kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, October 18, 2012

Random Mandom :P

|
Tension btol bila nak update blog pakai hp ni. Disebabkan keypad kekecik, asyik la tersalah tekan je. Dah le nak taip laju2, tapi asyik ada perkataan salah. Huhu


Paling haru hari tu try update thru phone setelah sekian lama tak update blog. Sekali tu boleh pulak jari gedabak ku ini tertekan delete post entri yang Aisy setahun tu!!! Perghhh bengang betullll, dah le entri tu aku masukkan milestones gambar Aisy dari umur sehari sampai setahun. Tapi memang la tak boleh nak recover balik. Cari dalam trash folder pun tak jumpaaa.. Alahaiiii, maafkan mama sayanggg..

Mama tak sengaja :'(

Ngengggg btol!

Habis cita tu.






Hari ni pulak aku jadi pengawas untuk MUET Speaking. Start ari ni, pastu sambung ari isnin n selasa. Lintang pukang English aku. Hihihi

Maklumlah selalu ngomong jowo wae, ni nak skipping london pulak. Bwahahahaha :D


Bosan gakkk nunggu bebudak ni MUET. Tapi sehari dapat elaun RM 20, tak apalahhhhh...


HAHAHAH
:P





mrs e


- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, October 15, 2012

Jamuan Staf SMK (P) SAB 2012

|
Tema : Orennnnn
:)










- Posted using BlogPress from my iPhone
Saturday, August 4, 2012

Aisy is 1!

|
Happy birthday buat anak kesayangan mama dan babah! Manja mucuk mashammm mama! Anak mama dunia akhirat.. ♥


Hari ni genap Aisy setahun pukul 1.29 tengahari nanti sepertimana saat Aisy dilahirkan setahun yang lepas.


Mama dan babah mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadarat Ilahi atas kehadiran Aisy yang comel seterusnya melengkapkan hidup kami.


Sebagaimana makna nama yang mama dan babah berikan, itulah doa kami seharian untuk kehidupan Aisy kini dan akan datang. 
 
Hafiy yang bermaksud Yang Memuliakan. Mama dan babah berdoa semoga Aisy mengamalkan akhlak dan  sifat-sifat yang terpuji dan mulia dalam diri Aisy sebagaimana akhlak dan sifat Rasulullah S.A.W

Aisy yang bermaksud Mewah, Kaya Raya. Mama dan babah berdoa supaya Aisy sentiasa murah rezeki selalu. Kaya raya dengan sifat terpelihara dan kaya budi bahasa.

Nufail yang bermaksud Pemberian, Hadiah. Mama dan babah menyambut Aisy sebagai pemberian dan hadiah yang Allah amanahkan kepada kami ini supaya menjadi anak yang soleh yang boleh dibuat bekalan akhirat apabila kami sudah tiada nanti.


Sesungguhnya, setiap ibu bapa mendoakan yang terbaik hanya untuk anak mereka. Begitu juga mama dan babah.
Serasanya begitu cepat masa berlalu. Sekejapan je Aisy dah setahun. Rasa momen-momen indah singgah dan pergi dengan pantas. Dan amat beruntung momen-momen indah itu sempat dirakamkan menjadi kenangan indah :))


Sejurus dilahirkan


Sebulan



 
2 bulan



 
3 bulan



 
4 bulan



 
5 bulan



 
6 bulan



 
7 bulan



 
8 bulan



 
9 bulan



 
10 bulan



 
11 bulan



Setahun




mrs e



Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem

|
Salam,


Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Hari ni dah masuk hari ke 4 berpuasa, so macamana? Ada yang masih letih tak dapat nak 'tune' kan badan lagi? Masih ada yang lembik lemah gemalai kalah agar-agar nak sampaikan masuk waktu berbuka? Hehehehe



As for me, aku dah dapat biasakan diri sebelum ramadhan lagi.. Yelah, achik kan banyak hutang pose, harusss lahhh aku marathon ari tu speed 100 meter nak habiskan hutang puasa.. 27 hariiii tuuuuuuuuu, kalau tak betul-betul cekal, memang kalah sebelum berjuang! Alangkan hutang pose seminggu pun kadang-kadang ade orang yang tak habis bayor :P hikhikhik



4 ramadhan memang akan menjadi kenangan sepanjang hayat untuk aku semenjak tahun lepas. Kerana pada tarikh ini lah (mengikut bulan Islam) aku lahirkan zuriat pertama kami, Hafiy Aisy Nufail
^_^



Imbau kenangan, pada waktu waktu sebegini aku masih menahan sakit contraction dalam labour room. Dari start kul 4 pagi, sampai lah ke pukul 1.29 tengahari baru Aisy selamat dilahirkan. Kesyukuran dan kegembiraan yang tak terhingga aku rasakan saat itu. Rasa lega amattt!!! Pastu dapat tengok muka baby yang menghuni perut mamanya selama ini, yang aku bawak ke sana-sini selama 9 bulan tanpa sesaat pun pernah tinggal :) Rasa puas dah bergelar ibu...



Alhamdulillah, semuanya selamattt..
Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku untuk memiliki zuriat sendiri..
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Terima kasih Ya Allah!



Jom kita tengok baby ramadhan tahun lepas yang dah tak berapa baby dah tahun ni >>>



 makan budokkkkk!!!


 mOmma n son of Pororo hewhewhew ;')





kecik-kecik dah ada minat membaca, sejuk perut mama mengandung :))



Selamat Hari Ulangtahun kelahiran, sayang
Mama n babah sentiasa doakan untuk kebaikan dan kesejahteraan diri Aisy
Semoga Aisy membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata, pandai ilmu dunia dan akhirat, hormat orang tua dan segalanya yang baik baik sahaja untuk Aisy
Mama n babah saaayyyyaaaanggggg Aisy sangat sangat!
*Peluk Aisy ketat-ketat*





p/s   : kronologi pengalaman bersalinkan Aisy akan aku share jugak dalam masa terdekat sebagai kenangan untuk aku dan perkongsian cerita untuk kawan-kawan lain

p/s/s : baru dapat tau ade orang orang yang aku kenal rupanya membaca blog ini tanpa aku sangka. Tak tahu ape tujuan sebenarnya membaca blog ini, apepun aku anggapkan yang baik baik saja. Untuk orang orang berkenaan, Haiiiiii...!





mrs e
Tuesday, July 10, 2012

Berpeluh!!!!

|
Ari ni kat sekolah ade program senamrobik serentak 1M1S1M. Semua guru, staff n murid terlibat. Mula pukul 7.30 pagi n tamat pukul 9 pagi.


Fuhhhhhh dah lama tak gerakkan otot-otot ni semua. Bila bersenamrobik, sekejap aje ahkak dah semput. Huahuahua
-_-l


Tapi bestttt jugak. Bila sekali sekala terlibat dalam aktiviti sekolah macam ni, enjoyyy la sebab tergelak tengok masing-masing muka beria-ia bersenam hahaha :D

Live update from mrs e


Thursday, June 28, 2012

ABCDE

|
A buat si B. B rela aje dengan perbuatan si A.
Si B pulak buat si C. C pulak pasrah dengan kelakuan si B.

D pulak takde kacau sangat kehidupan si A, B dan C.
Tapi tak semena-mena si D jadikan E musuh ketat.




Tak faham kan dengan hati manusia?
Rambut sama hitam, walaupun sekarang ramai yang blonde kan rambut jugak (hihi), hati manusia tetap tiada siapa yang tahu samada dia hasad, dengki, kejam, baik, tulus, ikhlas...
hanya dia dan Allah sahaja yang tahu ape tersirat di hatinya


Sebab itu, tak mudah nak menelah hati orang


Dan aku sentiasa ingat akan itu
Serta waspada untuk berhati-hati dalam setiap apa jua yang aku lakukan
Biarlah aku berpada-pada
Tak lebih, dan tak juga kurang
:)



PEACE NO WAR
Eh, tetiba.




mrs e
Wednesday, June 20, 2012

Go Randomly

|
Assalamualaikum :)


Fuhh, lama betul tak update kat sini. Ada cerita nak share, tapi kadang-kadang rasa takde masa, kadang-kadang pulak rasa malas HAHA. Nak tunggu aura dan semangat nak update tu makan masa sikit ehehehehe :P


So, aku cerita secara random aje la yer!



1. Aku dah kembali bekerja semula. Walaupun cita-cita nak menjadi surirumah sepenuh masa pada asalnya, tapi peluang dan rezeki yang datang tak mampu untuk aku tolak. Mungkin ini rezeki untuk kami sekeluarga, untuk kukuhkan ekonomi keluarga kami dan masa depan :))


Me & my workplace


2. So far, keje aku ok. Masuk pukul 7, balik 3.30. Ari jumaat balik kul 2. Syok! Kawan-kawan pun ok. So ok ok jelah. Cuma bercinta sikit lah nak bangun pagi-pagi tuh sebab at least pukul 6++ aku dah nak kena keluar dari rumah. Dah la banyak traffic light pulak tu. Tu yang kalau keluar terlambat sikit, alamat merah le punch card aku.. huuuuuuu



Dengan rakan sekerja



3. Lama dah aku tak cerita dan update milestones Aisy, kan? Aisy sekarang da masuk 10 bulan++. Rasa macam cepat pulak masa berlalu, tup tup dia dah nak masuk setahun. Aisy dah pandai memapah-mapah n nak berdiri diri sendiri. Dan juga dah tumbuh gigi! Yeayyyy!!! Yang kelakar tu gigi bawah tumbuh 2 serentak, tapi gigi atas muncul 1 je.. hehehe :D Kena waspada sikit la aku sekarang, sebab takut dia menggigit masa menyusu.. huhuhu




time takde keje HAHA lawa tak bulumatapelesu kittew hewhewhew


4. Oh, diam tak diam ari tu dah 5 tahun kami kahwin. Dan mr e bagi present 4 dalam 1 untuk aku. Hadiah melahirkan Aisy+Hadiah belated birthday+Hadiah hari ibu+Hadiah ulangtahun perkahwinan ke 5. Pandai kan mr e? Semua dirangkumkan jadi 1 hadiah je. Tapi berbaloi la dengan hadiah yang aku dapat tu.. Sangat sangat dan terrrrsangatttt suka!! Tq my darling hubby♥



snapshot hadiah kittew.. sapa dapat teka, apakah ini? HEHE



 Aku rasa tu jelah kot. Tak terlintas pulak cerita lain. Aku akhiri entri aku dengan gambar tutti putti yang pestaim aku makan ari tu.. hihihihi




Irdina yang nak tutti putti semangkuk sendiri dan gambar kanan kami punya tutti putti yang di share bersama








mrs e
Friday, June 1, 2012

Happy 5th Anniversary

|
01062012
Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah
Sudah lima tahun aku melalui kehidupan berumahtangga




Ditentukan jodoh oleh Allah dengan seorang yang memahami
Bertimbangrasa
Bertolak ansur
Ringan tulang
Lemah lembut percakapan
Baik budi pekerti
Bertanggungjawab



Dialah tempat mengadu suka duka
Tempat mencurah rasa
Menjadi pendengar setia
Seorang kawan baik
Sahabat karib
Suami penyayang



Selamat Hari Ulangtahun yang ke 5, sayang!
Moga ikatan perkahwinan kita ini hingga sampai syurga
Amin





mrs e
Wednesday, May 23, 2012

Gembira ;D

|
Happy outing together... Yeay yeayyy!!
Sunday, May 6, 2012

Salam :')

|
It's been a while i'm not updating my blog.. Almost a month, actually! *sigh


Hurmm



So many things happen around me recently. I'll go random it point by point. *ewah ewahhhh nak cakap london pulak ekauu yaaa :3



# Makcik yang aku selalu lawat kat hospital dan sekali dua ada mention kat blog ni, dah meninggal dunia pada 20 April, hari jumaat lebih kurang pukul 5.15 petang. Alhamdulillah, arwah makcik bertemu Penciptanya di penghulu segala hari dan semoga arwah terlepas dari siksa kubur. Amin



 #Alhamdulillah, syukur pada Allah mak aku dah selamat operate mata sebelah kanan. And her vision after the operation is amazing! Compare before the operation, memang nampak sangat beza... Sekarang view yang jaraknya jauh pun mak nampak dengan sangat-sangat jelas. Apetah lagi pulak view yang dekat. I'm so glad with you, mom♥



#InsyaAllah, the left eye operation for mom is coming soon. Mintak kawan-kawan doakan semoga dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Tq in advance yaaa :)



#My hp rosakkkkkkkkk.. Uwaaaaaaaaaaaa *nangis sebaldi penuh* Aduhaiiiii.. time gini la kan nak rosak. Dahla aku memang tengah tunggu panggilan penting. Really really really important phone call. (siap bold lagik menunjukkan betapa pentinngnya panggilan ittew ahahaha) Tah cemana tah boleh rosak, langsung takleh on. Dahla banyak gambar MyLolipop kat situ. Nak sambar hp baru pun kena kira tabung ayam balik neh. Haih T___T



#Disebabkan hp rosak, so pakai la hp lama mr e sebab taknak missed phone calls dari important caller tuh. Itupun sometimes ok, sometimes kedaung jugekkk huhu. Kejap boleh received calls, boleh ber-sms. Tapi kang jap jap lagi tau-tau je da kiok. Hoho. Bateri pun kong jugak.. Alahaiiiii Mr e, hp baru pehlisssss *kelip kelip mata sambil buat mukabajetcomel*



#Life been so busy but i'm happy. Layan anak-anak, layan emak dan suami terutamanya. Alhamdulillah, selagi dapat berbakti untuk emak, untuk suami, untuk anak-anak, apa salahnya kita gunakan kesempatan yang ada. Selagi hayat dikandung badan, ecewwahh ^_-. Take every seconds in life become meaningful moments. Share our happiness with each other. Walaupun kadangkala aku ni penyayu (kata dasar; sayu :P) orangnya, tapi taknak la layan sangat feeling tu. Hehe :D





Tu aje kott buat masa ni. Nanti ade masa update lagi.
Tata.





mrs e
NNE
Friday, April 13, 2012

Chill~

|


Snap snap masa tengah tunggu mak aku n wawa melawat makcik kat hospital.
Since ade bawak Aisy n Irdina, sebab tu kitorang tunggu kat bawah aje. Boleh je kalau nak bawak baby/budak umur bawah 12 tahun masuk ke dalam untuk melawat, tapi tak digalakkan. Kitorang rasa better kitorang tunggu kat luar je. Lagipun kalau bawak budak-budak ni masuk kang diorang merengek ke ntahape lagi lah orang yang sakit bertambah sakit dengar bising-bising :P



Irdina : Takde dalam gambar sebab dia duk sebok main sendiri n perati orang lalu lalang =)






mrs e





Tuesday, April 10, 2012

Buai Laju-Laju

|
Last week kitorang ikut mummy aka fifi bawak Irdina main slide kat Tanjung Emas, Muar. Before ni ade bawak dia main kat sana, tapi taulah kan, bawak during weekend. Bebudak ramai, nak kena berebut-rebut dulu nak main slide segala. Dah la Irdina tu kecik lagi, nak melangkah anak tangga naik slide tu pun makan masa -_-t Bebudak lain lak lebih besar dari dia, so dia lah yang asyik kena mengalah aje... Sian Irdina -_-"




Pegi masa weekdays, satu Tanjung Emas tu boleh jadi Irdina yang punya. HAHA :D. Sangat hepilah dia dapat main slide puas-puas tanpa nak berebut-rebut nak tunggut turn kan. Aisy pun tumpang sekaki.. Heheeeee
Tapi Aisy tak pandai nak naik slide lagi, so Aisy naik buaian je dengan mama =))





Kelakar ok Aisy. Sungguh pun kecik gitu, tapi dia macam tau takut jugak. Time mama hayunkan buaian tu turun naik, dia macam berbunyi-bunyi takut. Kalau kita kan macam nak jerit ke ape kan? Tapi dia buat bunyi yang hanya dia je yang tau.. kekeke.. Tapi mama taulah dia macam takut. Agaknya dalam hati dia kata 'Tanjat Aisy, mama!'
Mama hold dia lagi kuat la. Walau dalam takut-takut tu tetaplah Aisy suka. Takut tu memula je. Lepas tu dah gelak sakan!





