kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, October 18, 2010

Apa Dibuat Di Hari Ahad

|
Sabtu malam ahad, emak saya da cakap supaya bangun awal esok pagi sebab nak ajak kitorang sarapan kat luar. Emak saya teringin nak cuba makan nasi dagang kat satu restoran kat BG tu nak tau sedap ke tak masakan dia.


Mula-mula saya cakap ok, tapi bila da bangun esok paginya terasa malas la pulak. Lepas solat subuh sambung tido balik. Zzzzzzz


Tup-tup pukul 8 camtu my hubby kejut tanya nak g ke tidak. Ikut hati memang la malasssss.. Tapi bila pikir-pikir balik, nilah aktiviti yang boleh wat together-gether ngan family, so i decided to follow them.


Sebelum breakfast, anta mak saya g checkup dulu kat klinik. Lepas tu baru g ke restoran nasi dagang. Dekat je pun sebenarnye. Selang beberapa unit kedai je dari klinik yang mak saya pegi tu.


Saya n mak saya makan nasi dagang. My hubby ngan wawa makan nasi lemak. Fifi lak makan nasi kerabu. Ok la saya rasa restoran ni. Harga pun berpatutan. Boleh datang lain kali.



Balik sampai umah tu mak saya ajak bergotong royong lak menyapu sampah kat laman rumah. Saje nak buat aktiviti bersama-sama dengan emak saya, saya pun setuju. My hubby, fifi n wawa takda, diorang g basuh keta.


Habis menyapu, saya terus masuk umah sebab nak siap-siap iron baju sume nak g kenduri kahwin. Mak pulak duduk berborak bawah pokok dengan makcik-makcik sebelah rumah. Tapi saya tak dapat lah join sebab takut nanti tak sempat nak ke kenduri kawin pulak. 2 tempat lak tuh.



Lepas je zohor, terus gerak ke Tangkak. Tak lama pun kat situ, lepas makan n salam-salam perantin terus caucincau. Nak rushing ke Segamat pulak. Tu pun sampai Segamat dah dekat pukul 3 petang dah. Pengantin pun dah makan berdamai... tskk


Balik dari umah penagntin, singgah umah my MIL. Lepak-lepak n baring-baring tengok tv citer sembilu kat TV3. Sempat jugak terlelap se-round dua.. Hihi


Lepas asar dalam pukul 6 gerak balik umah BG. Sampai umah dah maghrib. Itulah aktiviti ari ahad saya ^_^



Sent by naja via mobile

5 comments:

YanDarwisy said...

pernah terbabas lepas solt subuh sampai ke pukul 9. ader appoitment plak tu. menggelabah dibuatnya. nasik dagang, cam terliurr lah

ArELeEz said...

oo.. kat johor, panggil 'makan b'damai', ek? kat sini panggil 'makan b'adab'.

mrs e said...

YanDarwisy;
ngeeee~~ abis tu macamana? sempat tak attend appointment tuh? kalau naja mesti dah seriauuuuu gilerrr..huks

nasi dagang tu naja amik ikan tongkolnya aje.. acar n lain-lain naja taknak..sebab tu nampak banyak je lauk lain dalam pinggan tu.. hiks ;)


Areleez;
ha a, tapi ade gak orang cakap makan beradab. tapi rasanya dua-dua panggilan tu cam takde kena mengena kan ngan acara makan-makan tuh? hehe :D

sWeEtdARLiNG said...

fuuhhh satu nafas tulis satu hari punya cerita... hehehehehe


www.sw33tdarling.com

mrs e said...

sweetdarling;
ahahahaahaaaa.. fuh, semput nak tulis panjang berjela.. hik hik hik ;)