kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, December 27, 2011

Jalan-Jalan JJBM Sempena Xmas

|
Sabtu lepas, kuar g JJBM. Sesaje jek ngikut fifi nak beli barang. Dengan anak sedara aku sekali, Ira nak beli peralatan kembali ke sekolah katanya. Maka, ayuhhhhh.. moh le kiter..


Mr e tak ikut, sebab dia ade hal belah familynya. Aku pulak tak dapat join mr e atas sebab-sebab yang tertentu.


Fuhhhhh.. punya la ramaiiii oranggggg.. Festive season kannnn.. Sale YES lak tuh.. Berpusu-pusu la orang ke shopping mall. Aku pun ape kurangggg nyaaa.. ahahaha :D


Paling lawooo deko pokok krismas nya.. Meletopppp!! Buat kami semua tak tahan nak bergambar kat situ gak.. eheh




Posinggg cam iyeiye aje... kuikuikui


Edit-edit gamba ni nampak gumuks lak aku.. haihh takshukeeee =p


Lawooooo kan? Putih+biru.. Dah lawo, blingbling ngan bebola dia lak tuh


Tak lama pun kat situ. Tak tahan la haihhhhh berpusu-pusu ngan ramai orang. Lagipun takut Aisy meragam. Babah nye takde kalau dia meragam susah. So dah belibeli kitorang pun balik..


Ok itu aje. Tata


p/s : btw, ari ni besday aku.. cepat wishhhhhhhhhh :D




mrs e
Friday, December 23, 2011

Dear Hubby;

|
Happy Birthday!!!

Lagu untuk abang,


'Cause I'm your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can



Ayang dan Aisy sentiasa mendoakan kesejahteraan, kesihatan tubuh badan, keberkatan dan kemurahan rezeki untuk abang. Segala yang baik dan positif hanya untuk abang. Semoga dengan kehadiran Aisy pada ulangtahun hari kelahiran abang kali ini lebih memberi seribu makna untuk kita sekeluarga. :))


Aisy n mama sayang babah sangat-sangat *pelukketatketat*



~mOmma & Aisy~
Thursday, December 22, 2011

Fav Spot

|
Tempat lepak kegemaran dua beranak



atas tilam, depan TV!


;)




mrs e

Love You More Than Words

|
Di keheningan malam ini, aku sedikit emosi
Biarlah aku luahkan rasa kecintaan seorang mama terhadap anak kesayanganku Hafiy Aisy Nufail ini di blog


Aisy
Mama sayang kamu sangat-sangat
Seluruh jiwa dan raga mama dan dari sepenuh pelusuk hati
Hanya ada kamu


Kamulah harta yang paling tidak ternilai untuk mama dan babah


Biarlah jika orang membandingkan kamu itu dan ini
Kamu tetap ciptaan Allah yang terindah di pandangan mama
Tiada sesiapa mendapat tempat di hati ini selain kamu


Mama sentiasa berdoa
Kamu akan menjadi anak yang soleh
Taat perintah Allah
Hormat mama & babah
Tahu jaga harga diri
Berjaya di dunia dan di akhirat
Dan semua yang baik mama doakan hanya untuk kamu


Mama akan sentiasa ada di sisi kamu
Di masa susah dan senang
Terang dan gelap
Semua keadaan, InsyaAllah


Inilah coretan mama yang boleh Aisy baca di masa hadapan
L♥VE YOU MORE THAN WORDS





~mOmma~

Monday, December 19, 2011

Happy 1/3 Years, Sayang ♥

|

4 Disember ari tu, genap Aisy 4 bulan... Before tu 1hb sepatutnya dah kena bawak Aisy g klinik untuk check up, boleh tak mamanya terlupa -_-"


So, mamanya yang dah terlupa ni pun anjakkan je tarikh check up tu ke 5hb sebab klinik bukak ari isnin n khamis je untuk baby. Beria-ia ni dalam hati, berdoa janganlah Aisy nanges nanti masa kena cucuk, n janganlah demam lak lepas tu. Sekali rupanya untuk check up 4 bulan takde cucuk lahhh~~ HAHA


Untuk celebrate Aisy yang dah masuk 1/3 tahun, babah ajak kuar jalan-jalan g JJ Bandaraya Melaka ari sabtu minggu lepas. Saje-saje bawak Aisy tengok dunia luar n sesambil tu cari baju-seluar Aisy sebab banyak baju yang kat umah dah tak muat dan dah sendat mendat.


