kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, September 20, 2010

1 Syawal

|
Haihhhh.. da raya yang ke 11 baru la nak update citer raya pertama lah kaaaannnn.. Tapi takpe, walaupun lambat, asal ade jugak kenangan yang aku boleh coretkan kat sini.. kan kan kan.. Biar lambat asal selamat gituuuuuuu.. Eh?


Raya tahun ni bermakna sangat wat aku n family. Sebab kali ni kitorang adik beradik pakai kain sedondon sume dari material yang sama. Senang cerita, sekayu lah gitu. Selalunya kitorang cuma wat kaler tema jek, sukati lah nak beli kain jenis ape pun, masing-masing punye pilihan. Asal kaler tak lari jauh udahlah. Jangan kaler tema hijau tetiba ko pakai lak kaler mentari merah di ufuk timur, tu memang ah dia. Memang nak kena dush dush dush sorang 18x dari semua ahli keluarga.. HAHAHAHAHA


Oh ye, baju raya kitorang kali ni di sponsor sepenuhnyaaa oleh mak aku.. Mekacih makkkk ♥♥  Baik kan mak aku? =)


Eh kejap, sebelum citer selanjutnya aku nak cakap la sket. Aku tak paham la kalo orang duk ngata-ngata kitorang ni pakai baju sedondon beli sekayu ke hapa sume. Pada aku, seronok ape. Bila lagi kan nak pakai baju yang sedondon ni sama-sama. Lagipun aku rasa besttt aje n jadi macam trademark pulak. Kalau kitorang g beraya ramai-ramai tu, dari jauh dah da tau yang group kitorang ni dari famili Allahyarham Haji Mohd Ikram & Hajah Rabaniah. Nampak sume adik beradik pakai baju yang sama, menggambarkan betapa akrabnya ikatan yang terjalin dan kesefahaman yang jitu antara kitorang. Betul tak?


Okay. Back to topic



Raya pertama, rutin kitorang macam biasa. Bangun seawal pagi, sarapan ketupat lepat lodeh rendang ayam etc, pastu kaum lelaki siap-siap nak ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Meanwhile kaum-kaum pompuan sume cepat-cepat amik turn masuk bilik air, pakai baju raya, wangi-wangi, mekap-mekap segala pendekata bagi cun sehabis cun ah.. eheks



Lepas jek orang lelaki balik dari masjid, sume ahli keluarga berkumpul kat hall. Time ni sume duet-duet raya dah kena standby dah.. hihihi.. Selalunya kitorang wat sesi bermaafan dulu, tapi tak kali ni.

pose gediksss.. ehhe


Kali ni kitorang wat sesi bergambar sampai lebam dulu. Bukan ape, selalu tu kalau bergambar lepas mintak-mintak maaf, muke sume dah sememeh, mekap pun dah hilang g mana dah lencun dek air mata.. huhu



sape paling vouge? hiks

lentikkkkssss


Lepas salam-salam mintak maaf, ingatkan nak ziarah ke pusara abah tersayang, tapi hujan la pulak. Tak dapat pegi. So, kitorang sekeluarga berkumpul duduk sama-sama, bacakan yassin dan wat tahlil untuk arwah abah.



berempat :))

bertiga

fifi, dina & mak (baju mak lain sket kaler sebab sengaja wat gitu, sebab mak ketua keluarga =D)


Start beraya umah sedara mara yang dekat pun postpone. Sebab raya tahun ni ari jumaat kan, lepaskan solat jumaat terus. Selalunya tu lepas gerak balik dari kubur memang kitorang terus g beraya.



anak-anak cik berahim datang beraya sebelum zohor


Lepas solat jumaat, siap-siap n touch up balik semula. Yela, tadi mekap dah tanggalkan nak solat zohor dah. Sume da siap, terus amik gambar one whole family. Yang pagi tadi punye session, kak wana takde. Ni diorang dah sampai, bolehlah amik gambar ramai-ramai. Pestime okeh! Selalunya tu memang dia manjang takdeee jek dalam gambo.. hehe


ceriaaaaaaa :D



Umah pertama, g umah atuk depan. Atuk ni emak tiri arwah abah. Lepas tu terus ke umah pakcik n makcik belah arwah abah n pakcik makcik belah emak. Habis beraya, aku, mr e, fifi n wawa g ziarah jap kubur arwah abah. Tak senang rasanye kalau tak dapat g ziarah walau sekejap pun.. :(



kat umah atuk depan.. eh, mana aku?

yaaa, aku di situ, terselit belakang pintu.. huhuhu

kat umah cik satman (adik arwah abah).. aku n fifi sibuk memilih asam.. nyummm

wak atan.. abang arwah abah

muncung wawa.. tak tahannnnnnnnnnnn

pusara arwah abah..



Balik tu kitorang lepak-lepak jerr.. Abang Zaki dah balik umah mertua dia. Kak Wana pun dah balik semula ke umah dia. Tinggal la aku ngan Kak Yati yang masih ade kat umah sebab kitorang balik umah mertua masing-masing raya kedua.



Malam tu aktiviti tengok tivi jelah. Ade ke tak ek orang datang beraya ke umah? Entahlah, aku pun dah tak ingat.....









mrs e

2 comments:

ija said...

ok je baju raya sama..takde menda pun yg luar biasanya..saya suka..
selamat hari raya naja

sz | m.s.s said...

yang penting mesti sedondonggg ngan langsir :))