kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, November 23, 2010

Plan Yang Tak Menjadi

|
HihiHaha


:))



well,  semalam kan johor cuti umum sempena keputeraan sultan johor kannn *ampun tuanku*



Pastu aku ada tulis status kat fesbuk cakap nak jalan-jalan ukur melaka. Sape yang jadik fren aku memang leh baca la status tu...



Guess what? Kitorang tak pegi ponnnnnnnnnnn.. HAHAHAHA



Memula tu memang la da siap-siap nak pegi. Dak Dina pun dah siap pakai baju dah. Fifi pun dah siap-siap mandi dah. Mak aku pun dah tinggal nak pakai bajuuuuuuu jek.



Sekali, wawa kata taknak pegi.
Pasrah jelah, nak pegi tanpa wawa, dia taknak g takkan nak paksa-paksa pulak kan.



Tetiba aku lak dapat mesej dari en suami, katanya nak balik keje tengahari, ½ day. Oh ye, en suami keje sebab kastemer luar dari johor kan keje, so tak patlah nak bercoti-coti bersama.
Aku ni, bila dapat je mesej dari dia, terus rasa tak sedap hati nak pegi. Yela, kang mr e balik umah takde orang, kesian lak dia duk umah sorang-sorang.



So, aku pun taknak pegi.
Bila aku cakap taknak pegi, mak aku kata dah semua tak payah pegi. Pulak??



Tapi sebenarnya bukan la disebabkan aku kut sume tak jadi pegi. Kan pagi semalam cuaca mendungggg aje.
Gelap sangat, macam nak hujan lebat.
So, kalau dah hujan, aktiviti nak berjalan-jalan pun terbatas la kan. Lagi pulak aku baca status kawan-kawan kat fesbuk kata sana-sini mendung juga.
Tu yang kensel nak pegi tu. Kalau pegi jugak, camne lak kan nak naik Menara Taming Sari, Malacca River Cruise semua kalau ari ujan?
Langsung tak best! Tak nampak segala pemandangan..



So, semalam kitorang round-round melaka atas katil aje.
Hujan lak tuh, syok tido!!!
HAHAHAHA
:D





P/s : Jalan-jalan melaka akan di postponed ke waktu yang belum ditentukan. Kena jugak ganti hari lain, sebab tak pueh hati selagi tak pat naik Menara Taming Sari & Malacca River Cruise

P/s I : Aku ni kejap guna gantidiri aku, kejap saya. Tapi ade orang yang dah biasa baca blog aku, biasa aku gantidiri dengan 'aku', so dia kata tak best bila aku tukar kepada saya.. Baiklah, baiklah










:))
mrs e

7 comments:

puterikurekure said...

ceh! gua tertipu rupanya. penat je rasa jeles2 bagai. haha.

mrs e said...

puterikurekure;
hahahaha :D

sWeEtdARLiNG said...

sebenarnya seronok kalau semua pun pergi.. bila dah sorang tak jadi pergi, tu yang rasa hilang seronok..

www.sw33tdarling.com

Elyn said...

windu la nk pi melaka!!!

isya said...

isya plan nk ke melaka gak tp takde arah tuju (ceh ayat) tggu naja nye citer la.. br leh wat rujukan.. hehe

mrs e said...

sweetdarling;
ha a betul tu.. bila ade salah sorang taknak pegi, mood pun dah turun sket.. dah tak sepenuh hati nak pegi.. huhu


elyn;
meh round melaka lagi.. hehe :)


isya;
hikhikhik.. banyak je tempat yang boleh pusing2 situ, kan banyak tempat bersejarah dia.. sesambil tu boleh la menyoping-soping.. ehehe :P

Faizaharis2 said...

hahaha beli apa atas katil tu kak?