kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, October 24, 2011

Feel Good Time

|
Wiken adalah masa untuk famili tercinta.. Yiehaaa

Semalam, kitorang abiskan masa bersama hujung minggu ke Tanjung Emas, Muar. Syoknyaaa duduk² ambil udara laut kat situ. Kitorang pegi dengan famili Abang Zaki, emak n adik. Rasa seronok sangat sebab dapat luangkan masa sama-sama. Precious moments..


Ok, let the piccas speak!


 baru sampai Tanjung Emas time ni..
adik n mak naik Abang Zaki, kitorang naik keta sendiri



 Aisy tido penuh syahdu dalam stroller kena bayu laut



Mak n baby..
Kak Cha sempat tapau snek dari 7E n apam balik... nyummm nyummmm



 Me n my loff mummy♥



 Mulut aku tengah penuh kunyah apam balik time ni la adik aku nak snap gamba
Dengki la tu! :p



 Tido-tido ayam.. heeee :)



Irdina yang meragam takmo turun.. Pijak aspal tu pun tak mau
Haih -_-"



 Abang Zaki tengah relaks baca paper



 Kak Cha n baby yang manjeeeeee.. ngeee~



Keluarga kecil kami
Luv u both♥



 Me n my sweetheart♥



Anak Papa ;)
Gaya posing pun nak sama aje.. hehe



 Masing-masing ade beg tangan :P



 2 Hero darlinglalings kesayangan



Model GAP
Hiks


 Teman setia Cik E nya dak Apiz neh



 Menangis beria² tak mau turun, nak berdukung aje
Tu yang dah ber muscle-muscle dah tangan mummy LOL



 Lunch @ Pizza Hut



: us :

Dah puas santai-santai tepi laut, kitrang pun gerak ke PH. Perut sebenarnya tak la lapo sebab dah makan apam balik. 

Aku siap cakap dalam hati, kang kat pizza tak mo makan lah. Nak minum aje.
Tapi dah nampak pizza depan mata, haiyoooh tak tertahan weyh. Lalu aku pun makan juga. Bukan sekeping, tapi dua!
Bukan makan pizza jek pastu, siap mintak Kak Cha punya lasagna n makan chicken wing lagik.
Camno nak selim camnih?
T____T






mrs e
Sunday, October 23, 2011

Tidur Lena Penuh Senyuman :)

|

Bahagia rasanya bila sebelum tidur dapat melihat situasi ini depan mata
:))


Aku harap kebahagiaan ini akan berkekalan hingga akhir nyawa.
Terima kasih Ya Allah!
Aku bersyukur







mrs e
Friday, October 21, 2011

Itu Ini

|
Ada lebih kurang 2 minggu je lagi cuti UPL aku.. uhuk uhuk. Rasa memang dah tekad semangat dah nak jadi surirumah sepenuh masa untuk sementara waktu. Jaga anak, layan kerenah anak. Disamping tu, dapat aku temankan mak aku. Tak laaaa dia sorang-sorang kat umah.


Tapi bila teringatkan DUIT, rasa nak keje
Bila teringatkan keje, sayang pulak nak tinggal AISY.


Haiiiii
fenin, feninnnnn -_-"


Bukanlah berkira pun nak duk umah, lagipun tu pun keputusan aku sendiri setelah diperkenan oleh Big Boss En Handri. Tapi yer laaa.. dah biasa pegang duit sendiri, tetiap bulan ade wit masuk dalam akaun, bila nak menghadapi akan datang takde nak pegang wit sendiri tu yang macam pikir berpuloh-ploh kali dah. Heee~


Pandang muka anak, alahaiiii
Rasa kesian benau nak tinggalkan kat orang jaga. Korang pun sume tau kan, bertahun-tahun kahwin baru ni la dapat sorang. Tu yang rasa tak sanggup nak tinggal tu


Bila fikir kat 1 side, aku rasa keputusan aku ni betul. Maybe cukup stakat ni dulu kut aku keje kat situ. Dah 7++ tahun keje sana, da sampai masa untuk aku settle down. Nanti Aisy da besar sket (tu pun kalau dia belum ade adik, eh..), da bijak dan pandai itu ini, baru aku apply keje lain. At least yang dekat ngan umah lagi bagus. 10 minit da zassss ade kat umah. Oh indahnya kalau impian tu jadi kenyataan (dapat keje dekat² tu laaa)


But bila tengok at the other side, kesian pulak kat mr e keje sorang. Da biasa g keje sama-sama, tempat keje pun sama, department pun sama!, tu yang rasa pun alahaiiiiii.. Selalu tu lunch hour mesti kuar n makan sama-sama, berdeting-detingan berdua.. Ohhh, i miss that moment.


Sampai sekarang aku 50-50.


Kalau korang kat tempat aku, ape pilihan yang korang buat? Bagi la pendapat.. 
Plisssssss =P *kelip-kelip mata*









mrs e
Wednesday, October 19, 2011

Bermulanya Di Sini

|
Coretan kenangan permulaan aku mengandung
Aku abadikan di sini sebagai momen terindah untuk aku imbas di masa hadapan
-------------------

Cycle period aku sepatutnya berakhir 30/11 atau 1/12, kalau mengikut perkiraan bulan-bulan sebelumnya
Sungguh aku berderbar-debar nak melalui detik itu
Setiap hari yang ditempuh dirasakan amat panjang sekali untuk melepasinya..

Walaupun pada tarikh yang dinyatakan, period ku tidak datang
Aku tetap berdebar-debar
kerana segalanya mungkin
kadang-kadang pusingan haid ku ade jugak yang terlambat sehingga 35 hari
untuk itu, aku memutuskan sekiranya lepas pusingan haid 35 hari tetap tiada haid, barulah aku buat UPT sebab aku tidak mahu terlalu mengharap sangat walaupun perasaan aku untuk mengandung itu tetap memuncak

Dalam pada itu, dah lama jugak la B aku sengal-sengal (nak kata sakit, tak berapa sakit lah pada aku)

Kadang-kadang ade juga sakit pinggang, dan sakit kepala.. tapi tak lama, datang sekejap-sekejapan sahaja
Juga muka aku agak 'teruk' dengan jerawat, tak kira jerawat kecil ataupun yang besar
Mengikut kata adikku, dulu sewaktu dia awal-awal peknen muka dia pun macam tu
Tapi entahlah
aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi sangat
takut kecewa nanti

Dan semalam, aku amat takut dan risau teramat!
Setelah hampir sehari suntuk aku berjalan, menonton wayang dan membeli barang-barang keperluan
Apabila sampai ke rumah aku dikejutkan dengan sedikit stain di underwear ku
memang rasa lemah longlai sangat yang teramat
Aku takut stain yang keluar tu akan diikuti dengan darah period seperti biasa
Aku cepat-cepat mandi dan bersihkan diri
Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya ianya hanya stain sahaja

Dalam solat, ku berdoa kepada Allah, semoga ade rezeki ku kali ini
dan sempat juga ku search di website tentang stain ketika mengandung
Aku berharap ketika itu, apa yang aku alami adalah seperti yang aku baca di web

Tak lena tidurku malam tadi akibat hati yang merisau
Ku tekadkan dalam hati, jika sehingga pagi, tiada stain yg keluar, akan ku buat UPT

Dan bila bangun pagi melihat tiada stain, cepat-cepat aku ambil UPT dan menuju ke bilik air
Dalam hati berdoa, semoga 'double line'

Sesungguhnya Allah memakbulkan doaku
"double line" yang ditunjukkan di UPT itu

Tak putus-putus hatiku mengucapkan rasa syukur
dan semasa solat subuh, ku bersujud syukur kepada Allah
yang memberi rezekiNya ini kepada aku dan suami

Suami pun tersenyum gembira bila aku tunjukkan UPT itu
dan tak lupa ku berpesan kepada suami supaya memanjatkan kesyukuran kepada Allah


Terima kasih Allah di atas pemberian rezeki Mu yang terlalu bernilai ini
Ku bahagia :)





Mama Aisy
Tuesday, October 18, 2011

Aisy 2months++

|
  1. Dah semakin bambam. Gewammm mama tengok pipi dia.. Geget boleh? Hehe. Last timbang masa 2 bulan dah 5.52kg

