kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, October 21, 2010

Oo-Owwwww

|
Balik keje tadi tak dapat nak balik tajam-tajam (sharp on time). Kena siapkan keje dulu LOL.. Gitu gini lebih kurang pukul 6 gak baru balik. Saya balik dulu, my hubby balik lambat nak kena siapkan keje. Huks


Sampai je umah dah 6.30. Takde orang kat umah, sebab mak, wawa n fifi g Semenyih ari ni. Dioarang balik malam. So saya sorang-sorang aje.


Lapar gilerr ni, nak masak lauk ape-ape makanan dulu macam tak boleh tahan-tahan lak. Nak juga makan something.


Bukak fridge, ade keropok lekor  lagi satu bungkus yang mak saya beli ari tu  belum digoreng. Goreng dululah makan kopok lekor ngan air teh-o buat alas perut. Sambil tu saya kuarkan ayam dan rendam dalam air nak lembutkan dia. Cadangnya nak wat ayam masak sambal.


Siap minum n makan kopok, terus sediakan bahan-bahan nak masak ayam tu, potong bawang, halia, bawang putih etc. Nasib baik lah jugak dah ade cili blend dalam fridge yang mak saya simpan. Sudah jimat masa di situ.


Masa tengah goreng ayam tu, dah masuk waktu maghrib. Siapkan jugak sesi memasak ni, baru senang hati. Lepas masak, tengok-tengok jam dah dekat pukul 8. Kalau saya nak mandi dulu, ade yang terbabas maghrib bawak ke isya' ni kang. Jadinya, saya decide solat maghrib dahulu kemudian baru mandi.



Setiap kali mandi, memang saya akan niatkan mandi sunat. Contoh, macam tadi. Saya niatkan la saya mandi sunat malam jumaat. Macam terkena kejutan, jantung saya berdegup laju. Baru teringat malam ni malam jumaat? Dan saya keseorangan kat umah? Wuhoooooo, ketakutan dah datang dalam diri. Mula la fikir macam-macam. Aiseh


Cepat-cepat jek saya mandi. Terus naik ke bilik pakai baju n capai kunci keta. Nak g jemput my hubby. Takut beb nak duk lama sorang-sorang kat umah memalam jumaat ni.


Okay, memang lah takde ape-ape pun sebenarnya, tapi fikiran saya ni suke fikir yang bukan-bukan. Mulalah terimbas semua cerita-cerita yang pernah saya dengar. Haish!


Tapi sekarang da tak takut lagi.. Sebab dah ade suami saya menemani di sisi. Ngeee~~ =)


Okaylah, my hubby pun da siap solat tu. Nak siapkan dia makan. GTG. Buhbyeeeee






^_^
mrs e

0 comments: