kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, September 3, 2010

Spoil

|
Bengang betul haku!!! Rasa nak menjerit pun ade.. *nanges



Ni sume gara-gara baju raya aku. Kitorang tempah kat ade satu auntie ni. Memang dah lama la aku wat baju ngan dia. Cuma kadang-kadang on & off jek. Yerla, nak g anta jejauh kat bando muo tu satu hal, ongkosnya untuk upah jahit pun satu hal lagi..



So, nak sedap pakai punya pasal, dan ditambah lagi sebab baju raya, aku sefamili pun tempah la kat situ tahun ni. Nak jadi cerita, kain baju raya kitorang tahun ni kain kosong, sedondon. Nak naikkan seri baju raya tu, maka kitorang - aku, mak aku & fifi suh la auntie tu sulamkan sekali.



Kira-kira lebih kurang sebulan lagi before puasa aku dah hanto tau. Memang kira dah tempah punyalah awal. Masa tu lagi dah tanye, kos baju kurung sahaja berapa, kalau sulamkan berapa. Baju melayu lelaki pulak berapa. Auntie tu cakap, baju kurung saje, RM 45, sulam dalam lingkungan RM 80-90, baju melayu lelaki pulak lingkungan RM 60-70.



Aku pun proceed lah, n janji dekat-dekat nak raya nanti baru amik.




Lepas kitorang anta tu, akak aku n akak ipar aku pun ade anta gak baju kat situ. Tapi akak ipar aku dah amik dulu, sebab dia nak suruh kawan dia jahitkan manik. Aku tengok dia pakai ari tu nampak elok jek, aku pun membayangkan lah baju raya aku pun gitu nanti.




Sekali, bila fifi g amik baju raya kitorang tadi, boleh tak baju aku n mak aku auntie tu jahit kurung biasa aje? Tak disulamkan punnnnnnnnn??!! Lepas tu dia cakap kalau nak sulamkan jugak, boleh, tapi kena tambah RM 75!! Gilerr ko! Sulam sket jek kat lengan n bawah baju sampai RM 75. Jadi satu baju dah RM 120. Dah tentu-tentu la ari tu dia cakap sepasang siap sulam RM 90. Baju melayu mr e lak dia charge RM 80. Amboihhh.. sedap punya letak harga. Mana aku tak hangennnn satu badan!




Dah le tu, bila dipakai baju tu nampak kejung semacam. Tensen oh. Arghhhhh!!!!





Tu satu cerita.




Lagi satu cerita, ari tu aku ade anta baju kebaya gak, beli masa kat Jakarta. Macamana aku tak bertambah marah, bila baju kebaya aku pun dah tak macam kebaya. Kebarung ade la!!!! Camne la auntie ni buat keje. Selama ni takde pun macam ni.




Jadinya aku tengah kebengangan tahap dewa nih. Grrrrrr... :-/





P/s : Aku suspek auntie tu dia sub-kan baju-baju tu kat orang lain lah. Sebab tu sume cutting lari, design yang ditempah pun sume tak diikut, berterabur. Nak amik tempahan banyak, tapi tak terlarat nak buat. Sebab tu harga pun tiba-tiba melambung. Ni mesti kes nak bayar upah sub-sub dia tuh. Tapi yang aku heran, baju akak ipar aku yang tempah terkemudian dari aku, elok pulak cutting nya? Lebih baik aku beli baju dah siap aje macam ni!!!!!!










mrs e

2 comments:

eis said...

rasanya gitulah naja..tune lari sebab bg kat org. sabar, sabar.

Marsha~ said...

betul ni... mesti dia sub kat org lain kang?? ni lah org takde hati perut nak amik untung lebey...