kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, October 28, 2010

Huks.

|
Semalam my hubby ade meeting dengan customer, outstation ke Melaka. So saya tidaklah berteman mahu keluar makan.


Puas berfikir. Nak makan ke tidak, nak makan ke tidak. Akhirnya mengalah juga dengan si perut yang dah berkeroncong minta di isi. Dah terbiasa makan berdua, bila kena g lunch sensorang macam ni terasa janggal lah pulak.


Padahal boleh je makan sorang-sorang pun.  Bukan ade menda. Asal ade duit, sume settle. Selalu tu biasa jek pun makan sensorang kat kantin. Tapi yerla kan, dekat kantin lain, makan dalam lingkungan orang yang saya kenal jugak sebelah-sebelah kerusi tu. Makan dekat luar lak, memang tak kenal la sape-sape pun kat sebelah tu kan. Melainkan terserempak dengan membe sekerja ke hapa.


Haihhhh.. Ngengada pulak saya. Biasa diaaaaa tu :P


Last-last decide makan kat PH. Walau sensorang, sorang-sorang la.. gamble jek la kan.


Nak nampak cool punya pasal makan sorang-sorang.. sekali boleh pulak saya tersalah order la weh. Bwahahahahahaha :D Ni sume nak makan piza yang baru tu la punya pasal. Excited benau mengorder, main tunjuk aje.. huhu
Ade ke saya boleh terorder makanan untuk 2 orang. So, ade 2 sup, ade 2 air,  n 1 bun garlic bread. HAHAHAHAHAmbekkkk.. Piza lak regular punya, 6 slices.


Dah jadinya saya kena makan sup-sup tu. Tak habiskan rugi pulak. Tapi yang lain memang saya tak habis makan. Garlic bread tu boleh telan beberapa hiris jek, piza lak saya makan satu potong. Sib baik air tu boleh tapau. Kalau tak, sure mau kembung perut saya nih.. Agagagagagaga



Tadi pulak, sukeee sebab dapat lunch berdua macam biasa dengan suami. Tapi tapi tapi kan.... kedai makan yang kitorang pegi tu boleh pulak dah banyak yang sold out makanannya.. Ohhh.. hampanya rasa hati.. Last-last saya order la makan mee hailam dan suami saya order rojak petis.



Sekali bila datang makanan saya tu boleh pulak dia bertukarrrrrrrrrrrr jadi mee BASAH? Aduh... coiii betul.. Rasa nak makan pun terus hilang. Tapi malas la nak tanye balik kat makcik tu n malas nak merungut-rungut depan makanan kannnnn.. Walaupun 'taste' dah hilang sebab order lain dapat lain, tapi saya telan jugak. Tak baik membazir..
Kawan syaitonnnnnnnnnnnnnnn...



Apalah nasebbb.. T____T




BTW, walaupun perkara-perkara di atas tu terjadi, tetapi ianya langsung tidak menguncupkan bunga-bunga yang sedang berkembang dan rama-rama yang sedang berterbangan di dalam hati saya saat ini♥ :))








^_^
mrs e
Wednesday, October 27, 2010

S A B A R

|
...................................



Duhai hati,


Bersabarlah!







-_-"
mrs e
Friday, October 22, 2010

Pagi Yang Gelap

|
Memang bebetul gelap weh. Ini bukan dugaan, tapi kenyataannnn.. *ikut dialog citer P Ramlee.. Hihihi


Sebenarnya gelap tu bukan ape, sebab bila saya bangun pagi, satu rumah saya gelap; blackout! Dari malam tadi rasanya dah blackout nih, tapi tak pasti lak pukul berapa. Saya ade terjaga bila rasa macam semacam jek suasana bilik tu tapi tak tergerak pulak nak tengok jam. Yer, saya tak biasa tido dalam gelap, rasa sesak nafas, dan selalunya memang pasang lampu tido kakak saya kalo nak tido. Eh, kenapa pula lampu tido kakak saya? Sebab, saya cilok lampu tido kakak saya tu lepas lampu tido saya rosak.. Muehehehe. Nak beli ganti lampu tido saya yang rosak tu, sampai sekarang laaaaa tak berganti-ganti. jadinya, pinjam ajelah LOL


Ingatkan pagi tadi bila saya bangun dah tak blackout, tapi nampaknya takde tanda-tanda yang lampu akan terpasang.  Ishhh.. dah le saya tak iron baju lagi. Saya memang selalu iron baju pagi-pagi jek. Nak pakai baju ape ni?!!


Gamble jelah nak pakai T-shirt n jeans walaupun cam tak best sket la nak berseluar di pagi jumaat nih. Takkanlah nak pakai baju yang tak bergosok dan berkedut-kedut kannn.. Tak sanggup saya. Tapi kalau dah terdesak, selamba juga lah saya pakai.. :P


Tibe-tibe terpandang lak baju adik saya yang dah siap bergosok tapi dia tak jadi nak pakai. Pakai jelah dah masa-masa kecederaan ni. Tudung pun saya recycle yang semalam punya, tudung ariani tu. Tak taulah diorang kat tempat keje ni perasan ke tidak saya pakai tudung yang sama dua hari berturut-turut.. Kalau perasan please lah buat-buat tak nampak n buat-buat tak tau ajeee.. Ihiks


Terbayang pulak saya, kalaulah blackout tu jadi masa saya tengah sorang-sorang kat umah semalam masa tengah mandi ke, solat ke.. Iskkk.. Serammmm  Mau agaknye saya pitamsssssssssss 88x..  Hahahahaha





^_^
mrs e
Thursday, October 21, 2010

Oo-Owwwww

|
Balik keje tadi tak dapat nak balik tajam-tajam (sharp on time). Kena siapkan keje dulu LOL.. Gitu gini lebih kurang pukul 6 gak baru balik. Saya balik dulu, my hubby balik lambat nak kena siapkan keje. Huks


Sampai je umah dah 6.30. Takde orang kat umah, sebab mak, wawa n fifi g Semenyih ari ni. Dioarang balik malam. So saya sorang-sorang aje.


Lapar gilerr ni, nak masak lauk ape-ape makanan dulu macam tak boleh tahan-tahan lak. Nak juga makan something.


Bukak fridge, ade keropok lekor  lagi satu bungkus yang mak saya beli ari tu  belum digoreng. Goreng dululah makan kopok lekor ngan air teh-o buat alas perut. Sambil tu saya kuarkan ayam dan rendam dalam air nak lembutkan dia. Cadangnya nak wat ayam masak sambal.


Siap minum n makan kopok, terus sediakan bahan-bahan nak masak ayam tu, potong bawang, halia, bawang putih etc. Nasib baik lah jugak dah ade cili blend dalam fridge yang mak saya simpan. Sudah jimat masa di situ.


Masa tengah goreng ayam tu, dah masuk waktu maghrib. Siapkan jugak sesi memasak ni, baru senang hati. Lepas masak, tengok-tengok jam dah dekat pukul 8. Kalau saya nak mandi dulu, ade yang terbabas maghrib bawak ke isya' ni kang. Jadinya, saya decide solat maghrib dahulu kemudian baru mandi.



Setiap kali mandi, memang saya akan niatkan mandi sunat. Contoh, macam tadi. Saya niatkan la saya mandi sunat malam jumaat. Macam terkena kejutan, jantung saya berdegup laju. Baru teringat malam ni malam jumaat? Dan saya keseorangan kat umah? Wuhoooooo, ketakutan dah datang dalam diri. Mula la fikir macam-macam. Aiseh


Cepat-cepat jek saya mandi. Terus naik ke bilik pakai baju n capai kunci keta. Nak g jemput my hubby. Takut beb nak duk lama sorang-sorang kat umah memalam jumaat ni.


Okay, memang lah takde ape-ape pun sebenarnya, tapi fikiran saya ni suke fikir yang bukan-bukan. Mulalah terimbas semua cerita-cerita yang pernah saya dengar. Haish!


Tapi sekarang da tak takut lagi.. Sebab dah ade suami saya menemani di sisi. Ngeee~~ =)


Okaylah, my hubby pun da siap solat tu. Nak siapkan dia makan. GTG. Buhbyeeeee






^_^
mrs e

Gooooooood Girl ;)

|
Ini anak sedara saya. Tapi dah macam anak sendiri jugak.. Yerla, saya lum ade rezeki nak ade zuriat sendiri kannn.. So anak sedara pun wat macam anak sendiri la.. Menumpang kasih gitu.. Sobbbbssss



Okay, takmo ar mood sedih-sedih. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut tu semua ketentuan Allah kan.. Kita kenalah redha ^_^



Ohh, sangat geram dengan ini budak taww. Makin besar makin banyak akalnya. Sekarang ni dia takmau dah saya dukung. Setiap kali hulur tangan nak dukung dia mesti dia paling ke lain. Bila nampak saya jek dia wat tak heran dah. Kalau dulu pantang nampak saya baru balik dari kerja, mesti saya dikejarnya. Konon nak melepas rindu lah tu. Tapi sekarang tidak lagi T__T


Sekarang dia dah pandai memilih orang. Yang dia nak cuma lah my hubby, babah kesayangan dia tu. Kalau dah nampak babah dia, orang lain memang dia dah taknak pandang dah, even mummy dia sendiri. Asyik nak melekattttttt jek ngan babah dia. Melentuk-lentuk dalam dukungan. Peluk erat takmau lepas. Main-main janggut sejemput babah dia pastu peluk babah dia manja-manja. Saya yang tengok pun naik geram. Dengan saya taknak, dengan babah dia kemain manja lagi ye! Haih, anak sapaaaaa la ni..


Kalau babah dia solat pun, dia sanggup tunggu kat tepi. Diammmmm jek dia sambil tunggu babah dia abis berdoa semua. Dia langsung tak kacau. Pandai pulak dia neh. :))



Gooooooooooood girl.



Ishhh, kenapa la awak comel?






^_^
mrs e
Wednesday, October 20, 2010

2010-2010 :))

|
Cantekkk kan tarikh hari ni. Angka yang berulang. Hari tu masa 101010 saya tak sempat nak celoteh satu entri tuk di post di sini. So hari ni saya ambil kesempatan yang ade untuk tarikh yang mungkin memberi makna kepada sesiapa pun di luar sana.



Ari ni juga merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabat saya. Kawan yang dah lama kenal dari zaman sekolah menengah dulu. Tadi pagi pun saya dah wish dia thru sms. Semoga hari ini membawa keceriaan, kebahagiaan la untuk sahabat saya tu hendaknya. Dah join 30's club dah dia.. muehehehehe



Oh ya, selain tu, hari ni jugak kawan saya warded sebab nak bersalin thru cesarean. Baby dia dah engaged dah masuk 38 weeks tapi songsang (kemungkinan untuk baby tu berpusing balik ke kedudukan yang betul tipis sebab ruang yang dah sempit). Kul 8 pagi tadi dia dah check in kat hospital (whoaaa cam nak check in hotel lak kekdahnye ;P). Kul 11 pagi ni pulak operation nya. Saya berdoa untuk dia semoga semuanya berjalan lancar, emak sihat, baby pun sihat. Yang bestnya doktor yang suruh pilih date untuk operate dan dia pilih tarikh ni..  Cantiklah tu kan birthdate anak dia 2010-2010 :))



Ok, got a lot of works to do. Till then, TA-TA








^_^
mrs e
Monday, October 18, 2010

Apa Dibuat Di Hari Ahad

|
Sabtu malam ahad, emak saya da cakap supaya bangun awal esok pagi sebab nak ajak kitorang sarapan kat luar. Emak saya teringin nak cuba makan nasi dagang kat satu restoran kat BG tu nak tau sedap ke tak masakan dia.


Mula-mula saya cakap ok, tapi bila da bangun esok paginya terasa malas la pulak. Lepas solat subuh sambung tido balik. Zzzzzzz


Tup-tup pukul 8 camtu my hubby kejut tanya nak g ke tidak. Ikut hati memang la malasssss.. Tapi bila pikir-pikir balik, nilah aktiviti yang boleh wat together-gether ngan family, so i decided to follow them.


Sebelum breakfast, anta mak saya g checkup dulu kat klinik. Lepas tu baru g ke restoran nasi dagang. Dekat je pun sebenarnye. Selang beberapa unit kedai je dari klinik yang mak saya pegi tu.


Saya n mak saya makan nasi dagang. My hubby ngan wawa makan nasi lemak. Fifi lak makan nasi kerabu. Ok la saya rasa restoran ni. Harga pun berpatutan. Boleh datang lain kali.



Balik sampai umah tu mak saya ajak bergotong royong lak menyapu sampah kat laman rumah. Saje nak buat aktiviti bersama-sama dengan emak saya, saya pun setuju. My hubby, fifi n wawa takda, diorang g basuh keta.


Habis menyapu, saya terus masuk umah sebab nak siap-siap iron baju sume nak g kenduri kahwin. Mak pulak duduk berborak bawah pokok dengan makcik-makcik sebelah rumah. Tapi saya tak dapat lah join sebab takut nanti tak sempat nak ke kenduri kawin pulak. 2 tempat lak tuh.



Lepas je zohor, terus gerak ke Tangkak. Tak lama pun kat situ, lepas makan n salam-salam perantin terus caucincau. Nak rushing ke Segamat pulak. Tu pun sampai Segamat dah dekat pukul 3 petang dah. Pengantin pun dah makan berdamai... tskk


Balik dari umah penagntin, singgah umah my MIL. Lepak-lepak n baring-baring tengok tv citer sembilu kat TV3. Sempat jugak terlelap se-round dua.. Hihi


Lepas asar dalam pukul 6 gerak balik umah BG. Sampai umah dah maghrib. Itulah aktiviti ari ahad saya ^_^



Sent by naja via mobile
Saturday, October 16, 2010

Tak Boleh Blah

|
Saya mengantuk sangattttttt sekarang ni. Langsung TAK BOLEH BLAH la.. hahahaha..


Yerla, mana taknye, tadi malam tido kul bape, bangun lak kul bape dah siap-siap nak g keje kannnn.. Pagi tadi tahan lagi, tapi masuk dah petang-petang macam ni dah perit sangat dah mata. Cant help it laaaaaaa... Tak kan la saya nak g mentido kat surau kut.. walaupun kadang-kadang ade berbuat macam tu.. hihi -shhh jangan bitau orang len okeh


Kejap jek kan dah hujung minggu. Esok pulak ade kenduri kahwin. 2 lak tu yang kena attend. 1 daripada my colleagues dan 1 lagi jiran kat kampung my hubby. Yang my colleagues tu dekat Tangkak, yang jiran my hubby tu of course la kat umah dia kat Segamat tu kan.. Rasa kena pegi awal la kut esok, ke Tangkak dulu then baru rushing to my hubby's hometown.. Iskk


Pedih sangat dah mata saya ni. Nak pegi basuh muka jap laaaaa...






^_^
mrs e

My Baby You

|
Its 1.18 am already. I didn't sleep yet.


Any idea what im doing rite now?


Haha. Tengok tu.. semalam dah cakap kan, saya suka degil paksa diri taknak tido. Padahal mata sikit punye mengantuk. Takde wat ape pun sebenarnya, cuma saya terjumpa 1 blog & i found it very interesting. Pastu nak baca dia punya entries back to back. Gile punye banyak la nak khatamkan neh.. Ade 1++ tahun punye cerita tuuu.. Aje gilerr la saya.. Tapi suke aje nak bace.. Ngeee~~


Pastu tengah baca-baca entri dia tadi, teringat pulak lagu nih, My Baby You. Actually, lagu ni memang saya dah suke before kenal ngan my hubby lagi. (Masa da kenal my hubby lagi la suka sebab he dedicate this song untuk saya.. lalalalalla..)


Saya ingat lagi masa tu, saya student kat poli ke uitm ek saya tak ingat. Memang ade masa-masa saya habiskan wiken saya kat umah abang saya aje. Kata takde pasangan pun kannnn.. So duduk umah je lah. Haha


Then saya tengok Marc Anthony ni punye show, konsert dia seingat saya kat astro. Kan ade lagu-lagu lain dia yang glamer tu kan macam lagu I Need To Know dengan lagu You Sang To Me. Masa tu saya tau tu ajelah lagu dia yang paling popular. Tengok show dia tu pun sebab nak dengar lagu tu aje. Bwahahaha :D


Pastu tetiba dia nyanyi lagu ni. Walaupun saya tak pernah dengar lagu ni masa tu dan pertama kali dengar.. I was like... err tak tau nak cakap macamana. Jatuh cinta terus dengar lagu ni. Serius. Lagu ni betul-betul menyentuh perasaan saya. Dah le at the end of this song si Marc Anthony tu menangis. Feeling betul. Sampaikan saya pun ikut sebak dan menangis. :'(


Gotcha! Saya rasa kat konsert ni la yang saya tengok dulu. Tengok dia menangis kita pun rasa sebak kan?


Bila dengar lagu ni tadi, tetiba teringat kat seseorang yang bernama Arianna lak. Owh, saya nak dengar lagu tu lagi sekali lah sebelum nak tido ni sebab esok keje.


Nite all ;)





^_^
mrs e
Friday, October 15, 2010

Terkena. Errr...

|
Dulu...


"Abang jangan susah hati, nanti Ayang pun susah hati..."


"Abang jangan sedih, nanti Ayang pun ikut sedih.."



Itulah kata-kata yang selalu saya titipkan waktu ber sms-sms ngan my hubby. Itulah kata-kata yang saya gunakan untuk meredakan perasaan dia kalau ade sesuatu perkara yang merunsingkan dia atau pun membuatkannya tak sedap hati. Waktu tu zaman ber'kawan-kawan' kan.. apelah lagi yang boleh saya buat untuk naikkan semula semangat dia.. :)


Past few days..


Saya bangun tidur dengan betul-betul takde mood. Mungkin sebab sekarang saya tak cukup tidur atau saya tak cukup rehat.  Kebelakangan ni memang saya tidur agak lewat. Dalam pukul 1 pagi baru saya lelapkan kelopak mata. Nampak je saya masuk bilik awal, tapi tah kenapa la diri saya ni degil sangat nak tidur walaupun mata dah mengantuk. Tahapa-apatah yang saya buat, baca novel la, surf tenet la sehingga la ke pukul 1 pagi tu.


Padahnya pagi tu memang mood ke laut. Nak bercakap pun rasa takde hati jek. My hubby pun faham, then ingatkan sekejap jela kan bad mood saya tu. Sekali tak ok jugak sampai la ke petang. Sampai la waktu balik keje. (mungkin bertambah-tambah lagi bad mood saya tu dengan stress keje.. kut la..)


My hubby ni memang suke berborak-borak dalam kereta. Balik keje tu dia cerita-cerita la macam biasa. Memula tu dia tak perasan mood saya tak ok lagi. Ceria jek dia bercakap. Saya layan lah jugak kan walaupun malas nak bukak mulut sebenarnya. Layan gitu-gitu aje.


Tiba-tiba lepas dia bercakap-cakap tu dia diam. Saya pun diam jelah kan. Sebab saya lebih suka layan mood saya ni. So all the way nak sampai ke rumah tu senyap sunyi jelah. Oh, tak pasti pulak radio terpasang ke tidak. Tapi saya tau, dia diam sebab dia bad mood. Bad mood yang disebabkan oleh saya yang bad mood. Get it? HAHA


Satu perangai my hubby, dia memang tak suke tengok saya tak ceria. Seboleh mungkin dia mesti nak buat saya happy.  Sampai rumah pun saya masih tak bersuara. Senyap sunyi. Buat hal sendiri ape-ape yang perlu (maksudnya saya g solat, g mandi etc). Tapi dia pun diam je lagi (?)



He really doesn't like this situation. I know he hates it. Dia takleh lama-lama nak berdiam dengan saya, tak dengar suara saya. So, dia pun mulalah buat lawak-lawak ngan saya. Memula tu saya tahan jugak, sebab masih lum ade mood nak bergelak ketawa. Tapi bila dah dua tiga kali dia buat lawak, pecah berderai jugak ketawa saya.


Bukan ketawa sikit-sikit ok. Ketawa terbahak-bahak. Dan dia pun join sama-sama ketawa saya tuh. Hihihahahahuhu



Dalam sisa ketawa yang masih ade, saya tanyelah dia. Kenapa dia nak ikut-ikut saya bad mood jugak, sedangkan yang bad mood nye saya, bukan dia..


Tau dia jawab ape?



"Kan ayang pernah cakap kat abang dulu, jangan sedih-sedih.. nanti kalau abang sedih, ayang pun ikut sedih.. "


"So?"


"So ini macam tulah jugak..  ayang takleh la bad mood.. kalau ayang bad mood, abang pun ikut bad mood jugaklah..HAHAHAHA"



Saya yang dengar lagi lah sambung ketawa saya tadi. Kali ni lagi lama. Sampai tak terambil nafas rasanya. Geli betul hati saya.. Macam ade orang yang geletek-geletek pulak kat dalam tu


Boleh pulak dia jawab macam tu ek.. Aduh terkena pulak saya.. hiks





p/s : alahaiiiii sopannyeeee rasa guna gantidiri sebagai 'saya' ni.. tumpang laluuuuuu... LOL







^_^
mrs e

Salah Tanggapan

|
Selalu aku baca dalam blog-blog senior yang bagi tips untuk berblogging. Macamana nak naikkan rating, nak ramaikan readers.


Antara tips yang diberikan adalah :-
Upload sekeping dua gambar dalam setiap entri untuk memeriahkan lagi penceritaan.


Tapi, bagi aku (pendapat aku), fakta itu fakta yang salah. Memasukkan gambar ke dalam setiap entri yang dikarang aku kira boleh dianggap sebagai 'bonus' kepada pembaca. Just untuk pembaca dapatkan gambaran yang sebenar tentang cerita yang dicoretkan.



Pada aku, kalau sesebuah entri tu ditulis tanpa gambar pun boleh menarik ramai pembaca jika olahan ayat yang diterjemahkan membuat kita seronok untuk membaca. And we're still looking forward to read her/his blog more and more..



Kenapa aku berkata begini?



Sebenarnya dulu aku setuju dengan fakta yang dikeluarkan itu, TETAPI sekarang baru aku sedar yang itu semua tak perlu.  I just realized many blogs out there which is has no pictures in almost of their entries still have many readers and followers. More surprisingly, there's blogs that we don't know the owner personally at all. Eventhough we don't know who they are but all of their readers love to read their blogs.. (macamane la nak kenal kan, sebab satu gambar dia or orang terdekat/kesayangan dia pun takde dalam situ.. huhu)



Ade orang kata, takde kamera seseorang tu tak boleh jadi blogger yang  hebat sebab takde gambar dalam entri. Nah, bukti-bukti yang aku jumpe di atas menunjukkan semua itu salah tanggapan.



Kiranya, sume orang yang tau menggunakan komputer dan ade line internet boleh je berblogging ape... Hehe :)







^_^
mrs e
Thursday, October 14, 2010

Langit Tidak Sama Cerah

|
Ketika seseorang sedang bergembira, ada pula seseorang sedang berduka..

Ketika seseorang sedang menangis hiba, ada pula seseorang sedang bergelak ketawa

Ketika seseorang sedang dirundung duka, ada pula seseorang bersorak ria

Ketika seseorang sedang teruja menyambut kelahiran baru dalam keluarga, ada seseorang pula sedang meratapi kehilangan insan kesayangannya

Langit tidak sama cerah.
Di sini mendung, di sana hujan.
Begitulah kehidupan

Realiti..


Sent by naja via mobile

Feeling

|
Errr...

Tak tau nak coret ape sebenarnya but i still want to express n share my feelings here..

Still about blogging world on my mind..

Kenapa ye, kalau baca cerita-cerita dalam blog kadang-kadang perasaan kita ikut terusik sama? Macam seolah-olah kita turut sama dapat merasai ape yang penulisnya rasa.

Pada aku, blogger/penulis yang begini memang hebat, kerana dia bukan saja menyampaikan cerita, tapi seluruh perasaannya juga kepada pembaca.

Penulis yang menulis dengan jiwa, lebih dapat menyampaikan maksud yang ingin diceritakan dengan sungguh berkesan.

Tapi, tak semua penulis yang aku baca mampu berbuat begitu. Mungkin hanya 1/10, 1/100 ataupun 1/1000..

Even aku sendiri pun tak mampu tulis macam tu *sigh*



Sent by naja via mobile

Ada Apa Dengan Blog?

|
Aku berblog suke aje ikut mood. Suka-suka nak berblog, suka-suka tinggal blog bila mood bercerita aku merudum.



Asalnya, aku berblog sebab suka sangat baca aktiviti harian blogger-blogger senior dalam alam maya ni. Macam-macam cerita, macam-macam rasa. Cerita-cerita dioranglah yang membuatkan aku terpanggil untuk berblog juga. Macam jadikan sumber inspirasi untuk aku gitu.



Setiap orang berblog dengan cara dan cerita masing-masing. Ape yang berlaku pada diri sendiri dan sekeliling. Ada cerita pahit, masam, masin, ceria, gembira, suka, dan duka. Kadang-kadang yang kelat pun ada! :)



Sesetengah orang memang menjadikan blog sebagai wadah pengganti diari, tempat luahan hati yang tak mungkin dapat ditafsirkan oleh orang lain melainkan diri sendiri. Tempat untuk mengabadikan setiap momen sebagai kenangan di kemudian hari.



But, being me, tak semua yang berlaku pada diri aku mahupun disekelilingku dapat aku ceritakan di sini. Hanya cerita-cerita gembira jek yang boleh aku titipkan. Entah kenapa, semacam rasa tak selesa bila cerita-cerita air mata ataupun kecewa untuk aku kongsikan bersama (tapi ade la jugak yang not too seroius sadly [I think] that I've been sharing with uols, rite?) Therefore, I'll put it for myself as my secret. P & C lagik! HAHA



Tapi kan, walaupun aku macam tu, aku sukaaaa jek baca sume blog yang bercerita secara telus pahitmasinmasammanis kehidupan diorang, Aku memang betul-betul 'salute' dengan blogger yang sebegini sebab still boleh menaip di dalam gembira & duka.. Cayalah! Keep it up babe.



Till then..







mrs e
Wednesday, October 13, 2010

Berapa Kos Sebenarnya?

|
Since da ada kemudahan post entri ke blog thru hp, aku rajin la nak menerainya. Nak tau, setiap post dihantar camne, guna emel ngan guna MMS camne.

Pendek kata, memang aku nak explore habis-habisan lah..

Senang jugak untuk aku update blog tak kira masa, di mana jua..

So tadi malam aku sempat godek post entri ke blog via email jek. Nak sambung try yang guna SMS mata da ngantuk sudahhh...

Lunch hour tadi baru berkesempatan try post entri guna SMS. Memula anta tu, bila succes je terus cecepat aku cek baki. Holoholoholo... Anta satu gamba ngan sikit caption da kena cas rm 1.25. Agak mahal jugak la bagi aku. Yela, kalau jumlah tu aku guna untuk sms activ10 aku, da boleh dapat 125 sms dah. Da boleh sms sampai lebam!!

Then, baru kejap je ni tadi, aku sesaje cek lagi baki kredit aku (biasakla, orang yang pakai prepaid memang macam ni... Haha) tetiba aku tengok bakinya da lain pulak. Ni bermaksud MMS yang aku anta tadi tu cuma berharga rm 0.35.

Sekarang aku konpius!

*kalau ada typo error, sorila ye. Malas aku nak check balik guna hp ni...


Sent by naja via mobile

Nasi Sayur

|


Menu lunch ari ni. Tapi tak tau nape hilang selera. Tak habis -_-'

Cubaan Lagi

|
Tambah signature kat bawah.
Nak tengok ape jadi.

Sent by naja via mobile

Nak Try Je

|
Tak tau la nape. Setting MMS takleh guna lak ni.

Tukar setting kat hotlink servis, service currently not available plak..

Haihhh (-_-)"

Selamat Malam

|
Selamat malam semuaaaa

Tamatlah pembelajaran buat blog (untuk aku) dari hp ari ini

Udah penat deh mahu menggodek hp n lappy depan aku ni. Kang tak memasal kong balik bateri henpon aku yang baru dicas tadi.

K lah, da nantok. Nak tido.
Dadadididudu

Tembikai Laici

|


Cuaca panas btol malam ni. Saat ini, mr e da lenadiulitintan kat sebelah aku while aku sibuk menggodek blogger dan hp untuk relate kan mereka supaya senang aku berblog.



2-3 entri yang tak berlabel kat bawah ni aku post via emel mahupun mms. Senang banyak la boleh post entri guna hp je. Yang penting, ada line tenet. Tu aje

Eh, da melalut lak tercerita pasal lain. Padahal nak cakap pasal air tembikai laici ni aje :P


Sedap betol kalau dapat pekena tembikai laici malam-malam gini. Kat luar tu dah guruh-guruh je dari tadi, tu sebab rasa bahang kut

Aik, apekena lak aku malam ni ek. Tadi pasal ayam goreng, ni air tembikai laici pulak. Nafsu makan la pulak malam-malam cenggini kannnn.. Tu sume penyumbang kepada lemak-lemak kat badan tu.


Ihiks :)
Tuesday, October 12, 2010

Sedapnya Kalau Dapat Ni

|


Ni gambar makan McD masa kuar ari tu. Gambar lama sebenarnya nih.
Tadi tengok-tengok gambar dalam hp ni ternampak lak ayam ni.

Wowwwiiieee... Nampak sedap jek kan?
(Padahal perut penuh dah ni)
Nampak gambar ni boleh lak terliur lagi.

Tah bila lah gaknye baru dapat makan heh. Sini McD jauh-jauh la.

 Tsk. T___T



mrs e

Sajer Nak Test

|
Aku - baca buku atas katil

Mr e - dengar lagu sambil surf tenet

Itulah aktiviti malam ni. Langsung tak tengok tibi!

Friday, October 8, 2010

Kerna Ku Ada Kamu

|
^______________^


Ewah ewahhhh


Mood jiwang-jiwang pulak ari jumaat yang mulia ni kan..
*tau la malam tadi malam jumaat* ehehehe
tapi korang jangan nak pikir lain plak eks, tak baik ohhh..



Rasa dalam hati ade taman la pagi ni :P
Bukan selalu takde, tapi pagi ni terlebih gula-gula dalam hati kut.. tu yang rasa sweetttttt jek.. :)
bunga-bunga berkembangan, dan rama-rama pun berterbangan
Ecececececeh



Seronoknyaaaa kalau hari-hari dapat bersama ke sana-sini dengan si dia
Opss, ini tak termasuk g keje balik keje lunch sume yang sama-sama tu eh.. Taulah kitorang memang sama tempat keje, memang hari-hari bersama la kannnn ;)
Maksud kat sini ialah dapat bersama-sama di luar waktu keje, makan-makan, shopping-shopping dan ukur mall sana sini.. Bestttt nyerrr.. I likee..
Sampai penat lenguh-lenguh kaki ni sume haaa.. tapi sebab bersama si dia, sume tu diabaikan sajeeeee... hiks



Dua hari lepas, memang balik keje je kitorang keluar berdua. *Berdua lebih baik* katanyeee.. hihihihi
Jalan-jalan ukur mall, beli barang lite-lite, owh indahnyaaaa.. Sampaikan balik sampai umah da almost 1 am.. Dah le esoknyeee kejee tuuuu.. Tak penat lagi tuh, malam semalam pun kuar jugak lagi lepas keje..
Tapi malam semalam taklah balik lewat lagi kan.. Ajer boleh pengsan hari-hari balik lewat, dah le weekdays lak tuh.. Kena ade stamina jugak nak keje esoknya..



To tell u the truth, memang kitorang jarang keluar sampai lewat malam even dah 3++ tahun kahwin neh. Selalunya memang before 12 la dah sampai umah
*kata cinderella kannn*
kalau dengan famili ramai-ramai tu memang pernah lah, tapi berdua saje memang tak pernah. Baik kan?



So, bila pertama kali melepaks berdua ngan si dia sampai larut malam makan-makan n chitchat bersama, jadi satu momen paling indah pulak dalam lipatan kenangan..
Very precious time & sweet moments together..



Rasa nak ulang lagi saat itu..
Tapi takpe, pasti saat itu akan berulang lagi di masa hadapan kan yayang?
Kerna ku tahu ku ada kamu ♥



saaaaaayaaaangggg yayang manyak-manyak!





mrs e
Wednesday, October 6, 2010

Love In Paris

|
Love in Paris by Nina Ricci


tapi sebenarnya dibeli kat Amsterdam :P


Dapat gift ni dari sweet couple yang baru balik berhanimun nun jauhhhh di Itali.. Hehehe.. Guess who? Ofkoz Abang Zaki n Kak Cha lah.. :))


Diorang g ke sana minggu lepas, hanimun untuk seminggu. Fuiyooo, buat ai jeles jek tau bila tengok gambar-gambar diorang beromantika naik gondola di tengah-tengah kota Venice tu.. Besttt nyerrrr..


Seb baik lah diorang tak lupe ole-ole untuk aku. A million thanks to both of them :P. Ade 3 perfume dari berlainan brands sebenarnya diaorang belikan untuk aku, wawa & fifi sorang satu.
Satu perfume dari Versace, satu dari Burberry & satu lagi yang ini.


Lepas bau wangian nya satu-satu, aku pilih amik yang ini. Wawa amik Versace n fifi amik Burberry.


Tapi kan, boleh tak masa aku sakit kepala kelmarin aku rasa tak suka lak bau NR nih sebab baunya menambahkan sakit kepala aku? So, wat masa sekarang aku pakai Be Delicious jelah.. Huhu







mrs e

Berlibur Bersama Keluarga Adalah Saat Yang Membahagiakan *winkwink*

|
Ahad.


Mak aku teringin nak makan murtabak singapore. Ade satu kedai kat Tg Agas, memang terkenal dengan murtabak singaporenya.
Lepas Kak Yati n Abang Zaki balik umah masing-masing (diorang balik sebab ade kenduri tahlil untuk arwah abah malam ahadnya tuh), terus kitorang siap-siap nak gerak g makan murtabak.

da siap, tinggal nak gerak jew


Sekali sampai, katuppp daaaa... Sian mak, hajat nak makan murtabak tak sampai. Lenkali kita pegi lagi okey mak.. So, terus tukar menu, makan Pizza jek.
Tapi sebelum tu, kitorang pegi melencong ke tempat lain dulu. Tau kitorang g mana?



kita karokkkkk dulu.. ehehhehe :')


Kitorang g Giant, nak kara-ok dulu. Hihihihi.. Best betul mak ai sporting bangettt.. Wawa amik 8 lagu jek, sorang 2 lagu. Tapi sampai-sampai aku g memerut dulu.. Takut lak melontar-lontar suara nanti, suara tak keluar, lain pulak yang keluar :P



tekun ini budak tengok orang nyanyi
dengan dia pun bz bee nak nyanyi sama, siap dah tanggal puting tuu

californication dari mr handri :)

Mr e memula yang memalu, tapi tak berapa nak malu.. HAHAHAHA. Al-maklumlah, dia sorang kumbang di taman..*hihihi* Tapi dalam pada tu terlontar jugak suara macho-nya.. :P


Lepas habis mengasah bakat terendam, terus menuju ke PH. Dah keluar keringatpeluhpetani sume masa berkarok tadi, terus lapar. HIHI. :)


creamy carbonara for me.. tapi tak puas hati sebab servis macam hampeh

Beria nak makan jugak.. suapkan mushroom sup, senyap dia


Abis makan, g pulak ke Pagoh sebab nak anta fifi ke umah membenya nak together-gether diorang ke open houz. Dari situ, terus kitorang stret balik umah n sampai umah aku terus tido sampai petang.. Ohhh indahnyeeeeerrr...



otw ke pagoh







mrs e
Tuesday, October 5, 2010

Sakit Kepala Menyerang Lagi. Tsk :'(

|
Beginilah aku kalau waktu cuti solat. Mesti kena serangan sakit kepala. Bukan yang biasa-biasa, tapi yang teruk.
Rasa memang tak tergambar dengan kata-kata. Time tu, jantung berdegup kencang & nadi bergerak laju. Nafas rasa sempit, tersekat-sekat, tak cukup oksigen.
Tekak pulak rasa mual dan nak muntah. Perut ade angin. Semua bercampur aduk menjadi satu.


Kalau ade orang bila cuti solat, kena senggugut etc, tidak bagi aku. Lain orang, lain pembawakan dirinya kan?


Ketika sakit kepala macam ni, ape yang aku perlukan adelah berbaring dan bertenang, dan lagi bagus kalau aku dapat melelapkan mata barang sepicing dua.


Tapi, time waktu keje semalam, manalah aku boleh wat camtu.. (baring n bertenang). Aku paksa jugak diri siapkan keje-keje aku sementara tunggu waktu balik. Tapi aku tak boleh.
Semakin aku paksa, semakin tak keruan rasanya.
Kejap-kejap aku take-5 nak redakan sakit kepala tu. Tapi boleh ke boss aku kata muka aku macam nak tido? Dah le aku tengah menahan sakit, dia boleh lak cakap camtu. Sabo jela aku.. Hanya nama Allah jek yang tersebut di bibir.


Cukup time jek, terus balik. Dah tak boleh bertahan lagi. Thanks to Mr Hubby, yang sanggup tinggalkan keje-kejenya demi aku. Love u..♥


Sampai je umah, terus muntah-muntah. Aduh, sakit kepala aku makin teruk. Lepas keluar semua, terus aku berbaring je dalam bilik. Thanks again to Mr Hubby sebab biarkan ayang berehat.
Aku memang dah tak amik pusing hal sekeliling. Mr e buat ape pun aku tak tau.


Azan isya', aku gagahkan jugak diri bangun n mandi. Ohh, rupanya mr e g solat kat masjid. Walaupun masih sakit lagi kepala aku ni, fikirkan mr e belum makan malam, aku buat-buat cargas jugak. Sian diaaaa..


Siap makan n watkan air panas untuk mr e, terus aku masuk tido. Lepas tu dah tak sedar ape dah, sampai lah ke pagi tadi..


Korang ade ke yang kena macam aku ni kalau time cuti solat? Ke atau korang kena senggugut atau takde ape-ape langsung?















mrs e