kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, November 15, 2011

Tak Reti Pakai

|
Berangan-angan nak cuba pakai tudung dari Tierack.


Beberapa hari dah search web sana sini, cari blogshop yang jual. Compare sana, compare sini, cari corak/warna yang mana berkenan di hati dan dengan harga yang berpatutan. Bila dah jumpa, jadi rambang mata. Kalau boleh, semua pun nak beli. Gewamm gewammm..


Tapi tak mau gelojoh. Mana tau dah beli nanti, sekali tak reti nak pakai. So, try beli satu dulu. N beli pun pilih yang playsafe. Warna coklat gelap dengan corak bunga-bunga yang boleh masuk banyak baju. Hehe.


Bila dah dapat, terus cuba. Woww, material dia lembut betul. Ni kalau cucuk kerongsang mesti berbekas lubang-lubang tuh. Sayangnya nak pakai.. Tapi tak sabar nak tengok turn out nya bila dah pakai ok ke tak, cuba la jugak. 


Belit sana, belit sini, ok la jugak walau nampak tak kemas. Nampak sangat tak reti pakai. Ke atau nampak tak kemas tu sebab tak digosok dulu? (nak jugak salahkan tudung ek, tak tau pakai mengaku jelah. Hoho)


Takpe. Nanti-nanti cuba pakai lagi. Practice make perfect.


Eceh



P/s : Nanti nak beli corak geometri lak. Nak tambah kaler² yang lain. :D






mrs e

1 comments:

eis said...

nak tengok. post la gambar :)