ke sini. Giler punye penat wehh.. Malam tu tido tak sedar hape dah. Sib baik tak terbangun lambat nak g keje.. Hiks :))










mrs e

0 comments: