kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, October 19, 2011

Bermulanya Di Sini

|
Coretan kenangan permulaan aku mengandung
Aku abadikan di sini sebagai momen terindah untuk aku imbas di masa hadapan
-------------------

Cycle period aku sepatutnya berakhir 30/11 atau 1/12, kalau mengikut perkiraan bulan-bulan sebelumnya
Sungguh aku berderbar-debar nak melalui detik itu
Setiap hari yang ditempuh dirasakan amat panjang sekali untuk melepasinya..

Walaupun pada tarikh yang dinyatakan, period ku tidak datang
Aku tetap berdebar-debar
kerana segalanya mungkin
kadang-kadang pusingan haid ku ade jugak yang terlambat sehingga 35 hari
untuk itu, aku memutuskan sekiranya lepas pusingan haid 35 hari tetap tiada haid, barulah aku buat UPT sebab aku tidak mahu terlalu mengharap sangat walaupun perasaan aku untuk mengandung itu tetap memuncak

Dalam pada itu, dah lama jugak la B aku sengal-sengal (nak kata sakit, tak berapa sakit lah pada aku)

Kadang-kadang ade juga sakit pinggang, dan sakit kepala.. tapi tak lama, datang sekejap-sekejapan sahaja
Juga muka aku agak 'teruk' dengan jerawat, tak kira jerawat kecil ataupun yang besar
Mengikut kata adikku, dulu sewaktu dia awal-awal peknen muka dia pun macam tu
Tapi entahlah
aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi sangat
takut kecewa nanti

Dan semalam, aku amat takut dan risau teramat!
Setelah hampir sehari suntuk aku berjalan, menonton wayang dan membeli barang-barang keperluan
Apabila sampai ke rumah aku dikejutkan dengan sedikit stain di underwear ku
memang rasa lemah longlai sangat yang teramat
Aku takut stain yang keluar tu akan diikuti dengan darah period seperti biasa
Aku cepat-cepat mandi dan bersihkan diri
Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya ianya hanya stain sahaja

Dalam solat, ku berdoa kepada Allah, semoga ade rezeki ku kali ini
dan sempat juga ku search di website tentang stain ketika mengandung
Aku berharap ketika itu, apa yang aku alami adalah seperti yang aku baca di web

Tak lena tidurku malam tadi akibat hati yang merisau
Ku tekadkan dalam hati, jika sehingga pagi, tiada stain yg keluar, akan ku buat UPT

Dan bila bangun pagi melihat tiada stain, cepat-cepat aku ambil UPT dan menuju ke bilik air
Dalam hati berdoa, semoga 'double line'

Sesungguhnya Allah memakbulkan doaku
"double line" yang ditunjukkan di UPT itu

Tak putus-putus hatiku mengucapkan rasa syukur
dan semasa solat subuh, ku bersujud syukur kepada Allah
yang memberi rezekiNya ini kepada aku dan suami

Suami pun tersenyum gembira bila aku tunjukkan UPT itu
dan tak lupa ku berpesan kepada suami supaya memanjatkan kesyukuran kepada Allah


Terima kasih Allah di atas pemberian rezeki Mu yang terlalu bernilai ini
Ku bahagia :)





Mama Aisy

2 comments:

noorulaz said...

Indahnya perasaan bila tgk double line kan?? Nak nangis ada.. nak melompat ada.

Kalau single line, cepat2 gi buang dalam tong sampah.. haha.

Lama dah naja berpuasa kat blog ni.. nanti hari2 leh update pasal Aisy..

terasa nikmatnya jadi ibu.. support breastfeeding ya?? Lama tunggu kurniaan Allah, jadi berilah yang terbaik!

ArELeEz said...

b'munge2 hati leez baca entry nie. at the same time, makin m'buak2 perasaan leez nak ikut jejak langkah u. dah t'ingin sgt nak ade baby sendirik. +, macam2 dah dibuat. latest progress tgh amalkan biodex. harap2 adalah rejeki.. amin..