kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, November 30, 2010

Hanya Allah Yang Tahu

|
Aku suka bloghopping blog-blog yang baru nak berjinak-jinak dalam kehidupan blogger ni.
Tak kiralah yang tegar atau tak.
Yang selalu update atau tidak.




Entah kenapa, baru-baru ini aku terbaca blog seseorang.
Seseorang yang aku kenal, agak lama juga. Dan adelah sedikittttttt rentetan-rentetan kisah diri aku yang secara tak langsung (atau langsung?) dia terlibat sama.  Samada dia saja-saja mahu terlibat atau tidak sengaja, aku tidak pasti.



Tapi aku tidak ambil kisah itu semua. Aku memandang perhubungan ini (aku dan dia) dari sudut yang positif.
Jauh sekali mahu bermasam muka dan berburuk sangka terhadapnya.
Walaupun ape yang pernah berlaku dulu tetap terlipat kemas dalam lipatan memori aku.
But, past is past, isn't it?



Sungguhpun begitu, aku tak pasti apa yang tersemat dalam hatinya.
Rambut sungguh sama hitam (even sekarang dah ade boleh blonde bermacam-macam warna kannn), tapi hati lain-lain
Aku pun tidak tahu andai dia mempunyai sesuatu niat yang tidak baik terhadapku
Apa yang pasti, ketika kami masih sama-sama mencari rezeki di bawah satu bumbung, dia memang memperlihatkan kecemburuannya terhadap ape yang aku ada
Apa yang aku miliki, seboleh mungkin dia miliki
Dan kalau boleh, dia sedaya upaya ingin mengatasi apa saja yang aku ada
Sungguh, nampak jelas dan nyata disitu
Bukan aku sahaja yang terperasan akannya, tapi ramai kawan-kawan di sekelilingku juga
Pun, aku tidak pernah ambil pusing kerana pada aku, selagi dia mampu meng'ada'kannya, apa salahnya
Poket masing-masing. Kalau rabak pun, poketnya sendiri yang rabak.
Ikut suka hati dialah :)



Entri yang terbaru dalam blognya tentang kehidupan seseorang yang dia kenal.
Dalam entri itu antara lain mengatakan bahawa dia cukup meluat dan menyampah dengan 'seseorang' yang suka menunjuk-nunjuk, riak menayangkan harta benda di dalam blog tetapi malangnya MASIH BELUM DIKURNIAKAN ANAK.
Kiranya dia amat berbangga kerana dia sudah mempunyai anak tetapi orang yang dimaksudkan itu belum mempunyai zuriat walau seorang pun.
Bermaksud, dia dapat mengatasi dari satu segi (anak) dengan orang yang dimaksudkan itu.
Dan lagi dia menyebut, dia tidak hairan dengan segala harta benda dan kemewahan kerana itu semua boleh dibeli dengan duit, semua orang ada duit dan boleh beli apa sahaja dengannya tetapi tidak ANAK.
Tidak kiralah entri itu ditujukan kepada siapa, tetapi aku rasa terpalit sama.



Untuk itu, aku berasa terpanggil membuat entri ini.



Ingin aku TERANGKAN dan TEGASKAN di sini :


I
Pertama-tamanya, aku berblog bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk merasa riak. Nauzubillah. Aku berblog sebagai kenangan untuk diri aku sendiri. Sebagai journal rujukan di masa hadapan. Setiap kenangan itu amat berharga. Andai ditakdirkan aku terlupa masa silamku, dengan blog inilah aku mengingatkan semula ape yang pernah aku lalui (walaupun tidak semua perjalanan hidupku diabadikan di sini)

II
Jika ada sesuatu yang aku pamerkan di dalam blog, percayalah, itu hanya untuk catatan peribadi. Kepuasan diri sendiri dengan tahap-tahap pencapaian yang aku telah miliki. Sebagai inspirasi untuk aku maju dan terus maju ke hadapan. Contohnya, apabila aku membeli sesuatu dengan menggunakan hasil berblog Nuffnang, itu semua sebagai pembakar semangat untuk aku terus berblog dan juga pembakar semangat rakan-rakan lain supaya kita berusaha untuk memiliki apa yang kita hajati. Aku juga sangat pasti, rakan-rakan lain pun pastinya tiada niat untuk menunjuk hasil belian, hasil pencapaian di dalam blog, kan? Kita cuma mahu bergembira bersama, kongsi kegembiraan dengan rakan-rakan yang lain bukan?