  2. Pandai kenal suara mama dah sekarang. Kalau nangis rengek-rengek nak susu, dengar suara mama dia, samada terus senyap sebab mama ade berdekatan atau makin kuat nangis sebab mama lambat nak entertain dia. Chumell je perangai :)

  3. Dah pandai nak berborak. Sampai senget-senget mulut dan termuncung-muncung bibir tu kalau berborak. Banyak beno benda yang dicakapkan. Hihi

  4. Pandai pandang-pandang kat mama kalau mama bergerak-gerak. Bola mata dia ikut je mana mama pegi.

  5. Ini budak dah pandai masuk tangan dalam mulut dan hisap jari dia!

  6. Faham kalau atuk cakap dengan dia. Dia dengar n diammm aje atuk ajar dia mengaji n mengira

  7. Suka kalau kita zikir-zikir time dodoi² masa nak tido.

  8. Pandai gelak-gelak dah, senyum apetah lagi. Kadang-kadang dia gelak mengelekek sorang².. Sweett~~

  9. Paling mengejutkan mama, dia pandai pegang kipas *kipas my dear* yang dikepit kat stroller tu masa mama masukkan dia dalam stroller. Maybe sebab dia hairan tengok ade lampu-lampu dekat kipas tu. Sib baik lah bilah-bilah kipas tu dari material lembut je.. haii Aisy, Aisy..



Itu jelah yang boleh diingat wat masa ni. Nanti kalau ade pertambahan, akan di update lagi..





mrs e
Monday, October 17, 2011

Waz Here

|

tido nyenyak kena tiupan angin tepi tasik putrajaya :)






mrs e
Thursday, October 6, 2011

Fulltime Housewife?

|
Dulu...


Bila ramai kawan-kawan yang cakap, sayang nak tinggalkan anak bila nak pegi keje, aku cuma boleh dengar saja. Tak tahu macamana perasaan itu. Tak tau betapa rindunya kat tempat keje asyik teringat anak.

Tak tau.
Takde perasaan.


Sekarang..


Baru aku tau. Bila diri sendiri mengalami. Betapa kuatnya perasaan itu. Betapa tak sabarnya nak pusingkan jarum jam supaya cepat waktu bekerja habis. Supaya cepat-cepat aku boleh balik rumah dan menatap muka dan sinar mata si kecil. Mengulit dan memandikan dia. Mengagah dan mendodoikan dia.


Aku sebenarnya agak cerewet orangnya. Ape saje yang milik aku, kalau boleh aku nak ianya dijaga dengan betul dan teliti. Apetah lagi bab anak. Kalau boleh memang aku sendiri yang nak menjaga dia, dari kecil sampailah besar. Melihat perkembangan diri dia dan tumbesarannya hari demi hari. Supaya aku tak terlepas pun sesuatu yang bermakna tentang diri dia.


Tapi itulah. Dalam dilema.


Berhenti kerja bemaksud pengorbanan yang besar aku ambil untuk masa depan kami sekeluarga. Berhenti kerja bermaksud lebih tanggungjawab yang digalas suami memandangkan pendapatan isi rumah bergantung sepenuhnya kepada dia. Berhenti kerja bermaksud aku harus redha dengan apa sahaja yang ada; tak boleh nak demand itu ini. Berhenti kerja bermaksud aku harus mengawal nafsu kerana dah tak pegang duit sendiri.


Itu semua boleh aku terima; kecuali bertambah lah sedikit beban untuk suami mencari rezeki untuk kami sekeluarga sebab sebelum ni walau tak banyak mana adalah juga sikit lebih kurang bantuan daripada aku.


Ini pula komen rakan-rakan daripada Fb semalam..




Apepun keputusan, ade pro dan kontranya. Semuanya ade baik buruknya. Bila dah fikir masak-masak, ambil keputusan dengan bijak.




Tapi bila tengok anak lena macam ni kita sendiri yang mendodoikannya, memang rasa nak benti keje je. Puas hati dapat asuh n jaga anak sendiri. Bak kata pepatah, anak ibarat kain putih, kitalah yang akan mencoraknya...





mrs e