kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, September 2, 2010

Jangan Tinggal Daku :'(

|
Alahaiiii... sedihnya... :'( . Pejam celik, pejam celik, ramadhan dah pun hampir sampai ke penghujungnya.. Tskkk. Rasa macam baruuuuu jek hari tu kita semua berpuasa T_____T Rasa sayang sangat ngan ramadhan ini. Ramadhan yang penuh ketenangan, kesyahduan. Sungguh terkesan di jiwa aku. Betapa indah dan heningnya bulan penuh keberkatan ni. Betul, bila masuk je bulan ramadhan, aku rasa tenang sekali. Adakah korang pun macam tu?



Jangan tinggal daku Ramadhan.. :((



Adekah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan?  [mudah-mudahan aku panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, semoga kita dapat berjumpa lagi. Ameeennn]



Sungguh tak puas dan tak pernah cukup rasanya aku beribadat di bulan seribu rahmat ini. Lebih-lebih lagi, di penghujung-hujung begini tak boleh pulak aku nak meneruskan tarawikh ku di malam-malam yang akhir. *sape tak paham kena buat-buat paham jugak*. Lagi sayu rasanya melihat bulan ini berakhir begitu saje.. uhuks



Selepas ni dah takde dah bangun awal-awal pagi. Dengar bacaan al-Quran kat TV1 yang mak aku bukak tiap kali bangun nak siap-siapkan sahur. Takde dah dengar lagu tema drama Nur Fansuri *kalau tak silap tajuk* yang akan menemani pagi-pagi kitorang time kitorang bersahur. Semuanya akan tiada. Semuanya akan kembali seperti sediakala, seperti 11 bulan yang bukan ramadhan..



Aku akan merinduimu (Ramadhan...)




Yang pasti, bila aku mendengar lagu ini, aku akan teringat kenangan bersahur tahun ini.. Inilah lagu yang menemani hari-hari sahurku...


*lagu yang berunsur keTuhanan*








mrs e

1 comments:

noorulaz said...

Insya Allah.. doa2 la agar bertemu ramadhan taun dpn