kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, January 28, 2011

Alhamdulillah. Sujud Syukur

|
Bismillahirrahmanirrahim...


Fasa pertama berjaya dilalui. Alhamdulillah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Syukur


Kepada sesiapa yang masih bertekatekitekatekuk,



Ya, aku mengandung.



Berkat kesabaran, setelah 3 tahun++ usia perkahwinan, aku disahkan hamil. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati aku dan suami ketika itu. Alhamdulillah.. akhirnya doa kami dimakbulkan olehNya. Syukran jazilan.


Aku berharap aku diberikan kesihatan yang baik oleh Allah sehingga aku selamat melahirkan zuriat sulungku ini.


Pada rakan-rakan yang masih menunggu dan berharap, teuskan lah berdoa kepada Allah. Yakin dalam jiwa yang suatu hari nanti Allah akan memakbulkan doamu. Yakin dengan sebenar-benar yakin, bulat dengan tekad di dalam hati yang Allah pasti pasti pasti memakbulkan doamu. Tiada apa yang mustahil bagi Allah. Manusia hanya merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Kun Fa Ya Kun


Kerana begitulah yang aku lakukan sepanjang usia perkahwinan kami. Walau ape jua kata-kata dan tohmahan yang dilemparkan sehingga satu tahap yang membuatkan aku rasa bersedih kerana perkataan yang kukira melampaui batas, aku tetap berpegang kepada Allah yang satu. Hanya Dia lah tempat ku mengadu dan mendengar segala permintaanku.


Aku berdoa ramai rakan-rakan aku di luar sana yang bakal menyusul selepas aku nanti. Amin





mrs e
Thursday, January 27, 2011

-180º

|
Apa rasanya kalau dunia kamu ditelangkupkan 180º?



Tentu tunggang terbalik rasanya, kan?



Begitulah yang aku rasa sejak kebelakangan ini.



Bilamana sume makanan jadi tak enak
Bila tidur jadi tak nyenyak
Bila nasi bukan jadi makanan ruji
Bila emosi menguasai diri, tak seiring lagi dengan jasmani


Dunia aku seakan jadi tak betul
Apa yang dulu disukai, kini dibenci
Apa yang dulu teman rapat, kini musuh ketat


Apa saja yang kadang-kadang remeh pada pandangan orang, tapi berat pada pandangan aku
Benda yang biasa-biasa bagi orang lain, tapi luarbiasa bagi aku
Dan itu semua boleh buatkan kepala aku jadi pusing, pening



Oh oww
Aku kena berundur dulu
Izinkan aku berehat dan betulkan keadaan dulu
InsyaAllah, bila semuanya ok aku kembali lagi
Mencoret sesuatu untuk tatapan di sini



-_-'
mrs e