Seronok n puas sangat la Irdina dapat main hari tu. Sampai kitorang pulak yang termengantuk-mengantuk menunggu. Bagi can kat dia main puas-puas :)



atuk, mama+Aisy, wawa


Dah puas+penat main, dengan rela hatinya bila diajak balik Irdina pun nak. Tak macam sebelum ni, sebab tak puas main, menangis-nangis dan meronta-ronta dia dalam kereta. Sib baik masa tu boleh umpan dia g makan McD, kalau tak haruuuuuu :3


Mrs Driver :p
sebab dia yang jadi drebar ari tu.. hehe


Balik tu, kitorang singgah makan jap. Then terus gerak g Hospital Pakar Sultanah Fatimah sebelum balik umah ziarah makcik (adik mak aku) yang sakit.








mrs e
Monday, April 9, 2012

Aisy Oh Aisy

|
Semakin besar, semakin banyak gelagat Aisy yang buat mama tak henti-henti dan tak jemu-jemu tersenyum ketawa bila teringat. Ada-adaaaaaaaaaaaaaa aja akal si kecik ni. Belajar dari mana pun tak tau :')


Ini situasi masa singgah makan kat McD baru-baru ni. Orang lain makan, Aisy pun sibuk nak makan. 
Sejak mama dah suap Aisy makan ni, pantang betul dia kalau tengok orang lain mengunyah atau sedut air/minum air. Memang dia akan beria-ia laaa nak jugak apa yang kita makan tu. Kalau kita tak kasi, terus meronta-ronta geram!! HAHA


Nak tengok aksi Aisy? Jom!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tengok tuh, sedap jek dia sentilkan fries tu kat mulut dia. HAHAHA :D




Bagus betul sebab Aisy memang tak kisah pasal makanan. Suap n sua ape jelah kat mulut dia, mesti dia dah ready dulu nganga besar-besar :D. Cuma mama jelah yang pantau pemakanan dia. Sebab dia masih baby lagi kan. So mama kena ajar dia supaya jangan sampai spoil selera dia nak makan makanan tertentu aje, contohnya bila dah rasa makan makanan masin sampai ke besar esok nak makan yang masin-masin aje.



Tapi kadang tu tak sampai hati, suap jugalah sikit buat rasa-rasa. Jadi mak memang gini ke, selalu tak sampai hati :)






mrs e
Thursday, April 5, 2012

BerTIGA Lebih Baik

|
"BerTIGA denganmu, 
Pasti lebih baikkkk... lalalalala"
:))





Suka sangatttt gambar-gambar ni
Sweet moment
One Happy Family
^_____^



Syukur alhamdulillah.. Lengkap famili kecil kami dengan kehadiran si buah hati, Hafiy Aisy Nufail
Walaupun setelah lebih 4 tahun menunggu, ternyata penantian kami itu amat-amat berbaloi :))
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui masa yang sesuai untuk kita bagi semua perkara
Jazakallah


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dah lama pun gambar ni sebenarnya
Tapi tak sempat je nak transfer ke lappy
Ni pun mintak my niece yang tolong masukkan, lau tak, tu diaaa terperuk jela gambar ni dalam kameranya
Hehhe :3


Pic ni masa kitorang g Taman Rama-Rama, Melaka
Bukan pergi bertiga, tapi g sekali dengan Yaya+Tunang, Mummy n si kecil kakak Dina
Sukaaaaaaaaaaaa la sangat Irdina bila nampak Butterfly, serangga dan haiwan lain. Dia kan dah pandai nak kenal-kenal binatang :)
Aisy lak tak tau ape-ape lagi, selagi ada mama n babah dia ada, he will enjoy every moments :D





mrs e





Wednesday, April 4, 2012

Kampungku Indah Permai

|


Saujana mata memandang
Melihat alam indah ciptaan Tuhan. Rasa nyaman je udara bila berada kat kampung. Sib baik la memang aku bermastautin kat sini, kalau tak pasti hati menggelitik nak balik ke tanah halaman.
=P


Credit Picture





mrs e
Thursday, March 29, 2012

Lama Vs Baru

|
Agak lama jugak dah dapat syiling yang baru ni. Tapi tak sempat-sempat nak ambil gambar. Heee :')


Dapat ni pun masa beli barang kat Jusco. Tempat lain so far aku tak dapat syiling yang baru ni lagi. Itupun kala aku nak membeli mesti la kadang-kadang terambil syiling ni nak buat bayaran. Pastu adik cashier cepat cepat ambil dengan suka hati *nak tukar dengan syiling dia lettew* dan aku yang tersedar terus mintak balik semula tukar dengan syiling yang lain LOL -.-t


Sayangggg hehhh.. Susah nak dapat lagi lak tu... Sok kalau dah berlambak, dah tak heran :D




Anyway, tak banyak perbezaan syiling lama dengan yang baru. Cuma syiling 20 sen ditukar dengan kaler keemasan dan saiznya kecil sikit. Syiling 10 sen sama dari segi saiz dan warna cuma corak baru je..
Syiling 5 sen pulak dibesarkan sikit hampir menyamai saiz syiling 10 sen..