III
Dia sedia maklum, bahawa anak tidak boleh dijual beli. Tidak sama sekali anak itu boleh dibeli dengan duit jika ingin memiliki anak dari darah daging sendiri. Kalau begitu, dia sepatutnya tahu anak itu anugerah Allah yang tidak terperi terhadap hamba-hambaNya. Hanya dengan izin Allah sahaja seseorang itu dianugerahi cahayamata. Jika rezeki cepat, cepatlah dapatnya. Jika lambat, maka kita harus bersabar dan terus berdoa kepadaNya selain berusaha dan bertawakkal. Kenapa dia pula seperti seorang peguamcara yang mahu mempersoalkan itu ini jika seseorang itu belum dianugerahi zuriat?

IV  
Ujian Allah terhadap hambaNya didatangkan dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin ujian untuk aku adalah lambat untuk mendapatkan zuriat. Tetapi ujian untuk dia lain pula halnya. Juga, dia jangan riak kerana sudah memperolehi cahayamata. Dunia ini dan kita semua hanyalah pinjaman. Sekelip mata Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNya. Ingat itu. Aku cukup tahu semua kisah-kisah dia kerana suaminya seseorang yang aku kenal. Tentang keperitan hidupnya dan sebagainya. Cukuplah. Tidak perlu aku ceritakan segala kesusahan dia kerana aku tidak mahu membuka aibnya.



    Rasanya aku perlu berhenti di sini.
    Aku tidak mahu terus-terus menulis berlandaskan emosi.
    Takut terkeluar dari landasan nanti.









    -_-
    mrs e
    Monday, November 29, 2010

    Gambar Makanan

    |
    Okay, seperti yang dijanjikan... eceh!
    Ari tu tak masuk gambar makanan kannnn


    Ni ai tempek untuk tatapan :)

    tomyam campur yang tak berapa nak kick tuh

    kupang rebus yang manis cicah kuah kicap limau.. yummmmy

    kailan ikan masin.. sedapnyerrr

    udang sambal yang nyum nyummmmmm..

    Gambar-gambar lain tak sempat amik. Bila sampai jek siakap  terus ngapngapngap aje..
    Kata dah lapar kannnn
    Makan harus diutamakan dari ambil gambar.. Muehehehe
    :D


    Diakhiri gambar birthday mom n budak tecit neh


    suh mak senyum tapi da ter snap masa mak tak ready.. huhu

    kemana saje mesti nak bawak eeyore busyuk dia tuh.. :P


    Owh, dan lunch esoknya aku makan ini..
    Saje nak bagi korang terliur..


    nasi beriani ayam madu.. lazatttt



    p/s : demmit, aku kuarkan entri ni aku sendiri yang terliur bila tengok gambar-gambarnya.. Adekah korang pun terliur sama? HAHA








    :P
    mrs e
    Saturday, November 27, 2010

    Walla!

    |
    Uishhhh.. gempakk..
    Tralalawalalalala betullah!
    Tak caya?
    Tengok sendiri

    >
    >>



    Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch




    berbaloi-baloiiii
    sementara stok masih adeeee..


    hurry!!






    ^_________^
    mrs e

    Thursday, November 25, 2010

    Cerita Dulu, Gambar Kemudian

    |
    Hehehehe..
    Sori lah, Mak Andeh (aku la sapee lagi :P) ni terlupa lak nak bawak kabel henfon
    So tak dapek la nak transfer n upload gambar kat sini


    Takpe, tu kendian tepek la yerr


    Sempena hari ulangtahun kelahiran mak aku semalam, wawa ajak makan luar. Dia belanja.
    ^_^
    Siap dah pesan awal-awal kat aku n mr e suh balik cepat, sebab nak kuar terus lepas maghrib.
    Ok, roger. Kitorang balik awal la semalam.


    Plan memula tu nak g makan dekat-dekat jek, sekankang kuceng jek dari umah.. Ade la 5-6 minit gitu perjalanan naik keta. Haaa dekat tak dekat lah kan.
    Sekali boleh tak kedai tu katup? Aduh, hancusss plan.
    Try kedai yang kedua, kira option lah ni. Ni pun adik beradik jek owner nya ngan kedai memula tadi. Cuma lebih jauh la dari umah aku. Tambah 5 minit lagi perjalanan camtu.


