kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, October 15, 2010

Terkena. Errr...

|
Dulu...


"Abang jangan susah hati, nanti Ayang pun susah hati..."


"Abang jangan sedih, nanti Ayang pun ikut sedih.."



Itulah kata-kata yang selalu saya titipkan waktu ber sms-sms ngan my hubby. Itulah kata-kata yang saya gunakan untuk meredakan perasaan dia kalau ade sesuatu perkara yang merunsingkan dia atau pun membuatkannya tak sedap hati. Waktu tu zaman ber'kawan-kawan' kan.. apelah lagi yang boleh saya buat untuk naikkan semula semangat dia.. :)


Past few days..


Saya bangun tidur dengan betul-betul takde mood. Mungkin sebab sekarang saya tak cukup tidur atau saya tak cukup rehat.  Kebelakangan ni memang saya tidur agak lewat. Dalam pukul 1 pagi baru saya lelapkan kelopak mata. Nampak je saya masuk bilik awal, tapi tah kenapa la diri saya ni degil sangat nak tidur walaupun mata dah mengantuk. Tahapa-apatah yang saya buat, baca novel la, surf tenet la sehingga la ke pukul 1 pagi tu.


Padahnya pagi tu memang mood ke laut. Nak bercakap pun rasa takde hati jek. My hubby pun faham, then ingatkan sekejap jela kan bad mood saya tu. Sekali tak ok jugak sampai la ke petang. Sampai la waktu balik keje. (mungkin bertambah-tambah lagi bad mood saya tu dengan stress keje.. kut la..)


My hubby ni memang suke berborak-borak dalam kereta. Balik keje tu dia cerita-cerita la macam biasa. Memula tu dia tak perasan mood saya tak ok lagi. Ceria jek dia bercakap. Saya layan lah jugak kan walaupun malas nak bukak mulut sebenarnya. Layan gitu-gitu aje.


Tiba-tiba lepas dia bercakap-cakap tu dia diam. Saya pun diam jelah kan. Sebab saya lebih suka layan mood saya ni. So all the way nak sampai ke rumah tu senyap sunyi jelah. Oh, tak pasti pulak radio terpasang ke tidak. Tapi saya tau, dia diam sebab dia bad mood. Bad mood yang disebabkan oleh saya yang bad mood. Get it? HAHA


Satu perangai my hubby, dia memang tak suke tengok saya tak ceria. Seboleh mungkin dia mesti nak buat saya happy.  Sampai rumah pun saya masih tak bersuara. Senyap sunyi. Buat hal sendiri ape-ape yang perlu (maksudnya saya g solat, g mandi etc). Tapi dia pun diam je lagi (?)



He really doesn't like this situation. I know he hates it. Dia takleh lama-lama nak berdiam dengan saya, tak dengar suara saya. So, dia pun mulalah buat lawak-lawak ngan saya. Memula tu saya tahan jugak, sebab masih lum ade mood nak bergelak ketawa. Tapi bila dah dua tiga kali dia buat lawak, pecah berderai jugak ketawa saya.


Bukan ketawa sikit-sikit ok. Ketawa terbahak-bahak. Dan dia pun join sama-sama ketawa saya tuh. Hihihahahahuhu



Dalam sisa ketawa yang masih ade, saya tanyelah dia. Kenapa dia nak ikut-ikut saya bad mood jugak, sedangkan yang bad mood nye saya, bukan dia..


Tau dia jawab ape?



"Kan ayang pernah cakap kat abang dulu, jangan sedih-sedih.. nanti kalau abang sedih, ayang pun ikut sedih.. "


"So?"


"So ini macam tulah jugak..  ayang takleh la bad mood.. kalau ayang bad mood, abang pun ikut bad mood jugaklah..HAHAHAHA"



Saya yang dengar lagi lah sambung ketawa saya tadi. Kali ni lagi lama. Sampai tak terambil nafas rasanya. Geli betul hati saya.. Macam ade orang yang geletek-geletek pulak kat dalam tu


Boleh pulak dia jawab macam tu ek.. Aduh terkena pulak saya.. hiks





p/s : alahaiiiii sopannyeeee rasa guna gantidiri sebagai 'saya' ni.. tumpang laluuuuuu... LOL







^_^
mrs e

2 comments:

YanDarwisy said...

Ha..ha..ha...comellah kamu ni.
Ganti diri nama "saya" cam tertip plak

sWeEtdARLiNG said...

hehehe.. so romantic... kalau laki aku, setitik perkataan pun dia tak ingat...

www.sw33tdarling.com