Soo good boy anak mama, behave jek dia sepanjang kat sana. N time mama n babah nak makan, dia pun tidur. Sayanggggg anak mama!




makan kat KR, Aisy tido dalam stroller


Babah abis makannnn je, Aisy pun bangun
Macam tau-tau aje~


Behave je dia pandang orang sekeliling :)


Dengan mama masa nak beli buah tangan untuk atok


Amboihhhhh... mem'BESAR' bagai johan nyerrr (mama)
T___T


Dengan babah pulak sementara mama beli roti :D


Sempena 1/3 tahun umur Aisy tu, babah belikan satu set baju+suar+stokin+kasut dari Trudy & Teddy. Babah kuar duit, mama yang tolong pilihkan hehehe. Nak tengok? JOM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

baju


seluar


stokin+kasut



Aisy yang dapat present, mama lak yang suka. Tak sabar nak pakaikan kat Aisy :D






mrs e
Tuesday, December 13, 2011

Mothers Of Two (Or Three?)

|
Mulai hari ini aku menjadi seorang ibu beranak dua.


Ye, ibu beranak dua.


Dan 'gelaran' ini akan aku pegang sehingga hari khamis. Hehe :D


Sebenarnya mak aku takde kat umah. G rombongan ke Langkawi. So dari hari ini sampai hari khamis aku fully jaga Irdina n Aisy sorang-sorang. Belajar-belajar beranak dua katanya. Eh.


Ataupun sebenarnya ibu beranak tiga, sebab anak sedara aku ade sorang duduk sini juga sementara mak dia pun g rombongan Langkawi tu. Tapi dah besar la, dah form 4 pun. Dah boleh uruskan makan pakai mandi berak kencing sendiri. Tu pun boleh dikira ke? Kalau dikira, maka jadi ibu beranak 3 lah jadinya.


Hoho




mrs e
Wednesday, December 7, 2011

Keguguran T___T Tsk

|
Serius korang, aku keguguran.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keguguran RAMBUT yang agak hebat sekarang ni. Tsk tsk tsk.


Aisy da masuk 4 bulan sekarang, memang makin menjadi-jadi rambut luruh. Heiii bukan daun je boleh luruh tau, rambut pun :p. Orang kata, kalau anak dah masuk 3 bulan, memang normal la keguguran rambut tu lepas bersalin.


Lantas aku pun dah terlampau tak tahan tengok rambut yang terikut melekat kat sikat tiap kali sikat rambut, pegi potong rambut kasi pendekkan sikit. Rasa ringan jugak la kepala. Berangin aje pun ye jugak. Hehe


Tapi keguguran rambut tu, tetap tak boleh nak ditolong. Walau rambut dah pendek, tetap lah jugak ianya gugur. Hari-hari penuh kat lantai bilik (jugak) setiap kali aku sikat rambut. Dah macam orang sakit kanser dalam drama tibi lak. Sebab tiap kali orang sakit kanser dalam drama kan ke dia tunjukkan rambut banyak gugur bila tiap kali bersikat. Hoho


Sampai bila ek keguguran rambut ni nanti jadi normal balik? Maksud aku, keguguran rambut ni taklah banyak-banyak macam ni. Gugur rambut biasa-biasa yang macam dulu-dulu aje. Sape tau?





mrs e
Thursday, December 1, 2011

Cerita Ceriti :)

|
Sekarang Aisy da masuk 3bulan++, dah nak 4 bulan pun 4 Disember ni. Rasa macam sekejap pulak masa berlalu. Dah besar dah anak mama. Berat pun tak tahu dah bertambah berapa kg. 'Rasa' laaa kalau dukung dia lama-lama. Lenguh! Hehe



Pampers pun dah lama tukar saiz M. Awat cepat sangat membesar ni sayang? Mama tak puas lagi nak gomol-gomol Aisy bau newborn ari tu. Bila dengar sepupu baru bersalin anak ke-3, boleh tak rasa nak baby baru lagi? Hahaha #pitamsss



Akal dia pun da makin bertambah. Dah pandai merajuk sesungguh kalau lambat bagi susu. Pun merajuk sungguh-sungguh kalau da terlewat nak tidokan dia. Puasss laaa mama dia berenjutkan badan sambil dukung dia sampai dia tido. Bukan setakat berenjut sahaja, siap nak pakej zikir kan sekali. Sampai Irdina pun dah hafal dah kalau mama nya nak tido kan Aisy, dia pun ikut zikir sama.



Yang paling tak tahan, mama duk dukung Aisy, dia amik dua-dua Eeyore dia n dukung zikir sama-sama. So sweeeeettt lah budak ini! :))



Jom tengok Irdina zikir yang sempat dirakam



Time ni Aisy da tido.. Mummy dia saje nak berzikir dengan dia. Dia menjerit tu sebab tak kasi aku berzikir sama. LOL



Oh yaaa, aku memang tak biasakan Aisy tido berbuai, sebab malas nak angkut buai ke mana-mana :D






mrs e