kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, December 7, 2011

Keguguran T___T Tsk

|
Serius korang, aku keguguran.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keguguran RAMBUT yang agak hebat sekarang ni. Tsk tsk tsk.


Aisy da masuk 4 bulan sekarang, memang makin menjadi-jadi rambut luruh. Heiii bukan daun je boleh luruh tau, rambut pun :p. Orang kata, kalau anak dah masuk 3 bulan, memang normal la keguguran rambut tu lepas bersalin.


Lantas aku pun dah terlampau tak tahan tengok rambut yang terikut melekat kat sikat tiap kali sikat rambut, pegi potong rambut kasi pendekkan sikit. Rasa ringan jugak la kepala. Berangin aje pun ye jugak. Hehe


Tapi keguguran rambut tu, tetap tak boleh nak ditolong. Walau rambut dah pendek, tetap lah jugak ianya gugur. Hari-hari penuh kat lantai bilik (jugak) setiap kali aku sikat rambut. Dah macam orang sakit kanser dalam drama tibi lak. Sebab tiap kali orang sakit kanser dalam drama kan ke dia tunjukkan rambut banyak gugur bila tiap kali bersikat. Hoho


Sampai bila ek keguguran rambut ni nanti jadi normal balik? Maksud aku, keguguran rambut ni taklah banyak-banyak macam ni. Gugur rambut biasa-biasa yang macam dulu-dulu aje. Sape tau?





mrs e

2 comments:

mak encik | SZ said...

sampai sekarang syabil umur nak masuk 14mo pun masih banyak gugur lg ma... huhuhu

noorulaz said...

dua tiga bulan.. badan nak betulkan hormon balik. normallah tu.. huhu