kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, September 14, 2011

Kembali

|
Assalamualaikum...

:))



Jangan tak percaya.. I'm backkkkkkk... #ecehmacamadeoranghirauakanengkau

HAHA

Banyak sebenarnya yang nak dikongsi kat sini. Itulah dia disebabkan dah lama benar tinggalkan penulisan dalam blog; sejak dari awal mengandung sampai dah melahirkan, dari dalam pantang sampai dah nak abis pantang, tapi tak tercuri-curi masa yang ada.

Kejap.

Ingat orang dalam pantang berehat-rehat aje ke? Orang dalam pantang la yang setiap hari kena menempuh cabaran. Cabaran di sini bermaksud apabila siang nak kena entertain si kecik kesayangan, memandikan, menyusukan dan melayan segala keperluan dia. Bila dia sedang nyenyak tidur, bukan si ibu boleh ikut tidur, masa inilah digunakan untuk melunaskan pulak kerja-kerjaan si ibu seperti basuh baju, lipat baju, kemas mengemas dan segala macam hal. Apabila malam pulak, bersedia lah engkau setiap 2 jam sekali untuk bangun menyusui si kecil dengan tersengguk-sengguk kepala macam tengah dengar orang nyanyi lagu rap. Bila bangun esok pagi mata dah macam mata panda. :P

Nah, itulah yang aku katakan tak tercuri-curi masa yang ada.


Oh. Sekejap lagi sekali.


Tahu tak, sekarang ni aku sedang menaip sambil bertemankan si kecil yang lena di pangkuan?


Untuk itu, aku sambung cerita-cerita di lain kali yaaaa....




mrs e

2 comments:

d.i.l.a.r.i.z.a.d.i said...

selamat kembali blogging. cepat2 buh gambar bby. yee.....

eis said...

welcome back.