kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, November 25, 2010

Cerita Dulu, Gambar Kemudian

|
Hehehehe..
Sori lah, Mak Andeh (aku la sapee lagi :P) ni terlupa lak nak bawak kabel henfon
So tak dapek la nak transfer n upload gambar kat sini


Takpe, tu kendian tepek la yerr


Sempena hari ulangtahun kelahiran mak aku semalam, wawa ajak makan luar. Dia belanja.
^_^
Siap dah pesan awal-awal kat aku n mr e suh balik cepat, sebab nak kuar terus lepas maghrib.
Ok, roger. Kitorang balik awal la semalam.


Plan memula tu nak g makan dekat-dekat jek, sekankang kuceng jek dari umah.. Ade la 5-6 minit gitu perjalanan naik keta. Haaa dekat tak dekat lah kan.
Sekali boleh tak kedai tu katup? Aduh, hancusss plan.
Try kedai yang kedua, kira option lah ni. Ni pun adik beradik jek owner nya ngan kedai memula tadi. Cuma lebih jauh la dari umah aku. Tambah 5 minit lagi perjalanan camtu.


Tengok-tengok, katup jugakkkkk daaaaaa
Ni mesti diorang awe-awe kelate ni tak balik dari kampung lagik bercuti raya haji ari tu.
Tak dapatlah aku nak hirup-hirup kuah tomyam dia yang sedap tu *gulp*


Another choice, fifi ajak makan sate perut.
Tak bertuah betul la semalam, sate perut pulak takdeee...Huhuhuhu


Last choice, kitorang g makan ke Sabak Awor.
Haaaaaa... hambekkkkk.. dari nak makan dekat-dekat je  ngan umah, terus jauhhhhh... HAHAHA
Kat bandar Muo sana peginya.. lalalalala~


Itu jek yang sempat terfikir. Maklumlah, masing-masing lapar, takleh nak recall balik memana tempat makan yang sedap-sedap.
Pun nasib baik aku pakai lawooo sket (ceh bajet arrr tuh)
Sampai ke bando ghupanya kiter :)


Sampai jek terus order-order.
Cari tempat yang best, yang ramai orang, tapi servis punyaaaa lah lambatttt.. Haish!
Order air kosong dibaginya air batu kosong
Order air suam kosong, sampai kesudah tak dapatttt..


Btw, makanan yang di order adalah sotong goreng tepung (tepungnya sedap!), siakap 3 rasa (kuahnya besttt), kailan ikan masin (licin pinggan ok!), udang sambal (lazat), kupang rebus (rasa manis sebab segar) dan tomyam campur (oh yang ni tak kick langsung, hampeh).


After all, bolehlah makan kat situ. Dalam pada cakap 'bolehlah' aje tu, sume licin kitorang bedal! HAHAHA
Sampai buncet-buncet perut hamba yang dah sedia membuncet nih.. :D


Sampai umah, mata dah takleh tahan-tahan dah ngantok. Perut kenyang, mata pun nak lelap aje.
Bangun pagi ni pun rasa mengantuk yang amat n lesu badan.
Eh, kalau makan terlampau kenyang memang gitu eh?
Korang penah tak jadi macam aku?








:))
mrs e

2 comments:

Faizaharis2 said...

gambar pls..... hahaha.... selamat ulang tahun mak... :D

mrs e said...

faizah,
hehehe.. gambar esok ek ek ek :P

btw, tq dear♥