kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, November 2, 2010

Surat.

|
Ke hadapan kekanda ku yang tersayang (yang kini sedang duduk membuat data di dalam komputer),



Bilakah waktunya kita akan berangkat pulang?
Adakah lama atau sebentar sahaja lagi?

Tapi mengikut perkiraan kertas yang berhelai-helai di atas mejamu itu, ayang dapat rasakan, peluang untuk pulang dalam masa yang singkat ini adalah tipis T__T

Kemungkinan ayang perlu menunggu setengah jam atau satu jam lagi mengikut kata-katamu tadi.. Kalau begitu, bermakna kita hanya akan pulang tika jarum jam mencecah ke pukul 7.30 malam jika kerjamu dapat diselesaikan dalam tempoh itu. Jika tidak, pada pukul 8 lah akhirnya baru kita meninggalkan kerusi dan meja yang sudah panas diduduki seawal jam 8 pagi tadi.. Hukhuk

Ayang akan cuba bersabar untuk menanti sehingga kekanda dapat menyiapkan semua kerja. Walaupun hakikatnya punggung sudah terasa kebas-kebas dan bahu sudah lenguh-lenguh akibat duduk terlalu lama sepanjang hari, ayang tetap bersabar. (tapi balik nanti kekanda kenalah tolong picit-picitkan bahu ayang yang lenguh ni.. heheheheeeeee~ :P)


Cepat-cepatlah kekanda membuat kerja itu kerana ayang sudah tidak sabar nak balik nieeee..!


Sekian, ayang mengundur diri.




Yang benar;
Daripada isterimu (duduk kat table depan jek punnnnnnn) hehehehehe :D

0 comments: