kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, January 10, 2012

Syukur. Allah Permudahkan

|
Kalau sesuatu kita buat dengan permulaan niat yang baik, InsyaAllah pasti dipermudahkan olehNya :D


Aku memang dah muktamad ambil keputusan untuk berhenti kerja. Semalam adalah hari pertama aku bekerja setelah lebih dari 5 bulan bercuti. Mana kan tidak, sebelum due date bersalin aku dah cuti awal 2 minggu, lepas tu cuti berpantang 2 bulan, dan aku sambung cuti lagi 3 bulan.


Cukuplah untuk tempoh itu aku berfikir masak-masak. Fikir baik dan buruknya jika aku bekerja/berhenti kerja. Niat aku berhenti kerja adalah untuk menjaga dan mengasuh Aisy disamping jaga mak aku. Juga tolong jaga Irdina untuk adik aku sementara dia sambung belajar.


Walau dah sebulat hati nak berhenti kerja, tapi nak cakap dengan boss agak takut jugak. Walaupun itu hak aku sebenarnya, hehhe :P


Tengah tercari-cari ayat yang sesuai sebagai pembuka bicara, tiba-tiba boss aku buka topik tanya pasal Aisy n yadayada. Aku pun apelagi, teruss utarakan apa yang aku nak sampaikan.


Lepas bincang-bincang, boss accept resignation aku n suatu perkara yang aku lagi suka, notis sebulan aku tu terus tolak dengan cuti tahun. Mudahnyaaa! (sebab before ni boss reject tiap kali aku cakap nak berhenti, tu yang sampai sambung cuti berbulan-bulan :) )
Dahla cuti tahun aku ade 16 hari, sukeeeeeee :D
Pulak tu, bulan ni ngan bulan depan banyak jugak cuti umum, lagi pendek la tempoh aku kena datang keje.


Bila dikira-kira, aku keje sampai hari isnin depan je =))


Ringan sikit kerunsingan aku. Sebab aku tinggal Aisy g keje semalam, dia langsung taknak minum susu formula!! So satu hari tu dia cuma minum air masak n makan biskut sahaja. Kesian betul.
Aku balik keje je, terus dia bf taknak lepas-lepas. Macam balas dendam gitu. N kalao aku tinggal kejap pun dia da menangis-nangis takut kena tinggal lagi.
Maklumla, selama 5 bulan ni asyik berkepit je ngan mama dia.. Haha


Takpe Aisy, ade 6 hari lagi mama kena keje.
Lepas tu kita boleh buat aktiviti sehari-hari bersama lagi :))
Sabar yeee sayangggg..








mrs e

2 comments:

Intan and The Boys said...

Indhnya naja!

cik gObu said...

wahhhh comel lah anak naja
untung naja leh jd housewife jek
huhuhu