    Tengok-tengok, katup jugakkkkk daaaaaa
    Ni mesti diorang awe-awe kelate ni tak balik dari kampung lagik bercuti raya haji ari tu.
    Tak dapatlah aku nak hirup-hirup kuah tomyam dia yang sedap tu *gulp*


    Another choice, fifi ajak makan sate perut.
    Tak bertuah betul la semalam, sate perut pulak takdeee...Huhuhuhu


    Last choice, kitorang g makan ke Sabak Awor.
    Haaaaaa... hambekkkkk.. dari nak makan dekat-dekat je  ngan umah, terus jauhhhhh... HAHAHA
    Kat bandar Muo sana peginya.. lalalalala~


    Itu jek yang sempat terfikir. Maklumlah, masing-masing lapar, takleh nak recall balik memana tempat makan yang sedap-sedap.
    Pun nasib baik aku pakai lawooo sket (ceh bajet arrr tuh)
    Sampai ke bando ghupanya kiter :)


    Sampai jek terus order-order.
    Cari tempat yang best, yang ramai orang, tapi servis punyaaaa lah lambatttt.. Haish!
    Order air kosong dibaginya air batu kosong
    Order air suam kosong, sampai kesudah tak dapatttt..


    Btw, makanan yang di order adalah sotong goreng tepung (tepungnya sedap!), siakap 3 rasa (kuahnya besttt), kailan ikan masin (licin pinggan ok!), udang sambal (lazat), kupang rebus (rasa manis sebab segar) dan tomyam campur (oh yang ni tak kick langsung, hampeh).


    After all, bolehlah makan kat situ. Dalam pada cakap 'bolehlah' aje tu, sume licin kitorang bedal! HAHAHA
    Sampai buncet-buncet perut hamba yang dah sedia membuncet nih.. :D


    Sampai umah, mata dah takleh tahan-tahan dah ngantok. Perut kenyang, mata pun nak lelap aje.
    Bangun pagi ni pun rasa mengantuk yang amat n lesu badan.
    Eh, kalau makan terlampau kenyang memang gitu eh?
    Korang penah tak jadi macam aku?








    :))
    mrs e
    Wednesday, November 24, 2010

    Selamat Hari Ulangtahun♥

    |

    Selamat Hari Ulangtahun kelahiran, emakku sayang♥
    ima berdoa semoga emak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
    diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu
    ima doakan supaya emak ceria sentiasa dan bergembira bersama kami anak-anak,
    menantu-menantu dan cucu-cucu
    takde hadiah dalam dunia ni yang setanding dengan segala jasa emak melahirkan,
    jerih perih membesarkan kami semua
    semua tu tak cukup terbalas walaupun diberikan segunung intan kat emak sebagai hadiah



    ima berharap dapat menabur bakti dan membalas segala susah payah emak membesarkan ima selama ini
    walaupun ima pasti, sangat-sangat pasti apa yang ima cuba berikan tu hanyalah bagai sebutir pasir di tepian pantai kalau nak dibandingkan pengorbanan emak
    i promise u to do my best



    selamat hari ulangtahun emak
    ima l♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ve emak banyak-banyak
    u're the greatest mom i ever had



    *hadiah postpone awal bulan depan eh mak, belum gaji.. maklumlah, ima bukan keje kerajaan* - tulisan harus kecik-kecik supaya korang tak nampak kehkehkeh LOL








    l♥ts ♥f l♥ve;
    ima
    Tuesday, November 23, 2010

    Plan Yang Tak Menjadi

    |
    HihiHaha


    :))



    well,  semalam kan johor cuti umum sempena keputeraan sultan johor kannn *ampun tuanku*



    Pastu aku ada tulis status kat fesbuk cakap nak jalan-jalan ukur melaka. Sape yang jadik fren aku memang leh baca la status tu...



    Guess what? Kitorang tak pegi ponnnnnnnnnnn.. HAHAHAHA



    Memula tu memang la da siap-siap nak pegi. Dak Dina pun dah siap pakai baju dah. Fifi pun dah siap-siap mandi dah. Mak aku pun dah tinggal nak pakai bajuuuuuuu jek.



    Sekali, wawa kata taknak pegi.
    Pasrah jelah, nak pegi tanpa wawa, dia taknak g takkan nak paksa-paksa pulak kan.



    Tetiba aku lak dapat mesej dari en suami, katanya nak balik keje tengahari, ½ day. Oh ye, en suami keje sebab kastemer luar dari johor kan keje, so tak patlah nak bercoti-coti bersama.
    Aku ni, bila dapat je mesej dari dia, terus rasa tak sedap hati nak pegi. Yela, kang mr e balik umah takde orang, kesian lak dia duk umah sorang-sorang.



    So, aku pun taknak pegi.
    Bila aku cakap taknak pegi, mak aku kata dah semua tak payah pegi. Pulak??



    Tapi sebenarnya bukan la disebabkan aku kut sume tak jadi pegi. Kan pagi semalam cuaca mendungggg aje.
    Gelap sangat, macam nak hujan lebat.
    So, kalau dah hujan, aktiviti nak berjalan-jalan pun terbatas la kan. Lagi pulak aku baca status kawan-kawan kat fesbuk kata sana-sini mendung juga.
    Tu yang kensel nak pegi tu. Kalau pegi jugak, camne lak kan nak naik Menara Taming Sari, Malacca River Cruise semua kalau ari ujan?
    Langsung tak best! Tak nampak segala pemandangan..



    So, semalam kitorang round-round melaka atas katil aje.
    Hujan lak tuh, syok tido!!!
    HAHAHAHA
    :D





    P/s : Jalan-jalan melaka akan di postponed ke waktu yang belum ditentukan. Kena jugak ganti hari lain, sebab tak pueh hati selagi tak pat naik Menara Taming Sari & Malacca River Cruise

    P/s I : Aku ni kejap guna gantidiri aku, kejap saya. Tapi ade orang yang dah biasa baca blog aku, biasa aku gantidiri dengan 'aku', so dia kata tak best bila aku tukar kepada saya.. Baiklah, baiklah










    :))
    mrs e
    Friday, November 19, 2010

    Hati Merisau *Huks

    |
    Haish.



    Hati sangat risauuuuuuuuuuuuuuu



    Lately, makin banyak mencanak-canak lak jeghawat tumbuh kat muka saya nih. Memula tu biasa la kan, waktu nak PMS memang le biasa tumbuh seketoi dua. Itu normal



    Nothing to worry.



    Tapi, lepas dari waktu PMS tu pun, makin galak pulak naik sume macam cendawan tumbuh. Ape kes?



    Ape yang tak kena ni ek? Saya ada salah makan ape-ape ke? Kut-kut la kan, terlebih makan kacang masa raya ari tu.. Huhuhu



    Ari tu naik seketul kat pipi kanan. Oklah, seketul jek pun kan.. tak kesah la, nak kuarkan bendasing kotor dalam badan kut.



    Alih-alih, petang semalam masa nak sujud, toinkkkkk, adeh, rasa saket pulak dekat dahi. Aiseh, seketoi lagi nak tumbuh. Dah lama dah takde jeghawat kat dahi tawww.. Last jeghawat berani bertempek kat situ, masa saya skola-skola menengah dulu. Tsk. Dahle 2 ketui dah tumbuh kat dagu. Tensiiii betullll.. Huks



    So sekarang, hati sedang merisau. Terfikir-fikir ape yang tak kena. Nak kata bedak mekap sume tak serasi, sume pun benda sama jek yang saya pakai dari dulu. Nak kata makanan punya pasal, sejak dulu pun takde alahan makanan kena kat muka saya ni.



    Otherwise, mungkin sebab 'sesuatu' tu. Saya baru teringat pagi tadi. Saya agak jela kan. Mungkin betul, mungkin tidak. Kita tengok jela nanti....








    -_-"
    mrs e
    Thursday, November 18, 2010

    Lagi Gambar Korban

    |
    Ini first time saya tengok orang buat proses korban dari awal hingga akhir sepenuhnya.
    Dulu masa kecik-kecik masa arwah abah saya wat korban, tak berani tengok dekat-dekat.
    Usha-usha dari jauh jek :P


    Dah besar gabak ni lah baru berani.. ehehehe
    Susah jugak sebenarnya nak sembelih lembu ni kan
    Da tengok depan mata baru tau :)


    Oklah, jom tengok gambar
    Lets the pictures do the story..


    betulkan kedudukan lembu tu untuk memudahkan proses penyembelihan


    dah disembelih


    proses melapah


    gantung dekat pokok supaya mudah nak dihiris dagingnya


    tulang selangka.. sedap wat sup :P


    proses pembahagian daging-daging


    Daging-daging korban dibahagikan sama rata untuk penduduk kampung
    Sikit sama dirasa lah kannnnn







    ^_^
    mrs e
    Wednesday, November 17, 2010

    Mael Yang Garang (Tapi Nama Comel :P)

    |


    Ini adalah Mael
    Seekor lembu yang garang.. Memang betul-betul garang, bila ada sesiapa yang datang dekat, ia dah mendengus-dengus dan kuis-kuis kaki ia macam nak menyerang
    Takut oooo


    Sebenarnya kakak, abang n adik saya nak korbankan Mael ni pada hari raya korban hari ini
    Kat kampung saya, ade dua keluarga yang korban lembu, dan Mael dapat giliran yang kedua
    Sekarang ni, oarang kampung tengah sembelih lembu yang pertama
    Nasib la kau Mael, kira tak la berdebar sangat sebab bukan dapat giliran yang pertama eceh (e eh, da macam nak kena tunggu giliran untuk oral lisan SPM pulak kekdahnya nak berdebar-debar bagai kan.. Bwahahahaha :D)




    Oh ya, macamana dapat nama Mael?
    Si Fifi la tu yang namakan ia, sebab ikut dalam cite Upin Ipin
    Last-last lekat pulak dah nama tu

    Hahahahaha
    LOL


    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA











    ^_^
    mrs e
    Monday, November 15, 2010

    Makan Ramai-Ramai, Bayar Sorang-Sorang

    |
    ^____^




    wieeeeeee
    haruslah suka hati kan bila ade orang belanja
    =)

    first time pakai baju sama sebijik sejiban LOL


    Last saturday mr bosh ajak kitorang mamam kfc reramai
    inilah antara aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh pekerja-pekerja sekalian alam
    eheh, sape tak sukaaaaa kan kalau dapat belanja..
    memang ah dia tu kalao cakap tak suke.. :P

    kami bertiga saje perempuan dalam dept saya


    Kebetulan, kitorang semua pakai baju yang sama hari tu
    ehem, ni sume staff dept kitorang jek ngan staff admin sket yang dapat baju ni tau
    vangga tak vanggaaaa lah kan
    *walaupun memula nak pakai tu macam... ehmm tak macam pekerja b*ngla ke kaler dia nih.. hikhikhik*
    tapi bila dah pakai reramai tu jadi cun woooo
    i likeeeeee



    peace V


    mr bosh saya tu walaupun kalau start bukak mulut takleh nak stop sampaikan kadang-kadang ade yang tarik muka
    tapi saya salute bab yang satu ni
    dia memang pandai amik hati staff dia semula
    dah bagi ceramah cukup-cukup, pastu dia 'beli' hati staff dia balik
    yerla, kalau fikir-fikirkan tu betul sebenarnya sume yang dia cakap
    dia tegur pun pasal kerja kannnnn
    mana yang tak betul n tak kena tu haruslah dia nasihat kan
    cuma kadang-kadang kita jek yang emosional terlebih
    termasuk la saya.. HAHAHAHA :D





    Selalu la jugak dia belanja kitorang makan
    dalam sebulan mesti ade sekali
    part tu saya gerenti, bukan aje saya yang suke
    tapi kawan-kawan satu opis pun sukeeee jugaaaaaa...
    ngehngehngeh
    :')








    ^_^
    mrs e
    Saturday, November 13, 2010

    Jodoh Tak Panjang

    |
    Sedih wooo.. Tsk T_______T
    Sandal ni baru je saya beli jumaat yang lepas, masa cuti Deepavali tu
    Saje jek beli sebagai ganti-ganti sandal nak pegi keje





    Tapi jodoh tak panjang,
    Tak sampai seminggu pakai dah terkopak dua.. Snobssss
    Uwaaaaa


    Ari rabu masa singgah hypermarket lepas balik keje rasa takde terpijak sesuatu yang boleh menyebabkan jadi begitu
    Alih-alih terkopak dua..


    Yanggggg.. 
    jom p beli sandal lagi
    ^_^







    mrs e
    Friday, November 12, 2010

    UPSR 2010

    |
    Di suatu tengahari, semalam...



    Apir dapat berapa?~1.04 pm

    Eh...eh...eh....shima ku syang...... apir kan thun dpan 2011~1.09 pm

    Hahaha. Igtkan da upsr. Muahahaha~1.09 pm

    Cik shima nie . . wt lwk plak larh . .~1.12 pm




    Hihihaha.. Aje takleh pakai btol mak sedara macam saya ni. Anak buah amik peksa pun tak tau bila.. kui kui kui


    Tolonglah jangan salahkan mak sedara yang belum mengandung (instead of peribahasa 'bukan salah ibu mengandung'),
    Ate nyerr yo anak buah dah ramai, dah tak dapat nak catch-up umur masing-masing..


    Lagi satu, mak sedaranya ni terlebih excited pun iye juga bila tengok orang len post result UPSR anak/anak² buah diorang dalam FB tu.. HAHAHAHA













    =P
    mrs e

    Jurulatih Baru Saya :P

    |

    Ehem-ehem
    Alhamdulillahhh.. syukran
    Bertambah koleksi 'jurulatih'
    Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung
    Ade rezeki, boleh beli lain lagiiii
    *wahhhh banyak duit ko nak beli lagi.. makan tahun le jawabnye nak kumpul duhet.. kuikuikui :P*







    ^_^
    mrs e
    Wednesday, November 10, 2010

    Let's Go To The Zoo, Bergembira Di Situ :)

    |
    Ini cerita masa Public Holiday Deepavali. Punyalah lama kan baru nak citer. Yerla, tulis blog ni bukan leh simply-simply tulis aje. Kena tulis dari hati, baru la bestttt penceritaan dan olahannyeee, tak gitu? ehehehe :P


    Before nih memang la si fifi dah cakap nak ajak Dina g zoo. Tapi cakap ajelah, peginya tak tau bile. So, ade cuti cam gini baru best nak g. Orang pun ramai kat zoo tu. Baru la meriah :)


    Tapi sebab utamanya, mestila dia nak mama ngan babah dina ni pegi sekali.. kan kan kan *adik, baik ngaku cepat*


    ^_^


    So, hari tu kitorang pegi bertujuh. Dengan mak, wawa n kiah sekali. Pegi 2 kereta, diorang yang lain gerak dulu while saya n hubby ke pasarlambak BG dulu.


    Sampai zoo dalam pukul 11.30 macam tu. Ingatkan diorang yang lain dah dekat ceruk mana dalam zoo, sekali diorang pun baru beli tiket daaa.. Taklah jauh sangat gap dengan kitorang yang dah menyinggah-nyinggah ni.. Ihiks








    Ramai betul orang yang bercuti ke sini, terutamanya bebudak skola lah kann.. Ade jugak pelancong dari luar. Soooo happening..




    Oh ya, harga tiket untuk dewasa hanya RM 7 sahaja. Untuk kanak-kanak tak perasan pulak. ehhe


    So, berjalan la kami dalam zoo tu. Humangaihhhh, punyela fenatttt saya.. huk huk huk. Tula, sape suh pakai kasut ade tumit kan. Fadan muke. HAHA. Tapi takpe, at least kira dapat bersenam la jugak bila berjalan keliling zoo tu dan terbakar-bakar kalori lemak sume.. Ngeeee~






    Ofcoz paling salute adalah mak saya. Tahan beb berjalan walaupun penat-penat nak abis satu round. Cayalah mak! *thumbs up*





     

    Paling tersuka tentulah dina. Lagi-lagi bila babah dia angkat, dukung n terbang-terbangkan dia. Suara dia aje la dalam tu. Menjerit-jerit gembira kemain. Seronok betul dia :D








    Penat dah habis round zoo, terus kuar p JJBM. Makan kat Pizza Hut sebab mak suke makan pizza. While menanti order sampai, sempatlah my hubby p solat.








    Abis makan, say bye-bye kat diorang, n saya ngan hubby meronda la kejap dalam jusco tu. Window-window shopping katanyer..


    Lepas tu kuar JJBM nak ke Mahkota Parade dengan Pahlawan Mall, tapi boleh tak jalan nak ke sana tutup. Menjajar-jajar kitorang cari jalan lain nak ke sana, sampai tersesat-sesat kat tepi mana ni.


    Nice view, so turun keta amik gamba jap ;)






    Sekali bila pusing semula kat jalan yang lalu tadi, eh, dah bukak pulak. Apesal dia tutup tadi pun tak tau. Ade ape-ape la gaknye kut tadi, perarakan deepavali ke ape. I guess..


    Sampai MP, tujuan utama nak tengok movie. Laaaamaaa dah tak tengok movie berdua. Percaya tak, baru sekali jek kitorang masuk panggung berdua, tu pun lepas berapa tahun kahwin.. HAHAHA. Kesian kan


    Memula ingat nak tengok Unstoppable. Sekali masa dia lak tak ngam. Next showing pukul 9.30 malam. Ishh.. takmola, nanti lewat sangat nak balik pulak kan. So nak tengok Takers je, tapi hubby tak konfiden cerita tu sedap ke tak. Saya pun cam ala-ala nak tengok citer tu atau tak. Last-last dah lama tercongok kat situ, decide tak nak tengok lah.


    Terus tuju ke Pahlawan Mall lak. Hubby masuk butik Nike n beli something kat situ. Since tak dapat tengok mpvie, ajak la hubby naik Menara Taming Sari. Sekali ramai lak yang beratur.


    Reverse planned. Kitorang naik beca jek. Satu beca RM 20 keliling dekat-dekat situ, dekat-dekat bangunan sejarah. Syok jugak naik beca, tapi paling kesian bila naik bukit. Punyalah abang beca tu mengayuh siap berdiri-diri kat basikal tu haaaa.. Hahahaaha


    Ape taknye, penunggang nye aje dah 50kg++ ngan 70kg++. Mau tak sepenuh kederat orang tu mengayuh. Hisk.  :')


    (Masa ni gambar dah takde dah, sebab bateri kamera dah kosong. Ade gak amik gambar guna kamera hp sebenarnya, tapi malas lak nak transfer)


    Suruh abang beca tu turunkan kitorang kat Malacca River Cruise, ingat nak naik la kan. Sekali, lagi panjang barisan beraturnyaaaa dari yang kat Menara Taming Sari tadi. Ramai rombongan bebudak sekolah jek. Nama pun kena kat hari cuti kan, memanglah ramai orang.


    Decide naik next time jelah. Badan dah penat, kaki pun dah lenguh-lenguh. End up kitorang terus balik umah.


    But we had so much fun all the day. Gembira bila dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kesayanganss :D







    mrs e
    Monday, November 8, 2010

    Kepada AWAK

    |
    Kenapa AWAK tak boleh tengok saya senang?


    Kenapa bila saya pakai baju baru AWAK akan tengok macam nak terkeluar biji mata belek dari hujung tudung sampai hujung kasut? Lepas tu boleh pulak AWAK datang dekat saya dan pegang-pegang baju saya? Tanya saya beli harga berapa, beli kat mana blablablabla semua? Saya SANGAT TAK SUKA okeh!


    VERY ANNOYING.


    Tak pernah pulak selama ini saya nak sibuk-sibuk hal AWAK. AWAK nak pakai baju baru ke, buruk ke, kasut tinggi ke, semua saya tak kisah dan tak pernah ambil tahu dan TAK PERNAH NAK AMBIL TAHU.



    Jadi, tolong jangan sibuk hal saya, BOLEH?








    :-/
    mrs e
    Friday, November 5, 2010

    Intro Deepavali

    |
    Pagi-pagi lagi dah kena kejut suh bangun n sarapan. Niat nak sambung tido sementara hari cuti & cuti solat terpaksa dikuburkan.

    Siap-siap lepas sarapan terus ke pasarlambak BG ada member kirim beli asam. Lepas tu terus straight ke melaka fifi nak bawak dina tengok binatang kat zoo. Diorang da tunggu kat sana ngan mak, wawa n kiah.

    Fuh penat giler meround satu zoo tu. Tapi takpe, at least lemak-lemak tepu telah terbakar sedikit. Hihihi.

    Keluar dari zoo, terus ke JJBM nak makan. Mak suka makan piza thai seafood, maka ke PH la kita.

    Abis makan diorang yang lain terus balik while my hubby n i ronda-ronda window shopping kejap.

    Now i tengah duduk berehat sebab kaki dah sakit sangat sementara my hubby naik ke 2nd floor. Tulah, da tau nak jalan sakan sape suruh pakai heels. Pandai kan?

    Will update later with full story n photos. Daaaa

    Sent by naja via mobile

    Thursday, November 4, 2010

    Kenapa Hari Ini Hari Khamis..?

    |
    ..bukan Jumaat? HAHAHAA.. dah tak sabar lorh saya mahu cuti. yieeehaaa.. mengalahkan orang yang nak raya pulak kan? :P


    Dugaan betul bila bangun pagi tadi, tengah nak siap-siap g keje, ujan pulak. Euwwww.. kan best kalo ari ni ari jumaat, boleh sambung tidooooooooo Zzzzzz. Cis!


    Terus rasa sentap-sentap malassssss nyerrrr nak g keje. Pulak tu boleh pulak kakak saya si wawa cakap ape barang g keje, sambung tido la ujan-ujan pagi ni.. syiokkkk.. sangat tak boleh blah. Taulah dia bercuti sakan sampai krismas nanti T___T Huks


    Btw, mood saya adelah agak happy pagi ni. Sebabnya, dalam pada kemalas-malasan nak g keje tu, sempat jugak saya menerai baju saya yang dah lama saya tak sarung kat badan.


    Baju tu baju 5 tahun dan 3 tahun yang lepas okeh!


    Baju 5 tahun tu adelah baju saya tunang n baju 3 tahun tu baju masa khatam al-Qur'an masa kahwin dulu. Really amazing n thanks to Allah sebab boleh pulak saya pakai semula pagi tadi.


    Ini bermakna badan saya dah makin mengecil dan kurus. EHEM ^_^


    Dulu takleh pakai bukan ape, biasalah kan, lepas kahwin jek badan pun naik sket walau tak mendadak. Sume baju-baju takleh nak sarung dah. Tsk. Senang hatilah katakan (konon) lepas kahwin tu. Tu yang badan pun takleh nak alter sana sini.. HAHAHAHA


    Makin kuat la nak keep solid terus macam ni.. Kalau tak macam model pun, at least dapat berat macam masa anak dara dulu pun OK =))


    So, cuti berturut 3 hari ni korang ke mana? Saya takde plan ape-ape lagi, cuma hubby ade kata nak keluar cari barang. Maybe pegi esok, maybe pegi sabtu. Tengoklah macamana dulu.


    Yang saya tahu, esok pagi saya nak g ke pasarlambak BG. Lama gilerrr dah tak jejak pasarlambak tu sampai naik rinduuuuuu.. Rindu nak bersesak-sesak dengan orang yang sibuk-sibuk nak beli lauk yadayada hahahaha. Then, petang sabtu lak hubby ajak balik kampung umah MIL. Balik sini semula hari ahad tengahari pulak.


    Till then, happy holiday & weekends uolsss~~





    ^_^
    mrs e
    Tuesday, November 2, 2010

    Surat.

    |
    Ke hadapan kekanda ku yang tersayang (yang kini sedang duduk membuat data di dalam komputer),



    Bilakah waktunya kita akan berangkat pulang?
    Adakah lama atau sebentar sahaja lagi?

    Tapi mengikut perkiraan kertas yang berhelai-helai di atas mejamu itu, ayang dapat rasakan, peluang untuk pulang dalam masa yang singkat ini adalah tipis T__T

    Kemungkinan ayang perlu menunggu setengah jam atau satu jam lagi mengikut kata-katamu tadi.. Kalau begitu, bermakna kita hanya akan pulang tika jarum jam mencecah ke pukul 7.30 malam jika kerjamu dapat diselesaikan dalam tempoh itu. Jika tidak, pada pukul 8 lah akhirnya baru kita meninggalkan kerusi dan meja yang sudah panas diduduki seawal jam 8 pagi tadi.. Hukhuk

    Ayang akan cuba bersabar untuk menanti sehingga kekanda dapat menyiapkan semua kerja. Walaupun hakikatnya punggung sudah terasa kebas-kebas dan bahu sudah lenguh-lenguh akibat duduk terlalu lama sepanjang hari, ayang tetap bersabar. (tapi balik nanti kekanda kenalah tolong picit-picitkan bahu ayang yang lenguh ni.. heheheheeeeee~ :P)


    Cepat-cepatlah kekanda membuat kerja itu kerana ayang sudah tidak sabar nak balik nieeee..!


    Sekian, ayang mengundur diri.




    Yang benar;
    Daripada isterimu (duduk kat table depan jek punnnnnnn) hehehehehe :D
    Monday, November 1, 2010

    Syukran Jazilan :)

    |
    Ini kali kedua saya cash out Nuffnang saya. Alhamdulillah.. walaupun taklah banyak seperti blogger-blogger otai yang lain, saya tetap bersyukur. Dapatlah juga saya rezeki dari berblogging ini.


    Mesti korang nak tau kan, dapat berapa? Banyak ke tidak? Biasalah, saya pun nak jadi kak nam jugak kalau korang dapat cek Nuffnang.. Hehehehe :P





    Tapi taknak lah saya reveal kan kat sini. Cukuplah sekadar saya nyatakan saya belum pernah lagi dapat cek 4 angka. Hanya setakat 3 angka je sepanjang saya berblogging ni.. Itu pun dah memadai.. Rezeki tu, rezekiiiiiiii.. Sape nak bagi saje-saje jek kannnn? At least, dapatlah juga saya beli sesuatu yang saya idam-idamkan.. Ngeeee~~


    Eh, nak tau tak ape saya beli? Betul ni nak tau?


    Betul ni nak kepochi? HA HA HA HA


    Okay, tengok kat bawah ni
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    jelas? nak dekat lagi? hehehehe
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    dapat teka ape dalamnye? hehehihihohohuhu
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    tat taraaaaaaaaaaaaaaaa.... 
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    =))





    alhamdulillahhh...








    ^_^
    mrs e