kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, November 30, 2010

Hanya Allah Yang Tahu

|
Aku suka bloghopping blog-blog yang baru nak berjinak-jinak dalam kehidupan blogger ni.
Tak kiralah yang tegar atau tak.
Yang selalu update atau tidak.




Entah kenapa, baru-baru ini aku terbaca blog seseorang.
Seseorang yang aku kenal, agak lama juga. Dan adelah sedikittttttt rentetan-rentetan kisah diri aku yang secara tak langsung (atau langsung?) dia terlibat sama.  Samada dia saja-saja mahu terlibat atau tidak sengaja, aku tidak pasti.



Tapi aku tidak ambil kisah itu semua. Aku memandang perhubungan ini (aku dan dia) dari sudut yang positif.
Jauh sekali mahu bermasam muka dan berburuk sangka terhadapnya.
Walaupun ape yang pernah berlaku dulu tetap terlipat kemas dalam lipatan memori aku.
But, past is past, isn't it?



Sungguhpun begitu, aku tak pasti apa yang tersemat dalam hatinya.
Rambut sungguh sama hitam (even sekarang dah ade boleh blonde bermacam-macam warna kannn), tapi hati lain-lain
Aku pun tidak tahu andai dia mempunyai sesuatu niat yang tidak baik terhadapku
Apa yang pasti, ketika kami masih sama-sama mencari rezeki di bawah satu bumbung, dia memang memperlihatkan kecemburuannya terhadap ape yang aku ada
Apa yang aku miliki, seboleh mungkin dia miliki
Dan kalau boleh, dia sedaya upaya ingin mengatasi apa saja yang aku ada
Sungguh, nampak jelas dan nyata disitu
Bukan aku sahaja yang terperasan akannya, tapi ramai kawan-kawan di sekelilingku juga
Pun, aku tidak pernah ambil pusing kerana pada aku, selagi dia mampu meng'ada'kannya, apa salahnya
Poket masing-masing. Kalau rabak pun, poketnya sendiri yang rabak.
Ikut suka hati dialah :)



Entri yang terbaru dalam blognya tentang kehidupan seseorang yang dia kenal.
Dalam entri itu antara lain mengatakan bahawa dia cukup meluat dan menyampah dengan 'seseorang' yang suka menunjuk-nunjuk, riak menayangkan harta benda di dalam blog tetapi malangnya MASIH BELUM DIKURNIAKAN ANAK.
Kiranya dia amat berbangga kerana dia sudah mempunyai anak tetapi orang yang dimaksudkan itu belum mempunyai zuriat walau seorang pun.
Bermaksud, dia dapat mengatasi dari satu segi (anak) dengan orang yang dimaksudkan itu.
Dan lagi dia menyebut, dia tidak hairan dengan segala harta benda dan kemewahan kerana itu semua boleh dibeli dengan duit, semua orang ada duit dan boleh beli apa sahaja dengannya tetapi tidak ANAK.
Tidak kiralah entri itu ditujukan kepada siapa, tetapi aku rasa terpalit sama.



Untuk itu, aku berasa terpanggil membuat entri ini.



Ingin aku TERANGKAN dan TEGASKAN di sini :


I
Pertama-tamanya, aku berblog bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk merasa riak. Nauzubillah. Aku berblog sebagai kenangan untuk diri aku sendiri. Sebagai journal rujukan di masa hadapan. Setiap kenangan itu amat berharga. Andai ditakdirkan aku terlupa masa silamku, dengan blog inilah aku mengingatkan semula ape yang pernah aku lalui (walaupun tidak semua perjalanan hidupku diabadikan di sini)

II
Jika ada sesuatu yang aku pamerkan di dalam blog, percayalah, itu hanya untuk catatan peribadi. Kepuasan diri sendiri dengan tahap-tahap pencapaian yang aku telah miliki. Sebagai inspirasi untuk aku maju dan terus maju ke hadapan. Contohnya, apabila aku membeli sesuatu dengan menggunakan hasil berblog Nuffnang, itu semua sebagai pembakar semangat untuk aku terus berblog dan juga pembakar semangat rakan-rakan lain supaya kita berusaha untuk memiliki apa yang kita hajati. Aku juga sangat pasti, rakan-rakan lain pun pastinya tiada niat untuk menunjuk hasil belian, hasil pencapaian di dalam blog, kan? Kita cuma mahu bergembira bersama, kongsi kegembiraan dengan rakan-rakan yang lain bukan?

