kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, September 28, 2010

Mata Macam Panda

|

Mata Macam Panda, originally uploaded by mrshandri.



Malam tadi balek kul 12++. Pagi ni sambung lagi wat inventory.





Mata dah macam mata panda dah.. Huhu




Saturday, September 25, 2010

Boooooolat Macam Bola :')

|




Hahahaha.. Amacam? Bolat tak bolat muke haku nih?
Merasa la feeling-felling kuih pau kejap kat pipi tuh. ehehehe :')


Alkisah tadi memula plannye nak kuar g Giant. Nak beli groceries sket. Beria-ia la aku ni bersiap tau. Orang lain lum siap, aku dah siap. Macam megik pulak sebab selalu tu aku je manjang yang paling lambat.
Sekali boleh tak, tak jadi pegi sebab hujan turun dengan amat lebat (ceh, macam ayat karangan upsr la pulak)


Buang masamekapbedakperfume aku je tau. Sia-sia aku bersiap. Putus harapan. Huh









mrs e
Wednesday, September 22, 2010

Yayang, Cepatlah Balik!

|
Uiiiiiiii... dah mengantuk tahap dewa dah nie.. Ape taknye, perut da penuh, pastu bersandar kekenyangan sambil tengok tibi, last-last tibi lak yang tengok aku.. Tah bila masa terlelap, aku pun tak sedar. Ehehehe.



Tapi mr e lum balik dari marhaban lagi ar. Da start marhaban dari umah ke umah kat kampung aku sejak malam ahad ari tu. Stended 5-6 buah umah satu malam. Jamuan dan hidangan nyeee jangan cakaplah, sodap-sodap!
Soto lah, mee goreng lah, nasi ayam lah, sate lah.. Macam-macam
Tau-tau balik umah jek perut dah sendat.. wohoho




Bukan nak puji suami sendiri. Tapi mr e ni memang rajen campur masyarakat. Tak kekok nak bergaul dengan setiap lapisan umur warga kampung. Kira boleh 'on' aje ngan sume orang..
*Syukurrr*




Eh, jap.




Aku terdengar la sore orang marhaban tu dari umah aku neh. Aik? Da sampai umah Abu jiran depan umah aku tu keee? Ni mesti ramai yang tak amik marhaban kat umah diorang ni.. Banyak skip-skip, tu yang cepat aje..
Wahhh, maknanye tak lama lagi dalam 2-3 ari ni turn umah aku sampai la tuh.. Ermmm nak jamu ape yer?




Mesti umah Abu jiran depan umah tu yang last malam ni.. Yeayyyy.. en handri da nak balek.. Leh tido pasni. Oklah, aku chalo dulu..










mrs e

2 3 4 5 6 Syawal

|
Haaaa.. update sekali harung terus. Dari raya ke 2 sampai la raya ke 6. Berjemaah gituuuu.. Kalo nak suruh aku update setiap hari 1 entry, memang sangap la.. Dengan ke'lazy'an aku yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Nak taip kat blog pun sangat seksaaaaaaaa ok! Tapi suke plak ajeee baca blog korang lalings-lalings sume :))



Raya kedua, pepagi lagi kak yati & family dah gerak ke umah mertua dia, kat air hitam muar. While aku ngan mr e relaks-relaks lagi.. Kemas umah sket-sket n session membasuh baju, jemur baju sume. Lepas tu sempat la jugak kitorang ikut mak aku g beraya umah jiran berdekatan..



Cemana aku boleh relaks-relaks tak rushing nak balik umah mertua nih? Haaa jangan tak tau, mak mertua ai raya kat KL dulu tahun ni.. Kelassssssssssss kata ko kan! Orang len sume pakat balik kampung, tapi mertua aku raya KL pulak.



Sebenarnya sebab mak mertua aku tu dah g KL umah adik ipo aku masa pertengahan pose ari tu. Pastu adik ipo aku tu dapat cuti raya pun start raya kedua, so dia follow sekali lah balik sama-sama, n masak-masak raya dulu kat sana :)) Adik ipo aku tu keje sebagai polis bantuan macam gitulah, cuti raya kena la gilir-gilir kannn..




Lepas zohor jugak la dah pungpangpungpang itu ini baru kitorang gerak balik segamat. Mak mertua aku pun baruuuuu jek sampai dari KL.




Ini gambar masa kitorang bersalaman bermaaf-maafan, sebelum keluar g beraya bersama-sama belah malam nya..



mr e salam n peluk ciuk bonda tercinta

turn aku pulak..

famili potrait; mr e, aku, 'beras' aku, adik ipo aku; depan, mak n mak usu mr e


Santak sampai ke malam jugaklah baru abis beraya. Malam kan tempohnya pendek, tapi sempat jugak lah pegi 4 buah rumah. Oklah tu kan, sebab petangnya pun aku dah pegi umah sepupu mr e yang dekat-dekat ngan umah. Yang penting, umah-umah sedara dekat dah dapat pegi :D




Raya ketiga, aku cuma p beraya ke umah sepupu mr e jek. Itupun pegi dah petang, masa sebelum gerak balik ke BG, sebab paginya aku tolong mak mertua masak-masak lauk makan tengahari n sediakan kuih muih tuk tetamu yang datang.




Terpaksa jugak balik petang tu sebab mr e dah start keje ari isnin nya.. sob sob sob :'(
Sampai umah pun da malam, so sempat beraya ke umah pak usu, kat sebelah umah jek punnnnn.. hehe



kami, sedondon :))


Raya keempat, turn mak pulak beraya pusing keliling ke umah besan-besan. Aku walaupun mr e takde sebab dah keje, mengekor jugak mak aku.. ahahahaha.. Besan-besan mak aku ade ssekitar muar, besan dari diri aku jek yang ade kat segamat. Tapi stillllll, dekat jugak. Eheh.




Otw ke umah mak mertua aku, sempat singgah kat Tapak Bersejarah Bukit Kepong. Turun amik-amik gambar kejap :P



mak aku kata macam orang yang kena tahan jek, dah menyerah HAHAHA

melompat lebih tinggiii..

anak-anak sedara aku, kuar lah gaya sengal masing-masing

makcik nya pun dipaksa untuk melayan perangai gila-gila diorang (-_-)'


Raya kelima, kitorang g umah makcik aku yang kat BP. Makcik aku ni adik mak aku. Kitorang adik beradik sume pegi, kecuali famili kak yati sebab dia dah balik JB malam sebelumnya. Dan oh ya, mr e jugak takdeeee~~



sama tak rupa mak aku n adiknya? mak aku anak yang sulong..


Raya keenam, aku lepak-lepak umah ajeee. Tapi pagi tu kuar umah jugak g melawat sedara belah arwah abah meninggal.




Itu jela citer raya aku. Raya ke 7 lepak rehat-rehat kat umah ambik nafas tenangkan fikiran golek golek makan kuih tgk tibi puas-puas sebelum naik keje esok harinya..










mrs e
Monday, September 20, 2010

1 Syawal

|
Haihhhh.. da raya yang ke 11 baru la nak update citer raya pertama lah kaaaannnn.. Tapi takpe, walaupun lambat, asal ade jugak kenangan yang aku boleh coretkan kat sini.. kan kan kan.. Biar lambat asal selamat gituuuuuuu.. Eh?


Raya tahun ni bermakna sangat wat aku n family. Sebab kali ni kitorang adik beradik pakai kain sedondon sume dari material yang sama. Senang cerita, sekayu lah gitu. Selalunya kitorang cuma wat kaler tema jek, sukati lah nak beli kain jenis ape pun, masing-masing punye pilihan. Asal kaler tak lari jauh udahlah. Jangan kaler tema hijau tetiba ko pakai lak kaler mentari merah di ufuk timur, tu memang ah dia. Memang nak kena dush dush dush sorang 18x dari semua ahli keluarga.. HAHAHAHAHA


Oh ye, baju raya kitorang kali ni di sponsor sepenuhnyaaa oleh mak aku.. Mekacih makkkk ♥♥  Baik kan mak aku? =)


Eh kejap, sebelum citer selanjutnya aku nak cakap la sket. Aku tak paham la kalo orang duk ngata-ngata kitorang ni pakai baju sedondon beli sekayu ke hapa sume. Pada aku, seronok ape. Bila lagi kan nak pakai baju yang sedondon ni sama-sama. Lagipun aku rasa besttt aje n jadi macam trademark pulak. Kalau kitorang g beraya ramai-ramai tu, dari jauh dah da tau yang group kitorang ni dari famili Allahyarham Haji Mohd Ikram & Hajah Rabaniah. Nampak sume adik beradik pakai baju yang sama, menggambarkan betapa akrabnya ikatan yang terjalin dan kesefahaman yang jitu antara kitorang. Betul tak?


Okay. Back to topic



Raya pertama, rutin kitorang macam biasa. Bangun seawal pagi, sarapan ketupat lepat lodeh rendang ayam etc, pastu kaum lelaki siap-siap nak ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Meanwhile kaum-kaum pompuan sume cepat-cepat amik turn masuk bilik air, pakai baju raya, wangi-wangi, mekap-mekap segala pendekata bagi cun sehabis cun ah.. eheks



Lepas jek orang lelaki balik dari masjid, sume ahli keluarga berkumpul kat hall. Time ni sume duet-duet raya dah kena standby dah.. hihihi.. Selalunya kitorang wat sesi bermaafan dulu, tapi tak kali ni.

pose gediksss.. ehhe


Kali ni kitorang wat sesi bergambar sampai lebam dulu. Bukan ape, selalu tu kalau bergambar lepas mintak-mintak maaf, muke sume dah sememeh, mekap pun dah hilang g mana dah lencun dek air mata.. huhu



sape paling vouge? hiks

lentikkkkssss


Lepas salam-salam mintak maaf, ingatkan nak ziarah ke pusara abah tersayang, tapi hujan la pulak. Tak dapat pegi. So, kitorang sekeluarga berkumpul duduk sama-sama, bacakan yassin dan wat tahlil untuk arwah abah.



berempat :))

bertiga

fifi, dina & mak (baju mak lain sket kaler sebab sengaja wat gitu, sebab mak ketua keluarga =D)


Start beraya umah sedara mara yang dekat pun postpone. Sebab raya tahun ni ari jumaat kan, lepaskan solat jumaat terus. Selalunya tu lepas gerak balik dari kubur memang kitorang terus g beraya.



anak-anak cik berahim datang beraya sebelum zohor


Lepas solat jumaat, siap-siap n touch up balik semula. Yela, tadi mekap dah tanggalkan nak solat zohor dah. Sume da siap, terus amik gambar one whole family. Yang pagi tadi punye session, kak wana takde. Ni diorang dah sampai, bolehlah amik gambar ramai-ramai. Pestime okeh! Selalunya tu memang dia manjang takdeee jek dalam gambo.. hehe


ceriaaaaaaa :D



Umah pertama, g umah atuk depan. Atuk ni emak tiri arwah abah. Lepas tu terus ke umah pakcik n makcik belah arwah abah n pakcik makcik belah emak. Habis beraya, aku, mr e, fifi n wawa g ziarah jap kubur arwah abah. Tak senang rasanye kalau tak dapat g ziarah walau sekejap pun.. :(



kat umah atuk depan.. eh, mana aku?

yaaa, aku di situ, terselit belakang pintu.. huhuhu

kat umah cik satman (adik arwah abah).. aku n fifi sibuk memilih asam.. nyummm

wak atan.. abang arwah abah

muncung wawa.. tak tahannnnnnnnnnnn

pusara arwah abah..



Balik tu kitorang lepak-lepak jerr.. Abang Zaki dah balik umah mertua dia. Kak Wana pun dah balik semula ke umah dia. Tinggal la aku ngan Kak Yati yang masih ade kat umah sebab kitorang balik umah mertua masing-masing raya kedua.