Korang dah dapat syiling yang baru ni ke belum?





mrs e
mOmma HAN

Friday, March 23, 2012

Aisy Balik Kg cum Tengok Pengantin

|
2 minggu lepas Aisy balek kampung umah atok Segamat. Mama kata sekali nak pegi umah kenduri kawin sepupu mama sebelah arwah atok lelaki kat felda Redong ari ahad nya tuh.. So kitorang (Aisy, babah n mama) balik tido umah Tok Yah satu malam.


Sukaaa sangat la Tok Yah ngan Tokcu Pah bila Aisy balek. Ada la riuh sikit umah atok dengan suara Aisy. Cuma kesian la kat kakak Irdina kat umah atok BG sebab takde Aisy yang suka kacau dia main n tarik-tarik rambut dia.. Haaa tulah, sape suruh kakak Irdina tak suka ikat rambut kan, kan, kan.. Aisy tau capai je mana yang sempat.. Heeee... :P


Esoknya tu Aisy bangun pagi mama mandikan n terus pakaikan baju siap-siap. Pakai kemeja, pakai suar slack, stokin n kasut HENSEMHENSEM ;). Tok Yah teruja betul tengok Aisy pakai macam tu, dia kata gaya macam budak dah besar-besar aje.. Eheheheh :3


Sementara mama tunggu atok BG datang ngan cik Zaki sefamili ngan mummy n kakak Irdina nak konvoi ke umah kenduri, Aisy sempat amik gambar dengan Tok Yah.. 


 Lihatlah.. gembiranyaaaa Aisy!!



 Errr... cer tengok, ade rupa tok Yah tak Aisy?



As always, Aisy memang seorang yang ceriaaaaaaaaaaaaaa
:D



Jom tengok gelagat Aisy dalam kereta pulak :))








Aisy (Hafiy Aisy Nufail)
b/p mOmma
Thursday, March 22, 2012

10Q!

|
Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Murah rezeki untuk Aisy... Sejak lahir memang banyak rezeki yang datang tak putus-putus untuk dia. Seelok maksud di sebalik namanya; Aisy (yang mewah, kaya raya), memang mewah dan kaya raya dengan rezeki bertandang...


^_^


Baru-baru ni pulak, sampai 2 walker Aisy dapat. Satu daripada Yaya, dan satu lagi dari Acik Nah. Suka n berterima kasih sangatt la mama n babah dia... Save duit poket.. Ehehehehe :P


Aisy pun sukaaaaa la sangat duduk dalam walker nih. Dah pandai dah dia meround ke sekitar :) walaupun sebelum ni agak kaku n tak tau apa function sebenarnya dia kena duduk dalam situ.. Hihi



Tengok la tu kemain ceriaaa dia
Sampai tergelak besar
Walker ni Acik Nah yang bagi
Tq Acik Nah :)



Oh ye, tolocar kat belakang tu pun Aisy dapat dari Tok Cu Pah dia
Walau belum tau duduk tegap-tegap, tapi tolocar dah standby untuk dinaiki
^________^




Steady jek duduk sambil tgk tv :p
Walker ni Yaya pulak yang belikan
Walaupun kaler pink yang sangat kontra sekali dengan Aisy (sebab macam gegirl aje :P)
Tapi Aisy tetappppp la suka.. B-)


Since Aisy ade dua walker ni, so mama letak satu kat atas n satu kat dapur. Senang mama nak monitor Aisy yang tak boleh berenggang ngan mama tuh. So, kalau time mama nak masak Aisy duk nangis-nangis nak ikut, mama bawak g dapur n letak Aisy dalam situ. Senang. Dia diam aje selagi nampak mamanya depan mata :)



Tq pada semua yang memberi.
Hanya Allah yang dapat membalasnya.






mrs e