kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, October 5, 2010

Sakit Kepala Menyerang Lagi. Tsk :'(

|
Beginilah aku kalau waktu cuti solat. Mesti kena serangan sakit kepala. Bukan yang biasa-biasa, tapi yang teruk.
Rasa memang tak tergambar dengan kata-kata. Time tu, jantung berdegup kencang & nadi bergerak laju. Nafas rasa sempit, tersekat-sekat, tak cukup oksigen.
Tekak pulak rasa mual dan nak muntah. Perut ade angin. Semua bercampur aduk menjadi satu.


Kalau ade orang bila cuti solat, kena senggugut etc, tidak bagi aku. Lain orang, lain pembawakan dirinya kan?


Ketika sakit kepala macam ni, ape yang aku perlukan adelah berbaring dan bertenang, dan lagi bagus kalau aku dapat melelapkan mata barang sepicing dua.


Tapi, time waktu keje semalam, manalah aku boleh wat camtu.. (baring n bertenang). Aku paksa jugak diri siapkan keje-keje aku sementara tunggu waktu balik. Tapi aku tak boleh.
Semakin aku paksa, semakin tak keruan rasanya.
Kejap-kejap aku take-5 nak redakan sakit kepala tu. Tapi boleh ke boss aku kata muka aku macam nak tido? Dah le aku tengah menahan sakit, dia boleh lak cakap camtu. Sabo jela aku.. Hanya nama Allah jek yang tersebut di bibir.


Cukup time jek, terus balik. Dah tak boleh bertahan lagi. Thanks to Mr Hubby, yang sanggup tinggalkan keje-kejenya demi aku. Love u..♥


Sampai je umah, terus muntah-muntah. Aduh, sakit kepala aku makin teruk. Lepas keluar semua, terus aku berbaring je dalam bilik. Thanks again to Mr Hubby sebab biarkan ayang berehat.
Aku memang dah tak amik pusing hal sekeliling. Mr e buat ape pun aku tak tau.


Azan isya', aku gagahkan jugak diri bangun n mandi. Ohh, rupanya mr e g solat kat masjid. Walaupun masih sakit lagi kepala aku ni, fikirkan mr e belum makan malam, aku buat-buat cargas jugak. Sian diaaaa..


Siap makan n watkan air panas untuk mr e, terus aku masuk tido. Lepas tu dah tak sedar ape dah, sampai lah ke pagi tadi..


Korang ade ke yang kena macam aku ni kalau time cuti solat? Ke atau korang kena senggugut atau takde ape-ape langsung?















mrs e

0 comments: