kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, December 23, 2010

A Birthday Wish

|
Happy birthday yayang
May all of ur dreams come true
Ayang doakan semoga abang panjang umur, diberikan kesihatan yang baik juga dimurahkan rezeki oleh Allah

Erm, birthday gift ayang da bagi in advance ari tu kan?
N lagi satu hadiah bakal menyusul tahun depan
InsyaAllah...
:)

Ur sweetheart<3

-posted via phone

Friday, December 10, 2010

Tulis Aje

|
Blerghhhhhhh~!
Tiap kali nak buat entri mesti takde idea nak letak tajuk ape
Cerita nak coret ade, tapi tak jumpa tajuk yang sesuai


Maka, terhasillah tajuk seperti di atas
:)


Hujung minggu ni agak padat buat aku
Ari ni lepas balik keje (read : lepas maghrib) aku nak ke KL
Ade kenduri kahwin umah pakcik aku wiken ni
Mungkin aku tido semenyih umah abang aku 2 malam (cadangnya) tapi tak tau lak kalau plan bertukar


Sebab mr e nak anta mertua aku kat umah adik ipo aku
Biras aku baru deliver baby boy jumaat lepas
So, atuk dari kampung ni nak menjenguk la cucunya kan
Plus, maybe mertua aku stay sana for a while kut jaga biras aku tu dalam pantang
N petang ni kitorang mintak jasa baik wawa tolong amikkan mertua aku tu ke sini
Macam tak sempat lah plak kan, after keje nak rushing-rushing balik segamat, loading barang sume n bawak mertua aku balik sini
Dah le tayar keta nak bergolek ke KL bebetul lepas maghrib (insyaAllah)


Owh, tentu ade yang ingat mungkin sepupu aku yang nak kahwin, kan?
Tapi tidak, yer
Pakcik aku yang nak menikah sekali lagi
Lepas isteri dia meninggal, agak susah la nak urus makan minum semua
Tu yang mencari pengganti
Ngeee~~


Btw, itu aje yang terlintas aku nak coretkan wat masa ni
Byeeeeeeeeeee
Happy weekend uols!







:)
mrs e
Wednesday, December 8, 2010

Hijrah

|
Salam Maal Hijrah 1432 buat semua


Hijrah untuk aku tahun ini memang sangat memberi makna
Sesuatu titik permulaan yang memberi erti BESAR buat aku


Bagaimana pula dengan kamu semua?
Erti hijrah tahun ini buat korang?




P/s : Walaupun mungkin erti hijrah memberi pengertian yang berbeza buat kita semua, aku berdoa semoga semuanya adalah yang baik-baik sahaja untuk kita. Amin









mrs e
Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

|
Hari ini kita berada pada 30 Zulhijjah
Esok kita akan masuk tahun baru Hijrah dalam bulan Islam

Ini aku sertakan doa akhir tahun :


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
doa akhir tahun, dibaca 3x berturut-turut di akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


 Doa awal tahun :

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
dibaca 3x berturut-turut selepas waktu maghrib pada 1 Muharram

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




mrs e
Friday, December 3, 2010

H I G H

|
Dengar lagu ni bila bloghopping tadi
Feeling syahdu syahdan lak bila dengar memalam macam ni


So, aku kasi tempek sini
Layannnnn



'Cause we are gonna be forever
You and me
You will always keep me flying high in the sky of love







^_-
mrs e
Thursday, December 2, 2010

Rapunzel

|
image google


Nak tengokkkkkkkkkkkkk!!!!
Ramai yang kata best? Betul ke?
Lama dah tak layan citer-citer dari Walt Disney nih
Lagi-lagi cartoon dia yang dari kisah-kisah fairytale
Sangat la minat..


So Yayang, nak tak ahad ni?
Jom kita ngedet sama
^_^



p/s : 55% mesti mr e taknak... ahahahaha dia bukan suka nau tengok movie citer-citer macam nih. Kalau movie yang banyak action² tu sukaaaaa la dia :P









*wink-wink*
mrs e