kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, November 10, 2010

Let's Go To The Zoo, Bergembira Di Situ :)

|
Ini cerita masa Public Holiday Deepavali. Punyalah lama kan baru nak citer. Yerla, tulis blog ni bukan leh simply-simply tulis aje. Kena tulis dari hati, baru la bestttt penceritaan dan olahannyeee, tak gitu? ehehehe :P


Before nih memang la si fifi dah cakap nak ajak Dina g zoo. Tapi cakap ajelah, peginya tak tau bile. So, ade cuti cam gini baru best nak g. Orang pun ramai kat zoo tu. Baru la meriah :)


Tapi sebab utamanya, mestila dia nak mama ngan babah dina ni pegi sekali.. kan kan kan *adik, baik ngaku cepat*


^_^


So, hari tu kitorang pegi bertujuh. Dengan mak, wawa n kiah sekali. Pegi 2 kereta, diorang yang lain gerak dulu while saya n hubby ke pasarlambak BG dulu.


Sampai zoo dalam pukul 11.30 macam tu. Ingatkan diorang yang lain dah dekat ceruk mana dalam zoo, sekali diorang pun baru beli tiket daaa.. Taklah jauh sangat gap dengan kitorang yang dah menyinggah-nyinggah ni.. Ihiks








Ramai betul orang yang bercuti ke sini, terutamanya bebudak skola lah kann.. Ade jugak pelancong dari luar. Soooo happening..




Oh ya, harga tiket untuk dewasa hanya RM 7 sahaja. Untuk kanak-kanak tak perasan pulak. ehhe


So, berjalan la kami dalam zoo tu. Humangaihhhh, punyela fenatttt saya.. huk huk huk. Tula, sape suh pakai kasut ade tumit kan. Fadan muke. HAHA. Tapi takpe, at least kira dapat bersenam la jugak bila berjalan keliling zoo tu dan terbakar-bakar kalori lemak sume.. Ngeeee~






Ofcoz paling salute adalah mak saya. Tahan beb berjalan walaupun penat-penat nak abis satu round. Cayalah mak! *thumbs up*





 

Paling tersuka tentulah dina. Lagi-lagi bila babah dia angkat, dukung n terbang-terbangkan dia. Suara dia aje la dalam tu. Menjerit-jerit gembira kemain. Seronok betul dia :D








Penat dah habis round zoo, terus kuar p JJBM. Makan kat Pizza Hut sebab mak suke makan pizza. While menanti order sampai, sempatlah my hubby p solat.








Abis makan, say bye-bye kat diorang, n saya ngan hubby meronda la kejap dalam jusco tu. Window-window shopping katanyer..


Lepas tu kuar JJBM nak ke Mahkota Parade dengan Pahlawan Mall, tapi boleh tak jalan nak ke sana tutup. Menjajar-jajar kitorang cari jalan lain nak ke sana, sampai tersesat-sesat kat tepi mana ni.


Nice view, so turun keta amik gamba jap ;)






Sekali bila pusing semula kat jalan yang lalu tadi, eh, dah bukak pulak. Apesal dia tutup tadi pun tak tau. Ade ape-ape la gaknye kut tadi, perarakan deepavali ke ape. I guess..


Sampai MP, tujuan utama nak tengok movie. Laaaamaaa dah tak tengok movie berdua. Percaya tak, baru sekali jek kitorang masuk panggung berdua, tu pun lepas berapa tahun kahwin.. HAHAHA. Kesian kan


Memula ingat nak tengok Unstoppable. Sekali masa dia lak tak ngam. Next showing pukul 9.30 malam. Ishh.. takmola, nanti lewat sangat nak balik pulak kan. So nak tengok Takers je, tapi hubby tak konfiden cerita tu sedap ke tak. Saya pun cam ala-ala nak tengok citer tu atau tak. Last-last dah lama tercongok kat situ, decide tak nak tengok lah.


Terus tuju ke Pahlawan Mall lak. Hubby masuk butik Nike n beli something kat situ. Since tak dapat tengok mpvie, ajak la hubby naik Menara Taming Sari. Sekali ramai lak yang beratur.


Reverse planned. Kitorang naik beca jek. Satu beca RM 20 keliling dekat-dekat situ, dekat-dekat bangunan sejarah. Syok jugak naik beca, tapi paling kesian bila naik bukit. Punyalah abang beca tu mengayuh siap berdiri-diri kat basikal tu haaaa.. Hahahaaha


Ape taknye, penunggang nye aje dah 50kg++ ngan 70kg++. Mau tak sepenuh kederat orang tu mengayuh. Hisk.  :')


(Masa ni gambar dah takde dah, sebab bateri kamera dah kosong. Ade gak amik gambar guna kamera hp sebenarnya, tapi malas lak nak transfer)


Suruh abang beca tu turunkan kitorang kat Malacca River Cruise, ingat nak naik la kan. Sekali, lagi panjang barisan beraturnyaaaa dari yang kat Menara Taming Sari tadi. Ramai rombongan bebudak sekolah jek. Nama pun kena kat hari cuti kan, memanglah ramai orang.


Decide naik next time jelah. Badan dah penat, kaki pun dah lenguh-lenguh. End up kitorang terus balik umah.


But we had so much fun all the day. Gembira bila dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kesayanganss :D







mrs e

2 comments:

ArELeEz said...

owh.. great moment kan? best2..

sz | m.s.s said...

mmg sangat vogue de bass la ma...p zoo pki high heels! :))