Malam tu aktiviti tengok tivi jelah. Ade ke tak ek orang datang beraya ke umah? Entahlah, aku pun dah tak ingat.....









mrs e
Wednesday, September 15, 2010

Intro Cerita Raya

|
Aku tak sempat lagi nak meluangkan masa mengarang entri sepanjang cuti raya ni. Setiap hari ade je aktiviti bersama famili tercinta.


Hari ni pulak, aku da nak bersiap-siap ke umah saudara belah arwah abah. Nak melawat sepupu arwah abah aku yang meninggal petang semalam.


Korang layankan lah dulu gambar-gambar 2-3 kerat ni okeh! =)


















mrs e
Friday, September 10, 2010

Salam Syawal 1431H/2010

|


Salam Syawal buat semua
Rakan-rakan yang jauh mahupun dekat
Kepada silent reader
&
Kepada semua yang mengenali diri ini
HAPPY EID MUBARAK





mrs e
Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya (Just A Short Note)

|
SELAMAT HARI RAYA.. 

Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya.. pandu cermat jiwa selamat.. 
makan ketupat lemang rendang lodeh sambal kacang serunding ayam masak merah hati masak kicap bauhulu tumpi tempeyek dodol tart nenas batang buruk almond london kek batik kek sarawak tu sumee jangan makan over-over tau. 

Jaga diri, jaga perut, jaga kesihatan. 

:))






mrs e


Hamper Raya

|

Hamper Raya, originally uploaded by mrshandri.


Da beberapa tahun tiap kali raya dapat hamper dari bos aku. Bukan akula yang dapat, mr e sebenarnya. Aku tumpang sipi-sipi je =)





Ni hamper yang dapat ari isnin ari tu. Lom bukak pun lagi, eksaited lebeh. Eheh.





Isk. Penat la taip panjang-panjang guna hp ni. Ok lah, itu je. Bye..










mrs e
Friday, September 3, 2010

Spoil

|
Bengang betul haku!!! Rasa nak menjerit pun ade.. *nanges



Ni sume gara-gara baju raya aku. Kitorang tempah kat ade satu auntie ni. Memang dah lama la aku wat baju ngan dia. Cuma kadang-kadang on & off jek. Yerla, nak g anta jejauh kat bando muo tu satu hal, ongkosnya untuk upah jahit pun satu hal lagi..



So, nak sedap pakai punya pasal, dan ditambah lagi sebab baju raya, aku sefamili pun tempah la kat situ tahun ni. Nak jadi cerita, kain baju raya kitorang tahun ni kain kosong, sedondon. Nak naikkan seri baju raya tu, maka kitorang - aku, mak aku & fifi suh la auntie tu sulamkan sekali.



Kira-kira lebih kurang sebulan lagi before puasa aku dah hanto tau. Memang kira dah tempah punyalah awal. Masa tu lagi dah tanye, kos baju kurung sahaja berapa, kalau sulamkan berapa. Baju melayu lelaki pulak berapa. Auntie tu cakap, baju kurung saje, RM 45, sulam dalam lingkungan RM 80-90, baju melayu lelaki pulak lingkungan RM 60-70.



Aku pun proceed lah, n janji dekat-dekat nak raya nanti baru amik.




Lepas kitorang anta tu, akak aku n akak ipar aku pun ade anta gak baju kat situ. Tapi akak ipar aku dah amik dulu, sebab dia nak suruh kawan dia jahitkan manik. Aku tengok dia pakai ari tu nampak elok jek, aku pun membayangkan lah baju raya aku pun gitu nanti.




Sekali, bila fifi g amik baju raya kitorang tadi, boleh tak baju aku n mak aku auntie tu jahit kurung biasa aje? Tak disulamkan punnnnnnnnn??!! Lepas tu dia cakap kalau nak sulamkan jugak, boleh, tapi kena tambah RM 75!! Gilerr ko! Sulam sket jek kat lengan n bawah baju sampai RM 75. Jadi satu baju dah RM 120. Dah tentu-tentu la ari tu dia cakap sepasang siap sulam RM 90. Baju melayu mr e lak dia charge RM 80. Amboihhh.. sedap punya letak harga. Mana aku tak hangennnn satu badan!




Dah le tu, bila dipakai baju tu nampak kejung semacam. Tensen oh. Arghhhhh!!!!





Tu satu cerita.




Lagi satu cerita, ari tu aku ade anta baju kebaya gak, beli masa kat Jakarta. Macamana aku tak bertambah marah, bila baju kebaya aku pun dah tak macam kebaya. Kebarung ade la!!!! Camne la auntie ni buat keje. Selama ni takde pun macam ni.




Jadinya aku tengah kebengangan tahap dewa nih. Grrrrrr... :-/





P/s : Aku suspek auntie tu dia sub-kan baju-baju tu kat orang lain lah. Sebab tu sume cutting lari, design yang ditempah pun sume tak diikut, berterabur. Nak amik tempahan banyak, tapi tak terlarat nak buat. Sebab tu harga pun tiba-tiba melambung. Ni mesti kes nak bayar upah sub-sub dia tuh. Tapi yang aku heran, baju akak ipar aku yang tempah terkemudian dari aku, elok pulak cutting nya? Lebih baik aku beli baju dah siap aje macam ni!!!!!!










mrs e

Iklan Raya Di Zaman Kanak-Kanak

|
Nostalgia sungguh. Memang aku hafal la lagu iklan ni sampai sekarang. Macam best aje.. Teringat lagi waktu tu aku kecik lagi. Bila dengar lagu iklan ni kat tibi dah rasa meriah lah sangat nak raya tu. Tak pat dengar lagu raya kat tibi, dapat dengar iklan raya ni pun jadilah.. hehe :))




Adakah korang yang sebaya-baya aku pun masih ingat dengan lagu iklan nih?










mrs e
Thursday, September 2, 2010

Jangan Tinggal Daku :'(

|
Alahaiiii... sedihnya... :'( . Pejam celik, pejam celik, ramadhan dah pun hampir sampai ke penghujungnya.. Tskkk. Rasa macam baruuuuu jek hari tu kita semua berpuasa T_____T Rasa sayang sangat ngan ramadhan ini. Ramadhan yang penuh ketenangan, kesyahduan. Sungguh terkesan di jiwa aku. Betapa indah dan heningnya bulan penuh keberkatan ni. Betul, bila masuk je bulan ramadhan, aku rasa tenang sekali. Adakah korang pun macam tu?



Jangan tinggal daku Ramadhan.. :((



Adekah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan?  [mudah-mudahan aku panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, semoga kita dapat berjumpa lagi. Ameeennn]



Sungguh tak puas dan tak pernah cukup rasanya aku beribadat di bulan seribu rahmat ini. Lebih-lebih lagi, di penghujung-hujung begini tak boleh pulak aku nak meneruskan tarawikh ku di malam-malam yang akhir. *sape tak paham kena buat-buat paham jugak*. Lagi sayu rasanya melihat bulan ini berakhir begitu saje.. uhuks



Selepas ni dah takde dah bangun awal-awal pagi. Dengar bacaan al-Quran kat TV1 yang mak aku bukak tiap kali bangun nak siap-siapkan sahur. Takde dah dengar lagu tema drama Nur Fansuri *kalau tak silap tajuk* yang akan menemani pagi-pagi kitorang time kitorang bersahur. Semuanya akan tiada. Semuanya akan kembali seperti sediakala, seperti 11 bulan yang bukan ramadhan..



Aku akan merinduimu (Ramadhan...)




Yang pasti, bila aku mendengar lagu ini, aku akan teringat kenangan bersahur tahun ini.. Inilah lagu yang menemani hari-hari sahurku...


*lagu yang berunsur keTuhanan*








mrs e