kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, September 22, 2010

2 3 4 5 6 Syawal

|
Haaaa.. update sekali harung terus. Dari raya ke 2 sampai la raya ke 6. Berjemaah gituuuu.. Kalo nak suruh aku update setiap hari 1 entry, memang sangap la.. Dengan ke'lazy'an aku yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Nak taip kat blog pun sangat seksaaaaaaaa ok! Tapi suke plak ajeee baca blog korang lalings-lalings sume :))



Raya kedua, pepagi lagi kak yati & family dah gerak ke umah mertua dia, kat air hitam muar. While aku ngan mr e relaks-relaks lagi.. Kemas umah sket-sket n session membasuh baju, jemur baju sume. Lepas tu sempat la jugak kitorang ikut mak aku g beraya umah jiran berdekatan..



Cemana aku boleh relaks-relaks tak rushing nak balik umah mertua nih? Haaa jangan tak tau, mak mertua ai raya kat KL dulu tahun ni.. Kelassssssssssss kata ko kan! Orang len sume pakat balik kampung, tapi mertua aku raya KL pulak.



Sebenarnya sebab mak mertua aku tu dah g KL umah adik ipo aku masa pertengahan pose ari tu. Pastu adik ipo aku tu dapat cuti raya pun start raya kedua, so dia follow sekali lah balik sama-sama, n masak-masak raya dulu kat sana :)) Adik ipo aku tu keje sebagai polis bantuan macam gitulah, cuti raya kena la gilir-gilir kannn..




Lepas zohor jugak la dah pungpangpungpang itu ini baru kitorang gerak balik segamat. Mak mertua aku pun baruuuuu jek sampai dari KL.




Ini gambar masa kitorang bersalaman bermaaf-maafan, sebelum keluar g beraya bersama-sama belah malam nya..



mr e salam n peluk ciuk bonda tercinta

turn aku pulak..

famili potrait; mr e, aku, 'beras' aku, adik ipo aku; depan, mak n mak usu mr e


Santak sampai ke malam jugaklah baru abis beraya. Malam kan tempohnya pendek, tapi sempat jugak lah pegi 4 buah rumah. Oklah tu kan, sebab petangnya pun aku dah pegi umah sepupu mr e yang dekat-dekat ngan umah. Yang penting, umah-umah sedara dekat dah dapat pegi :D




Raya ketiga, aku cuma p beraya ke umah sepupu mr e jek. Itupun pegi dah petang, masa sebelum gerak balik ke BG, sebab paginya aku tolong mak mertua masak-masak lauk makan tengahari n sediakan kuih muih tuk tetamu yang datang.




Terpaksa jugak balik petang tu sebab mr e dah start keje ari isnin nya.. sob sob sob :'(
Sampai umah pun da malam, so sempat beraya ke umah pak usu, kat sebelah umah jek punnnnn.. hehe



kami, sedondon :))


Raya keempat, turn mak pulak beraya pusing keliling ke umah besan-besan. Aku walaupun mr e takde sebab dah keje, mengekor jugak mak aku.. ahahahaha.. Besan-besan mak aku ade ssekitar muar, besan dari diri aku jek yang ade kat segamat. Tapi stillllll, dekat jugak. Eheh.




Otw ke umah mak mertua aku, sempat singgah kat Tapak Bersejarah Bukit Kepong. Turun amik-amik gambar kejap :P



mak aku kata macam orang yang kena tahan jek, dah menyerah HAHAHA

melompat lebih tinggiii..

anak-anak sedara aku, kuar lah gaya sengal masing-masing

makcik nya pun dipaksa untuk melayan perangai gila-gila diorang (-_-)'


Raya kelima, kitorang g umah makcik aku yang kat BP. Makcik aku ni adik mak aku. Kitorang adik beradik sume pegi, kecuali famili kak yati sebab dia dah balik JB malam sebelumnya. Dan oh ya, mr e jugak takdeeee~~



sama tak rupa mak aku n adiknya? mak aku anak yang sulong..


Raya keenam, aku lepak-lepak umah ajeee. Tapi pagi tu kuar umah jugak g melawat sedara belah arwah abah meninggal.




Itu jela citer raya aku. Raya ke 7 lepak rehat-rehat kat umah ambik nafas tenangkan fikiran golek golek makan kuih tgk tibi puas-puas sebelum naik keje esok harinya..










mrs e

0 comments: