kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, January 30, 2012

3 Minit Update

|
3 minit before 1 am.. 3 minit tuk update cite ari ni :)


Taip tangan kelam kelibut cam asereje jap :D ~ Sebab nak cepat cepat tido esok keje


Pagi tadi bangun pagi ajak Aisy golek golek n sambung tido lepas subuh. Selalu tak dapat can macam ni sebab mama dah nak rushing g keje. Ingatkan dia nak laaaa, sekali taknak. Dengan dia poo pulak.. habes hancusss.. Mama nak mengelat bangun lambat sket di hari minggu pun tak kesampaian T___T


Bangun tido, mak aku dah wat sarapan lempeng. Cicah ngan sambal sotong baki lauk semalam. Nyumm. Sedapp :) . Habis nak dekat 2 keping jugak lempeng tuh. Lepas tu terus mandi n siap siapkan Aisy nak bawak g klinik. Kan nak bawak semalam tak jadi pasal klinik tutup tu kan.


Settle kan Aisy, aku pulak bersiap. Sementara aku siap, adik ngan Yaya pun dah get ready nak kuar. Oh ya, semalam Yaya balik ngan Apir nek keta baru Yaya. Saga baru tu tah apa namanya. Saga BLMX yer? Tak tau pulak aku. 


Dorang nak g bandar jap, Yaya ade nak antar apetah kat bakal biras dia. Yang adik n Dina tu sedapkan nak jenjalan aje naik keta baru agaknya :D.


11 lebih jugaklah kitorang baru kuar umah. Uiiiii ramai gak orang kat klinik. Semua pakat pakat kena batuk n selsema aku rasa. Sebab macam tengah musim pulak kan sekarang ni. Ada jugak aku tengok yang bawak baby baby kecik. Alahaiiii sian sangat kalo kecik kecik dah kena jangkit batok selsema tu :(


Tengah tunggu turn tu, Aisy di dukung dukung dengan babahnya. Diam ajeee dia sibuk perati orang. Asyik nau perati orang, last-last tidur! Comel je rasa . Hihi. Pastu datang pulak sepupu aku yang duduk sebelah umah (tapi dia duk KL, umah sebelah tu umah maknya) datang bawak anak dia sebulan lebih nak check doktor jugak. Tak sihat jugak dia, n sepupu aku kata pagi tadi badan dia dedar pulak. 


Ada geng berborak, so tak la terasa lama sangat masa tunggu giliran tu. Tau-tau je nama Aisy dah dipanggil. Doktor check, lendir batuk tu takde kat paru-paru. Paru-paru Aisy bersih, n doktor bagi ubat batuk. Ubat selsema jugak. Alhamdulillah.. Syukur..


Balik umah, terus rushing memasak. Ari ni mr e request nak makan daging masak tauchu n sambal belacan. Aku ingat-ingat lupa cemana step masaknya. Hentam aje laaaa labuuuu.. Sekali bila call mak mertua confirmkan cara masak, rupanya dah tersalah. Alaaaaa... takpelaaa, asal boleh makan sudahhhhh.. Kekekeke


Masa dah nak siap masak, adik n Yaya pun balik. Dorang belikan McD sorang satu set. Harusss Apir n Najihah terussss serbu makan yang tu. Masakan aku dah tak dipandang dah T__T. Tapi tak kesah pun, sebab memang nak masakkan mr e. Dorang-dorang tu sebagai sampingan aje.. ahahhahaa


Petang kul 5 camtu, Yaya n Apir nak balik JB. Najihah tumpang sekali nanti kak na amik kat Pagoh. Sekali bila jek keta Yaya reversed, terus aku nampak tayar dia kempis. Flat gilerrr.. So mr e la yang rescue, bukak n gantikan ngan tayar spare. Cakap kat Yaya, nanti sampai BG, g kedai tayar tampal n tukar balik tayar asal. Sekali sume kedai tayar tutup daaa.. Beraya lagi dorang agaknyaaa -_-"


Tadi tak tengok AJL pun. Sibuk wat hal sendiri. Hidangkan makan mr e, masak air n wat air panas mr e, n tidokan Aisy. Itupun Aisy da merengek rengek je tak sabar nak tunggu aku nak tido. So dengar sayup sayup jela AJL tu. Lagipun aku tak suka ade lagu KBerpacaran *iyeke tajuknya?* tu. Tah nape aku tak suka sangat aku pun tak tau. Yang aku ingat, masa aku mabuk pregnant kan Aisy aku memang cukup benci ngan lagu tu. Nampak muka penyanyi nya kat sokaba pun tak boleh. Ape dosa dia aku pun tak tau.. kuikuikui


Keputusan penuh pun aku tau sesambil iron baju tadi. Ada la dengar-dengarkan jugak sikit sikit. Awan Nano yang menang kan? Sempoiiii la Hafiz! Ngeeee


Eeiiii, panjangnya aku celoteh. ni da lebih 25 minit da ni. Esok terngantuk ngantuk pulak aku kat tempat keje. Kbye!



P/s : ingat nak letak gambar sambal belacan aku wat tadi, sekali nak transfer dari hp lappy ni takleh detect bluetooth nyer pulak. Hampeh





mrs e

2 comments:

Citra Della said...

naja,...lama nye dyla tak chat ngan naja. view blog pun dah lama gak.

ni dyla nak bgtau. dyla dah tukar add blog tau. nanti naja update list k. tq

mrs e said...

wuhuuu dyla.. tukar url lagi ek? ok, ok, nanti naja update semula kat bloglist =)