kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, October 6, 2011

Fulltime Housewife?

|
Dulu...


Bila ramai kawan-kawan yang cakap, sayang nak tinggalkan anak bila nak pegi keje, aku cuma boleh dengar saja. Tak tahu macamana perasaan itu. Tak tau betapa rindunya kat tempat keje asyik teringat anak.

Tak tau.
Takde perasaan.


Sekarang..


Baru aku tau. Bila diri sendiri mengalami. Betapa kuatnya perasaan itu. Betapa tak sabarnya nak pusingkan jarum jam supaya cepat waktu bekerja habis. Supaya cepat-cepat aku boleh balik rumah dan menatap muka dan sinar mata si kecil. Mengulit dan memandikan dia. Mengagah dan mendodoikan dia.


Aku sebenarnya agak cerewet orangnya. Ape saje yang milik aku, kalau boleh aku nak ianya dijaga dengan betul dan teliti. Apetah lagi bab anak. Kalau boleh memang aku sendiri yang nak menjaga dia, dari kecil sampailah besar. Melihat perkembangan diri dia dan tumbesarannya hari demi hari. Supaya aku tak terlepas pun sesuatu yang bermakna tentang diri dia.


Tapi itulah. Dalam dilema.


Berhenti kerja bemaksud pengorbanan yang besar aku ambil untuk masa depan kami sekeluarga. Berhenti kerja bermaksud lebih tanggungjawab yang digalas suami memandangkan pendapatan isi rumah bergantung sepenuhnya kepada dia. Berhenti kerja bermaksud aku harus redha dengan apa sahaja yang ada; tak boleh nak demand itu ini. Berhenti kerja bermaksud aku harus mengawal nafsu kerana dah tak pegang duit sendiri.


Itu semua boleh aku terima; kecuali bertambah lah sedikit beban untuk suami mencari rezeki untuk kami sekeluarga sebab sebelum ni walau tak banyak mana adalah juga sikit lebih kurang bantuan daripada aku.


Ini pula komen rakan-rakan daripada Fb semalam..




Apepun keputusan, ade pro dan kontranya. Semuanya ade baik buruknya. Bila dah fikir masak-masak, ambil keputusan dengan bijak.




Tapi bila tengok anak lena macam ni kita sendiri yang mendodoikannya, memang rasa nak benti keje je. Puas hati dapat asuh n jaga anak sendiri. Bak kata pepatah, anak ibarat kain putih, kitalah yang akan mencoraknya...





mrs e

2 comments:

cik gObu said...

kalau mampu apa salahnya kan....

mommyAmberena said...

Hehehehe... penangan anak. Tak daya nak lawan kan.

Apa pun pilihan, jd housewife ni, tetap yang terbaik.

cuma, sanggup bekorban ataupun tidak.

:)