kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, January 30, 2012

3 Minit Update

|
3 minit before 1 am.. 3 minit tuk update cite ari ni :)


Taip tangan kelam kelibut cam asereje jap :D ~ Sebab nak cepat cepat tido esok keje


Pagi tadi bangun pagi ajak Aisy golek golek n sambung tido lepas subuh. Selalu tak dapat can macam ni sebab mama dah nak rushing g keje. Ingatkan dia nak laaaa, sekali taknak. Dengan dia poo pulak.. habes hancusss.. Mama nak mengelat bangun lambat sket di hari minggu pun tak kesampaian T___T


Bangun tido, mak aku dah wat sarapan lempeng. Cicah ngan sambal sotong baki lauk semalam. Nyumm. Sedapp :) . Habis nak dekat 2 keping jugak lempeng tuh. Lepas tu terus mandi n siap siapkan Aisy nak bawak g klinik. Kan nak bawak semalam tak jadi pasal klinik tutup tu kan.


Settle kan Aisy, aku pulak bersiap. Sementara aku siap, adik ngan Yaya pun dah get ready nak kuar. Oh ya, semalam Yaya balik ngan Apir nek keta baru Yaya. Saga baru tu tah apa namanya. Saga BLMX yer? Tak tau pulak aku. 


Dorang nak g bandar jap, Yaya ade nak antar apetah kat bakal biras dia. Yang adik n Dina tu sedapkan nak jenjalan aje naik keta baru agaknya :D.


11 lebih jugaklah kitorang baru kuar umah. Uiiiii ramai gak orang kat klinik. Semua pakat pakat kena batuk n selsema aku rasa. Sebab macam tengah musim pulak kan sekarang ni. Ada jugak aku tengok yang bawak baby baby kecik. Alahaiiii sian sangat kalo kecik kecik dah kena jangkit batok selsema tu :(


Tengah tunggu turn tu, Aisy di dukung dukung dengan babahnya. Diam ajeee dia sibuk perati orang. Asyik nau perati orang, last-last tidur! Comel je rasa . Hihi. Pastu datang pulak sepupu aku yang duduk sebelah umah (tapi dia duk KL, umah sebelah tu umah maknya) datang bawak anak dia sebulan lebih nak check doktor jugak. Tak sihat jugak dia, n sepupu aku kata pagi tadi badan dia dedar pulak. 


Ada geng berborak, so tak la terasa lama sangat masa tunggu giliran tu. Tau-tau je nama Aisy dah dipanggil. Doktor check, lendir batuk tu takde kat paru-paru. Paru-paru Aisy bersih, n doktor bagi ubat batuk. Ubat selsema jugak. Alhamdulillah.. Syukur..


Balik umah, terus rushing memasak. Ari ni mr e request nak makan daging masak tauchu n sambal belacan. Aku ingat-ingat lupa cemana step masaknya. Hentam aje laaaa labuuuu.. Sekali bila call mak mertua confirmkan cara masak, rupanya dah tersalah. Alaaaaa... takpelaaa, asal boleh makan sudahhhhh.. Kekekeke


Masa dah nak siap masak, adik n Yaya pun balik. Dorang belikan McD sorang satu set. Harusss Apir n Najihah terussss serbu makan yang tu. Masakan aku dah tak dipandang dah T__T. Tapi tak kesah pun, sebab memang nak masakkan mr e. Dorang-dorang tu sebagai sampingan aje.. ahahhahaa


Petang kul 5 camtu, Yaya n Apir nak balik JB. Najihah tumpang sekali nanti kak na amik kat Pagoh. Sekali bila jek keta Yaya reversed, terus aku nampak tayar dia kempis. Flat gilerrr.. So mr e la yang rescue, bukak n gantikan ngan tayar spare. Cakap kat Yaya, nanti sampai BG, g kedai tayar tampal n tukar balik tayar asal. Sekali sume kedai tayar tutup daaa.. Beraya lagi dorang agaknyaaa -_-"


Tadi tak tengok AJL pun. Sibuk wat hal sendiri. Hidangkan makan mr e, masak air n wat air panas mr e, n tidokan Aisy. Itupun Aisy da merengek rengek je tak sabar nak tunggu aku nak tido. So dengar sayup sayup jela AJL tu. Lagipun aku tak suka ade lagu KBerpacaran *iyeke tajuknya?* tu. Tah nape aku tak suka sangat aku pun tak tau. Yang aku ingat, masa aku mabuk pregnant kan Aisy aku memang cukup benci ngan lagu tu. Nampak muka penyanyi nya kat sokaba pun tak boleh. Ape dosa dia aku pun tak tau.. kuikuikui


Keputusan penuh pun aku tau sesambil iron baju tadi. Ada la dengar-dengarkan jugak sikit sikit. Awan Nano yang menang kan? Sempoiiii la Hafiz! Ngeeee


Eeiiii, panjangnya aku celoteh. ni da lebih 25 minit da ni. Esok terngantuk ngantuk pulak aku kat tempat keje. Kbye!



P/s : ingat nak letak gambar sambal belacan aku wat tadi, sekali nak transfer dari hp lappy ni takleh detect bluetooth nyer pulak. Hampeh





mrs e
Saturday, January 28, 2012

Srottt Srettt

|
I got a flu now -..-'
Ok, takdelah teruk sangat, tapi cukup membuatkan aku rasa tak selesa. Kejap kejap idung belah kanan tersumbat, kejap lagi kang idung belah kiri pulak :3 Pastu belom tambah pakej bersin bersin dan idung gatal lagi. Gonyoh hidung macam nak tanggal >_<


Pastu tadi g keje duduk pulak tumpang pc member yang cuti ari ni. Tempat duduk dia tu betul betul bawah aircond. Fuuhhh.. macam duduk dalam peti sejuk dahhh.. Sekali tengok remote, 16 celcius. Patut la aku tahap beku. Sape la yang kulit biawak neh LOL


Dan dan tu jugak badan rasa seram sejuk lenguh lenguh macam nak demam


Kalau aku yang demam, aku tak kesah. At least aku tau la camne nak handle diri aku. Yang aku risaukan ni Aisy. Sebenarnya dari ari tu dia macam da tak berapa sihat, dapat batuk n flu ni. Dia yang selsema n batuk dulu daripada aku. Mula mula tu macam sket-sket aje. Ni macam da bertambah teruk dari ari tu pulak. Terjangkit ramai ramai masa Yaya tunang ari tu la gak nya. Ramai ramai orang, sape pembawa virus pun kita tak tau. Lagipun, antibodi budak kan lemah n tak berapa kuat sangat lagi. Tu yang senang terjangkit. Aku ni terjangkit dari Aisy la gaknye.. Hehhe


Pastu mama dia ni pulak terlebih bijak. Ingatkan nak beli ubat batuk n selsema dari farmasi aje. Rupanya tak boleh yeeeerr.. Now baru tau :D Untuk budak below setahun, kalau batuk, selsema atau demam, mesti bawak g klinik kalau nak ubat.. Ooooo gitu O___o


So esok la jawabnya baru bawak klinik. Sebab klinik Jelita tutup ari ni. Huhu


Tadi kul 9.30 Aisy merengek rengek bila diletak bergolek golek atas tilam. Aku suspect dia mengantok. Amik dia masukkan buai n dodoikan. Tengah tengah dodoikan zikir, aku yang selsema ni terbersin bersin. Kemain mengekek lagi dia ketawa ingatkan aku wat lawak agaknya.. -.-" Puas enjut taknak tido, aku keluarkan je dari buaian n tinggal g dapur masak air nak buat air panas untuk babah n atuknya.


Dalam pada aku sibuk sibuk kat dapur tu, babah dia la yang take over dukung dukung dia. Aku siap je wat air, sekali tengok dah tertidur rupanya.. Laaaaa, ngantuk benau gamaknya, padahal tadi kat dalam buai beria taknak tido. Memang mintak manja babah dia nak didukung dukung la tu.. Diapers pun tak sempat tuko lagi...


Sib baik tadi ni dia ade terjaga nak menyusu, terus tukarkan diapers dulu. Selalunya aku memang dah tukarkan diapers dia siap siap before tido sebab taknak kacau dia time tido.. Kesian pulak rasanya nak kejut kejut gitu kan.. Lau tak kejut, kang terperanjat pulak kalo tiba-tiba rasa sejuk aje bila aku lap wet tissue :P


Eh, banyak lak celoteh malam ni. Dah lah, nak g blogwalking, fb-ing, n twitter-ing jap. Kbye...



Nite, nite :-*





mrs e
Friday, January 27, 2012

Dalam Suka Ada Duka

|
Salam Jumaat...


Lama gak aku tak buat entri baru kan? Bukan taknak menaip, tapi ntahlah.. M tu lebih banyak kut


Bukan takde benda nak cerita, banyak jugak kut. Tapi kekuatan nak menaip tu selalu hilang. And selalunya idea nak mengarang entri tu datang tak kena masa. Kadang² dia datang masa aku tengah drive, tengah mandi, tengah tidokan Aisy. So, how?


Maka idea itu hilang begitu saja. Purfttt..
Yang macam awan kat katun-katun tu tiba-tiba meletop. Hiks


Anyway, banyak gak peristiwa yang berlaku hari tu. Antaranya anak sedara aku si Zakiah bertunang. Fuhhh, penat pun tak habis lagi. But it was fun n happy time! :))
Cerita full pasal tunang tu later baru aku cerita ya..


Oh ya.. dalam pada sukasuka gembira tu, ade pulak terima sesuatu yang tak menggembirakan. So peringatan tuk diri sendiri, kalau tengah suka, takleh sukasuka sangat. Bila ade perkhabaran duka, terus rasa down sangat pulak.. Haih


Pepun, itulah lumrah hidup. Ada masa suka, ada masa duka. Bersabarlah dan hadapi hidup ini dengan tenang. Cuba selesaikan sesuatu dengan sebaik mungkin. Ibarat menarik rambut dalam tepung... :D


Eh, ter-emo pulekkksss :P



Oklah. Got to go. Lenkali cerita pasal perkembangan Aisy lak. Gamba Zakiah tunang pun tak abes edit lagi ni..


Daaaa






mrs e
Tuesday, January 17, 2012

Sepatutnya...

|
Sepatutnya hari ni aku dah duduk bersantai santai kat umah n mengulit dak bambam Aisy. Sepatutnya. Sepatutnya lahhhhh...



Tapi disebabkan sesuatu (malas nak citer panjang lebar HUHU), aku still kena keja jugak sampai awal bulan depan. Untuk cukupkan notis sebulan aku tu.




Hurmm.. So, kat sinilah aku. Duduk menumpang kat pc orang lain sementara orangnya rehat. Hukss..




Tolak hari ini, ade 12 hari bekerja lagi yang aku kena penuhkan. Sib baikla ade gap gap antara 12 hari tu. Ada cuti TBC sume. So taklaa terasa sangat. :)




Oh, masa TBC nanti anak sedara aku nak bertunang. So, maybe aku agak sibuk sket. Dia duk suruh touch up ape yang patut kat hantaran-hantaran dia tu. Tapi sampai sekarang tak berusik lagi. HAHA. Tak sempat lorhhh... balik keje pun dah penat, pastu nak main-main ngan dak Aisy lagi. Malam sabtu kut baru nak start buat =P




Btw, aku dalam rangka mengarang entri tentang pengalaman bersalinkan Aisy. Baru dapat karang separuh cerita. Fuhhhh, super duper panjang tu, sebab aku taknak satu memori pun yang tertinggal. Untuk tatapan aku juga nanti di kemudian hari, juga Aisy boleh baca kalau dia dah besar. So nak tanye, should i do it with just one longgggggggggg entry or separate it part by part?




Bagi la opinion okayyy :))




*p/s : nak tepek gambar si bambam Aisy tu, tapi nanti-nantilah. Next entry maybe...








mrs e
Thursday, January 12, 2012

MacamMacam

|
Malam tadi boleh pulak termimpikan mak encik SZ. Dalam mimpi tu dia nak bagi handbag lawaaaa kat aku. Punyalah rasa happy. Kaler hitam. Memang minat sesangattt laaaa..


Dalam rushing dia nak bagi handbag kat aku tu, boleh dia terus naik kereta n balik.
Aku pun beria-ia la kejar kereta dia, sampai ke sudah tak dapat. Last-last melopong o___O
Camne tah boleh termasuk dia kat dalam mimpi aku tu aku pun tak tau
Rasanya da lama gak tak bersembang ngan dia. Sebab tu aku jadi rindu kutttt lantas termimpikan dia.. Ahahahaha :P


Ni tgh tunggu dia online, nak sembang sket =)


Oyya, td surf net, cari baby sitter untuk Aisy. Supaya senang la kalau nak suap dia makan ke apa kan. Ingatkan price range below 100, sekali above 100.. Huaaaaa.. Dengan mamanya yang CEO Housewife-to-be nih, kena la fikir berkali-kali dulu.. Ataupun nak kecekkecek kat bapaknya kutkut la boleh dapat.. kuikuikui


Harga single kat web lain sama dengan harga single+tray set kat satu lagi web lain
Baik amik yang set kan kan kan?
Penjimatan berganda gittewww


Ape-ape pun, tunggu babahnya kasi lampu ijo dulu
Baru leh citer banyak =P


Oklah, sampai sini dulu
Ni numpang pc orang neh
Orangnye rehat, aku blogging jap :D


Maklumlah, dedekat dah nak chalooo nih
Sume pc yang aku guna dulu dah terbang ke mana-mana
Destkop kat orang tu, keyboard kat orang ni, mouse kat orang sinun
Huhu




mrs e
Tuesday, January 10, 2012

Syukur. Allah Permudahkan

|
Kalau sesuatu kita buat dengan permulaan niat yang baik, InsyaAllah pasti dipermudahkan olehNya :D


Aku memang dah muktamad ambil keputusan untuk berhenti kerja. Semalam adalah hari pertama aku bekerja setelah lebih dari 5 bulan bercuti. Mana kan tidak, sebelum due date bersalin aku dah cuti awal 2 minggu, lepas tu cuti berpantang 2 bulan, dan aku sambung cuti lagi 3 bulan.


Cukuplah untuk tempoh itu aku berfikir masak-masak. Fikir baik dan buruknya jika aku bekerja/berhenti kerja. Niat aku berhenti kerja adalah untuk menjaga dan mengasuh Aisy disamping jaga mak aku. Juga tolong jaga Irdina untuk adik aku sementara dia sambung belajar.


Walau dah sebulat hati nak berhenti kerja, tapi nak cakap dengan boss agak takut jugak. Walaupun itu hak aku sebenarnya, hehhe :P


Tengah tercari-cari ayat yang sesuai sebagai pembuka bicara, tiba-tiba boss aku buka topik tanya pasal Aisy n yadayada. Aku pun apelagi, teruss utarakan apa yang aku nak sampaikan.


Lepas bincang-bincang, boss accept resignation aku n suatu perkara yang aku lagi suka, notis sebulan aku tu terus tolak dengan cuti tahun. Mudahnyaaa! (sebab before ni boss reject tiap kali aku cakap nak berhenti, tu yang sampai sambung cuti berbulan-bulan :) )
Dahla cuti tahun aku ade 16 hari, sukeeeeeee :D
Pulak tu, bulan ni ngan bulan depan banyak jugak cuti umum, lagi pendek la tempoh aku kena datang keje.


Bila dikira-kira, aku keje sampai hari isnin depan je =))


Ringan sikit kerunsingan aku. Sebab aku tinggal Aisy g keje semalam, dia langsung taknak minum susu formula!! So satu hari tu dia cuma minum air masak n makan biskut sahaja. Kesian betul.
Aku balik keje je, terus dia bf taknak lepas-lepas. Macam balas dendam gitu. N kalao aku tinggal kejap pun dia da menangis-nangis takut kena tinggal lagi.
Maklumla, selama 5 bulan ni asyik berkepit je ngan mama dia.. Haha


Takpe Aisy, ade 6 hari lagi mama kena keje.
Lepas tu kita boleh buat aktiviti sehari-hari bersama lagi :))
Sabar yeee sayangggg..








mrs e
Tuesday, January 3, 2012

Terharu :')

|
Tak sangka dalam diamdiam hubby beri ini sempena birthday aku 27hb Dis ari tu....





Terharu wehhh.. Sebab aku memang tak expect pun dia nak wish aku dengan kad n bunga segala. Sanggup lak tu sorok-sorok nak bawak masuk bilik letak atas katil tanpa pengetahuan aku.. Alololoo.. so sweetttt :')


Maybe korang ade yang cakap.. alehhhhh bunga n kad je kut?


Memang la pada korang BIASA, tapi bagi aku LUARBIASA.
Kalau korang kenal mr e, rasa dia takdelah a type of guy yang sooooooo romantic. Dia orangnya sederhana je. Jadi, bila dia beria-ia belikan bunga n kad untuk aku, rasa kembanggggg betullah hati ni.. kalah kembang semangkuk!!


Tq yayang. Ayang really really really appreciate it! ♥♥♥ you :)




P/s : hadiah besday postpone dulu katanya.. KATANYA... ehehehehe






mrs e
Sunday, January 1, 2012

Hello :')

|
Salam 2012. Dah tahun baru heee :p. 2011 ditinggalkan penuh kenangan.
2011 amat bermakna yang mana tahun itulah aku mabuk, mengandung n melahirkan Aisy. Owh, rindunya momen dan saat itu. Punya rindu tu sampai kadangkadang pegi round kat KKIA tempat checkup masa mengandung. Haha
Semoga tahun ini lebih memberi manfaat untuk diri aku dan keluarga. Amin.


Oyye, mak aku wat silap mata tadi malam. Masuk bilik tahun lepas n kuar bilik tahun ni. Terer tak terer tak. Aku tak dapat wat silap mata la sebab masuk bilik tido tahun ni n kuar bangun pagi tadi pun dah tahun ini. Lol =p

mrs e