kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, September 20, 2011

Pagi Ini

|
saya baru lepas mandi
mama mandikan saya, sejuk tauuuu trrrr
sementara mama nak siapkan saya, saya sempat main-main dengan eeyore


ini barang-barang keperluan saya
ada wet tissue, lotion, minyak J&J, bedak, cotton buds, minyak yu yee dan juga vicks
mama letak barang-barang ni dalam kotak hantaran kahwin mama & babah dulu supaya lebih teratur


yeayyyyy
saya dah siap berpakaian
dah get ready for my milk!!!







mrs e
Thursday, September 15, 2011

Introducing...

|
Beberapa minit selepas dilahirkan


Permata hati kami
♥♥♥
Hafiy Aisy Nufail bin Handri



mrs e
Wednesday, September 14, 2011

Satu-Satunya Gambar Raya Yang Ada (buatmasaini)

|
1 Syawal 1432H; hari ke 27 berpantang





mrs e

Kembali

|
Assalamualaikum...

:))



Jangan tak percaya.. I'm backkkkkkk... #ecehmacamadeoranghirauakanengkau

HAHA

Banyak sebenarnya yang nak dikongsi kat sini. Itulah dia disebabkan dah lama benar tinggalkan penulisan dalam blog; sejak dari awal mengandung sampai dah melahirkan, dari dalam pantang sampai dah nak abis pantang, tapi tak tercuri-curi masa yang ada.

Kejap.

Ingat orang dalam pantang berehat-rehat aje ke? Orang dalam pantang la yang setiap hari kena menempuh cabaran. Cabaran di sini bermaksud apabila siang nak kena entertain si kecik kesayangan, memandikan, menyusukan dan melayan segala keperluan dia. Bila dia sedang nyenyak tidur, bukan si ibu boleh ikut tidur, masa inilah digunakan untuk melunaskan pulak kerja-kerjaan si ibu seperti basuh baju, lipat baju, kemas mengemas dan segala macam hal. Apabila malam pulak, bersedia lah engkau setiap 2 jam sekali untuk bangun menyusui si kecil dengan tersengguk-sengguk kepala macam tengah dengar orang nyanyi lagu rap. Bila bangun esok pagi mata dah macam mata panda. :P

Nah, itulah yang aku katakan tak tercuri-curi masa yang ada.


Oh. Sekejap lagi sekali.


Tahu tak, sekarang ni aku sedang menaip sambil bertemankan si kecil yang lena di pangkuan?


Untuk itu, aku sambung cerita-cerita di lain kali yaaaa....




mrs e