III
Dia sedia maklum, bahawa anak tidak boleh dijual beli. Tidak sama sekali anak itu boleh dibeli dengan duit jika ingin memiliki anak dari darah daging sendiri. Kalau begitu, dia sepatutnya tahu anak itu anugerah Allah yang tidak terperi terhadap hamba-hambaNya. Hanya dengan izin Allah sahaja seseorang itu dianugerahi cahayamata. Jika rezeki cepat, cepatlah dapatnya. Jika lambat, maka kita harus bersabar dan terus berdoa kepadaNya selain berusaha dan bertawakkal. Kenapa dia pula seperti seorang peguamcara yang mahu mempersoalkan itu ini jika seseorang itu belum dianugerahi zuriat?

IV  
Ujian Allah terhadap hambaNya didatangkan dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin ujian untuk aku adalah lambat untuk mendapatkan zuriat. Tetapi ujian untuk dia lain pula halnya. Juga, dia jangan riak kerana sudah memperolehi cahayamata. Dunia ini dan kita semua hanyalah pinjaman. Sekelip mata Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNya. Ingat itu. Aku cukup tahu semua kisah-kisah dia kerana suaminya seseorang yang aku kenal. Tentang keperitan hidupnya dan sebagainya. Cukuplah. Tidak perlu aku ceritakan segala kesusahan dia kerana aku tidak mahu membuka aibnya.



    Rasanya aku perlu berhenti di sini.
    Aku tidak mahu terus-terus menulis berlandaskan emosi.
    Takut terkeluar dari landasan nanti.









    -_-
    mrs e

    13 comments:

    PuteriKureKure said...

    babe, sms kita url blog dia. ishh..geram betul orang2 camni. dia tak tau ke rezeki jodoh anak semua tu dari Allah?

    naja sabar ye sayang.

    Fardahila Binti Omar said...

    sabar la kak shima..kita berblog bukan nak menunjuk tapi utk kepuasan sendiri kan.tak dapat jadi penulis buku, kita jadi penulis blog. itu pun org tak senang.walaupun jarang komen tapi i follow..tang bab anak tu, kuasa Allah..anggap org itu tak matang..

    isya said...

    sabar naja... org mcm ni mmg tak pikir perasaan org lain.. "SS" je lebih... sabar eehh.. ;)

    leyhar said...

    sabar jek kak...org nie mmg ntah ape2 ntah...insyaallah ada rezeki akak 1 ari nnti...

    mamaairis said...

    eeeiiii...sape gerangan orang tu...meh sini cikgu cili2 molot dia...

    cepat ke lambat ke tu semua rezeki dan pinjaman Allah semata2...bila dia nak tarik balik semua orang tak tahu...

    orang macam gini tak baik untuk kesihatan...baik ko bo layan jek..ni klu tak 3suku dia mesti kurang seposen...ahahahah

    mrs e said...

    puterikurekure;
    intan, naja tengah bersabar ni.. chills~~
    :)

    fardahila;
    yup betul tu.. untuk kepuasan diri kan kan kan?

    isya;
    thanks isya.. *hugs*

    leyhar;
    insyaAllah.. amin♥

    mamaairis;
    ahahahahaha.. tergelak aku baca komen cikgu nih. mesti cikgu garang ngan anak murid, ye tak?



    ~~tq semua.. *sayang kamu*~~

    eis said...

    rezeki dan ketentuan di tangan Allah. sabar ye naja..

    mrs e said...

    eis;
    btul tu.. tq eis :))

    Bibi Intan Suraya ~Tulip~ said...

    Ya Allah..ada jugak ke org mcm tu zaman canggih2 ni? tak baik betol....naja sbr byk2 ok..berdoalah byk2 dan berusaha utk mendapatkan anak ok ;) semuanya ada hikmahNya yg tersembunyi....tgcare dear;)

    sWeEtdARLiNG said...

    ooooo pasal ni ke yang naja buh dalam FB tu...
    kalau tanya amy, amy akan jawab,
    ADA AKU KISAHHH??? blog haku, haku punya suka laa!


    www.sw33tdarling.com

    Elyn said...

    i'allah rezeki u pasti ade nnt... buat derk je dgn org camni!!

    mrs e said...

    bibi;
    tahnk you so much for your advise. legaaaaaa sket hati ni :)
    *much ♥*

    sweetdarling;
    ha a kan, blog kita, sukati kita la pun kan nak tulis apa. taknak baca kalu, boleh tekan pangkah belah kanan atas tu ;)


    elyn;
    thanksssss sgt elyn. i hope so, my wish come true one day.. amin~~

    ija said...

    naja..anak tidak boleh dijual beli..sampai hati dia berkata begitu..sabar ye naja..apa yg naja katakan itu semuanya betul..tuhan boleh tarik apa saja yg kita miliki bila2 masa..