kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, December 22, 2011

Love You More Than Words

|
Di keheningan malam ini, aku sedikit emosi
Biarlah aku luahkan rasa kecintaan seorang mama terhadap anak kesayanganku Hafiy Aisy Nufail ini di blog


Aisy
Mama sayang kamu sangat-sangat
Seluruh jiwa dan raga mama dan dari sepenuh pelusuk hati
Hanya ada kamu


Kamulah harta yang paling tidak ternilai untuk mama dan babah


Biarlah jika orang membandingkan kamu itu dan ini
Kamu tetap ciptaan Allah yang terindah di pandangan mama
Tiada sesiapa mendapat tempat di hati ini selain kamu


Mama sentiasa berdoa
Kamu akan menjadi anak yang soleh
Taat perintah Allah
Hormat mama & babah
Tahu jaga harga diri
Berjaya di dunia dan di akhirat
Dan semua yang baik mama doakan hanya untuk kamu


Mama akan sentiasa ada di sisi kamu
Di masa susah dan senang
Terang dan gelap
Semua keadaan, InsyaAllah


Inilah coretan mama yang boleh Aisy baca di masa hadapan
L♥VE YOU MORE THAN WORDS





~mOmma~

0 comments: